Wednesday, March 3, 2010

Scrambled Egg With Sausages And Cheese...

Resepi ni saya pandai-pandai ubah sendiri. Macam biasalah. DERHAKA. Nak tahu derhaka ke tak. Meh la baca sampai habis.



Bahan-bahan :

6 biji telur

5 batang sosej - potong bulat-bulat

1 biji bawang - potong dadu

1/2 cawan susu segar

1/2 sudu teh lada sulah

1 sudu besar marjerin


cheese yang diparut

garam

3 sudu besar minyak


Cara- cara :


1- Tumiskan bawang sehingga garing.

2- Bancuhkan ke semua bahan yang lain dalam satu bekas.

3- Bila bawang dah garing masukkan bahan tadi.

4- Kacau sehingga telur ma
sak.

5- Masukkan scrambled egg tadi ke dalam bekas. Tabur cheese dan cairkan dalam microwave selama 1 minit.

5- Boleh dihidang dengan sos cili atau baked bean. Makan bersama roti ketika panas.

Yumm... Yum...





Kat mana yang derhaka
..? Hehe. Tak la derhaka banyak. SIKIT JA. Saya tumis bawang tu dari dicampur sekali dengan bahan yang lain. Saya nak bawang tu garing dari dicampur mentah kemudian dimasak. TU JE. =)


Selamat Mencuba...!!

1 comment:

Anonymous said...

aduhh lapaq lak pagi2 ni. kene try ni. wakaka

ko derhak la sb ta masakkan tuk org laen