Saturday, March 20, 2010

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour.


Pandangan Depan : Bagi tengok muka dulu...


Pandangan Belakang : Bagi tengok ekor pulak. Nampak tak hangit tang ekor. Sedap. Saya siap hisap-hisap lagi ekor. Terasa manis. Ikan baru la katakan. HEHE.

Ok. Satu lagi entry. Yang ni betul-betul entry RESEPI. Tak tipu punya. Baca sampai habis ye. Kalau meleleh air liur. Sila telan. HeHe. Kalau ada bahan boleh cuba. Tu pun kalau nak la kan. Kalau kureng sikit. Apa susah. Start enjin cari kedai makan la jawabnya.


Kalau nak pertingkatkan skill memasak. Memang kena cuba. Resepi ni memang gerenti senang lah. Hasilnya. Jangan takut. Memang laku punyalah.


Ok. Malam ni saya nak kongsi resepi Ikan Bawal Sweet Sour. Waahh.. Saya pun telan liur sambil menaip. Teringat masa makan menu ni. Dah la puasa masa tu. Selalu saya solat dulu baru makan nasi. Ni punyalah tak tahan dek godaan ikan. Terus senduk nasi panas-panas. Makan dulu. Masa tu pulak kak ct tak balik lagi dari beli barang dan ambil Syakirah. Makan sorang la saya. Waalllaahhhh... Sedap. TAK TIPU.


Bahan-bahan:


2 ekor ikan bawal - Tak kira la saiz apa. Besar. Sedang. Kecik. Asal ikan bawal. Takde ikan bawal. Kensel. Cuba lain kali. Ehh.. Tak. Tak. Boleh je ikan lain. Tapi nanti tukar la nama ye. Kalau ikan kembung. Namanya Ikan Kembung Sweet Sour. GaGaGa. Jangan lupa siang ikan. Bersihkan. Selawat. Nak hilangkan hanyir ikan. Perahkkan asam limau atau nak jimat. Guna air basuhan beras. Ini petua mak saya. SAYA. Ikan bawal saya dah siap siang dan dibersihkan. Siapa buat..? Samada Kak Ct atau akhi Fauzi. Waalllaahhh.. Bertuah punya bibik. HeHe.


Ikan bawal ni saya perap dengan garam, kunyit dan bawang putih yang ditumbuk. Perap selama sejam atau lebih. Biar rasa dia lagi masyuuukkk. Ada juga resepi yang goreng dengan tepung KFC. Boleh juga cuba lain kali.


5 ulas bawang merah. TAKDA. Saya guna bawang besar terus.Sebiji. Sini bawang merah mahal. Jadi guna je apa yang ada. Potong membulat boleh. Belah dua boleh. Asal potong. Jangan dicampak terus seketul dalam kuali sudah. Ada kang nak kena reject jadi menantu. Naya je pulak. Ni yang nak ajar ni.


3 ulas bawang putih. Mayang halus. Ehmm.. cerita bab mayang ni berbeza dengan hiris ye adik-adik. Mayang ni lagi halus dari hiris. Kalau pisau tak tajam memang susah nak dapatkan hasil yang diidam-idamkan. Jadi rajin-rajin la asah pisau. Kalau belajar masak dengan mak. Dia perhati bab ni. Halus ke tak. Ehm. Mak saya masih lagi titik beratkan hal ni. Cucu tukang masak Raja Perak la katakan. Mak saya sambil makan dia belek lauk tu. Kalau tak betul kang dia komplen la. Kalau menu yang pertama kali dimakan. Dia rasa sedap. Sekali rasa je dia boleh tahu apa bahan. Kang kat rumah dia cuba sendiri. Memang sebjik macam yang dimakan. Saya kat sini. HANTAM sajalah. Mak jauh nak belek masakan saya. HuaHuaHua. Lagipun saya tak sampai tahap terer macam mak. Rasa je boleh tahu resepi nak masak. HeHe


1 cm halia. Saya belasah 1 inci rasanya. HaHa. Mana ada pembaris nak ukur kat dapur. Agak-agak je. Kompem jadi punyalah. Ini bukan kek atau biskut nak sukat betul-betul. Jangan risau. Lagi satu saya rasa ikan saya besar. Kalau 1 cm macam tak cukup je. Lagipun halia banyak. Tak yah kedekut. Tak luak lagi ada la. Kecut ja dalam bakul.


5 sudu besar sos tomato. Ini pun satu hal. Saya main tuang ja. Agak-agak macam 5 sudu saya stop picit.


3 sudu besar sos cili. Nak pedas boleh je tuang lebih. Ahaaa.. Nak cerita. Saya kat sini pakai sos cili LINGGAM. HaHa. Sila jangan perlekeh sos cili Linggam ye. Itu saja pilihan yang ada. SYUKUR. Nasib tak yah buat sos cili. Kang ada yang suruh saya buka kedai sos cili kat Malaysia. ;P


2 sudu besar sos tiram. Ini bibik pandai-pandai derhaka. Resepi asal takda pun letak sos tiram. Bila belek resepi lain depa buh. Bibik apa lagi. Nak bagi mantap. Kita cubalah.


3 sudu besar cili kisar. Tambahan nak bagi pedas. Dalam resepi tak ada. Bibik memang suka derhaka-derhaka ni. Asalkan sedap.


