Tuesday, March 9, 2010

Memujuk Hati...




"Sungguh AJAIB perihal orang mukmin, sesungguhnya SEMUA URUSAN mereka adalah KEBAIKAN. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh KURNIAan dia akan berSYUKUR, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa MUSIBAH, dia berSABAR. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)



Firmannya: "Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." Al-Baqarah 155-157



"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah


AL-FAATIHAH untukmu abang...

Mohd Irwadi Mohamed Aki

7 Feb 1977 - 5 Mac 2010


1 comment:

Liyana s said...

salam takziah buat irma sekeluarga..sesungguhnya akak dpt selami perasaan irma ketika ini. akak juga pernah kehilangan abg yg sgt rapat dgn akak. hanya masa yg dpt merawat kesedihan, kedukaan, kesakitan hati yg amat ini..
moga irma tabah...