Thursday, April 5, 2012

Tempahan yang lepas. Baru nak tayang muka. :)

Assalamualaikum wbt.










Ini namanya kek pelangi ikut suka hati saja nak susun. ;P

Kek ni tinggi.. Sampai terhantuk kepala dekat kotak. Sian dia.

Kek ni saya salut dengan cream cheese.

Terima kasih pada yang menempah.

Harga : RM 90 untuk 9 inci saiz besarnya dan berat anggaran 2kg ++.









 Minggu lepas boleh dikatakan 'Minggu Red Velvet'.

Setiap hari ada je order untuk RVC masuk. Alhamdulillah. Saya seronok.

Mula-mula pelik juga. Biasanya hujung minggu yang banyak order. Ini tak. 

Hari Isnin saya dah sibuk di dapur. Rupanya mula dengan kawan saya.

Dia suggestkan RVC untuk kawan dia order. Pastu berjangkit dengan kawan yang lain.

Thanks Azilah dan Fazleen!

Harga Red Velvet Cake : 1.5 kg saiz 7 inci RM 60. Harga 2 kg ++ saiz 9 inci RM90.







Kek ini asalnya Four Tier Chocolate Cake.

Setelah berbincang dengan pelanggan. Kek ni bertukar ( haha.. macam Ultraman la pulak) menjadi Two Tier Chocolate Cake dengan Buttercream dan strawberry + blueberry sebagai hiasan utama.

Alhamdulillah.. kek ni menepati citarasa pelanggan saya. Lega!

Harga : RM75 untuk saiz 9 inci. 






Kek kesukaan ramai. Karamel Kek.

Biasanya kosong saja. Kadang pelanggan minta saya tulis sesuatu atas kek. 

Harga bergantung pada tulisan dan hiasan. Bermula dari RM 40 hingga RM 55 untuk hiasan gambar dan tulisan di atas kek.




Si manis Pavlova. Sekarang dah makin susah nak dapat buah markisa. Kejap ada. Kejap takde.

Pavlova tanpa markisa memang kurang mengancam. Sampaikan satu masa, saya cuba cari dekat Cold Storage KLCC. Ada. Tapi harganya. Ya ampun. 8 biji dengan harga RM 9 tak silap. Dah la jauh. Dengan harga macam tu memang tak berbaloi saja nak pergi cari.

Makanya... buah markisa akan jadi buah sekejap ada sekejap takde. hiihii.



Chocolate Mascarpone Cake.

Buat penggemar cheese dan coklat, Kek ni memang sesuai dengan selera korang. 

Minggu lepas tiga biji saya buat kek ni saja.

Harga RM 90 untuk saiz 9 inci. Berat anggaran 1.8kg ++.


Selesai... err.. ada lagi gambar kek. Nanti saya sambung lagi ya. Sekarang nak keluar beli barang. Selesaikan bayaran bil dan bayaran untuk kelas akan datang. Dah seminggu duk bertangguh tak masukkan deposit. Nama je duduk depan internet. Ada benda saya ni old skol jugak. haha. Mengata diri sendiri. ;P

Sebenarnya tu alasan. Kalau masukkan dekat bank kan boleh keluar berjalan jauh sikit.

Bye..  Jumpa lagi!






15 comments:

azura samsuddin said...

sgt osem hasil keje sis, bertuahnya saya kalau dpt berguru ngan sis :) sudikah??? :):):)

Shu Shinju said...

waaa...sesedapnye tgk semua kek !!!

KucingMalaysia said...

Alhamdulillah, rezeki balik Umrah

Ely Hasrul said...

sumpah tak sabar nak tempah!

wAniE mEimAy said...

kak kek pelangi tu sekilo berape ye???n lau order penghantaran cmne???coz duk kt kuantan...

PaddyjOy said...

salam,
sukanya sy tengok kek kek tu.
macam nk mkan ja semua.
teringin nk try bt mcm sis.
btw sy copy resepi sis,hope blh bt mcm sis ..

PaddyjOy said...

sy nk copy resepi sis bleh.
teringin nk try buat kek mcm sis buat.nampak sedap ja semua.

Myra Jay said...

Sedapnyer... Terliur tengok semua kek2 ni... :)
Nak jugakkkk :D

Sya Annur said...

haaa, tu yg nak tanya tuh! kalau tinggi terantuk kotak ni kak buat cemana ek? puas dah pk. huhuhu

~ana~ said...

alhamdulillah...murah sgt rezeki irma...syukur..

sgt terliur dgn rainbow kek & karamel kek...nak buat sendiri tp tahap confident tu masih xde..kena berguru dgn irma la...:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Irma sebenar akak teringin sangat nak makan pavlova Irma tapi jauh lak nak tempah.. ada gi shah alam tak hehehe

mama tisya said...

meriah tgk smua kek...red velvet mmg sedap...pavlova pn ..bw blk opis bg kwn2 opis rs..smua ckp sedap..tq utk pavlova yg sedap itu

Mama Zharfan said...

semua kek nampak sedap & cun :)
teringin nak order RVC and kek karamel..insya Allah one day :)

Hanis said...

salam..
kek karamel ni memang sedap
berbaloi-baloi beli =)

umie amirah said...

akak,ajarlah mcm mana nak bentukkan pavlova mcm akak buat.cantik je,saya buat tak lawa sangat.akak punya bulat,perfect sgt hihi :)