2 biji cili merah
. Potong nipis boleh. Potong memanjang pun boleh. Tak potong pun boleh. Takda masalah. Cili ini sekadar hiasan sahaja. Sampai masa dia masuk tong sampah juga. Kesian...


1/2 cawan air. Boleh dilebihkan. Ikut citarasa anda. Suka kuah banyak. Tambah air. Tak suka kuah. Jangan pandai-pandai nak tambah.


1 biji tomato
. Belah 6. Nak belah 4 pun boleh. Takda masalah. Markah takkan dipotong.


1 pokok daun bawang & daun sup. Potong la ikut suka. Bibik tak marah pun. Orang yang tengok akan menilai. Isshh... ni anak dara sapa ni potong daun sup seinci-seinci. Sapa malu..? Mak jugak kan. Sebab. Tak ajar anak masak. Anak penyegan nak masuk dapur. Duk bagi alasan. LAMBAT LAGI NAK KAWEN. Tengok-tengok esok jodoh dah sampai. Baru gelabah. Tak rugi belajar masak dari awal. Tak belajar pun tak rugilah. Kedai kan banyak. Sedia kad kredit ja. ;)


Nenas. Ini tambahan sebagai hiasan. Saja nak meriahkan suasana. Tak ada pun tak apa. Jangan nangis pulak.
Jangan lupa GARAM dengan MINYAK. Kang tak berasap dapur. =)


Cara-cara nak memasak:

1- Ikan bawal yang siap diperap tadi. GORENG DENGAN API YANG KUAT. Biar garing. TAK GARING TAK SEDAP. Nak bagi hangit-hangit sikit pun tak apa. Lagi bertambah sedap.


2- Untuk kuah... Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau sampai garing. Dah cukup garing. Masukkan cili kisar. Biar sekejap supaya cili masak dan garing. Kalau tak nanti bila makan terasa peda dan maung. Istilah untuk cili yang tak masak. Bila cili dah garing. Boleh masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga sehati dan sejiwa. Masukkan air untuk menambahkan kuah. Kan dah cakap. Kalau suka kuah tambah air. Kalau tak suka jangan pandai-pandai tambah. Kalau dah TERTUANG. Tak apa. Tak da sapa nak saman. Ini bukan kawasan polis trafik nak main saman-saman. Ini wilayah BIBIK.


3- Jangan lupa bubuh garam nak bagi masin. Kang ada yang komplen. Tawar la masakan bibik ni. HeHe. Ikut lidah masing-masing. Jangan sampai lori garam tumpah sudah. Kalau tumpah jugak. Nak buat camana kan. Syok sangat menuang sampai tak sedar dah terlajak. Kuang Kuang Kuang.... Sapa tu..? Sendiri mau ingat la kan. Hari-hari duduk dapur. Memang terjadi adegan LORI GARAM TUMPAH. Bluweeekkk....!! ;P


4- Dah siap kuah. Boleh la landingkan ikan bawal dalam pinggan yang sesuai. Jangan pulak ikan tu sampai terkeluar ekor dengan kepala dari pinggan. Kesian dia. Dah siap dia baring. Tuangkan kuah sampai habis. Jangan membazir. Kalau nak buat sessi penggambaran untuk dimasukkan dalam Facebook. Tuang separuh dulu. Bakinya tuang selepas gambar diambil. Muahahahaaa. Kerja sapa tu..?? ;P


5- Hias ikut citarasa anda. Tabur daun bawang dan daun sup yang telah dipotong. Jangan main lempar je. Nanti tak chanteeekkk. Persembahan mesti MANTAP. Orang tengok pun dah terliur. Yang penting kita kena tawan pandangan mata dulu ye. Ceeewwaahhh... ayat tak boleh blah...!! Saya tambah dengan tomato ceri yang dibelah dua. Kemudian saya letak nenas yang dipotong dadu.


Tak letak pun tak apa. Saya barang dah ada depan mata. Bukan payah pun nak pergi kedai. Hasilnya memang wallaahhh. Tak tanya pun dah tau. Tengok ikan tu habis sekali makan. Tinggal kuah ja esok pagi bila saya masuk dapur. HeHe.



Pandangan dari atas helikopter :
Ini namanya Ikan Bawal Sweet Sour D' London.

Nak kata apa lagi. Alhamdulillah....


SELAMAT MENCUBA...!!

8 comments:

relax said...

sedapnya..... menitis air liur ku.
masa zaman saya mula2 belajar nasak dulu, masakan ni la saya rasa paling senang..tapi x la sesedap akak... sa main letak sos ja hehe

p!nkerton said...

memang mantapppp lah irma! nampak yummmmy sgt! :D

iu rf said...

siap detail lagi..
mmg mantap!!

umiecuie said...

sedapnyer...ape kate kite campakkan lagi sos masam manis, serai n daun limau purut, perah limau cket? agak2 ape rasanyer ;)

E-na Zarina said...

singgah makan ikan bawal swweet sour..sedap!

Fazlinil Irma said...

thanks lovely kitchen..

sampai hari ni sy tunggu bila la nak makan ikan lg. ikan mahal kat sini.

Anonymous said...

best2.. sesuai untuk org yang tak pandai masak mcm saya.. senang paham ayat awak ni, pun senang nak masak..

-darnia-

Fazlinil Irma said...

damia..

selamat mencuba :)