Bangun pagi disambut dengan sinaran mentari yang sangat terik. Selak langsir jenguk luar pandang langit. Alhamdulillah. Cantiknya langit. Bersih tanpa sebarang kesan jerawat. Ceess.. bukan jerawat la. Awan. Langit Biru. Dalam hati bersorak.
Huurrraaaayyyyy...!!
Dalam masa yang sama terus switch on laptop. Terus taip status FB. Itulah kerja saya pagi-pagi sebelum masuk kerja. Kalau mood baik. Kalau tak, diam je sambil tangan dan mata sibuk melihat aktiviti kawan-kawan. Tu pun boleh ambil masa sejam. Ralit.
Hari ni kak ct suruh tunggu lagi parcel dari DHL yang tak sampai-sampai dari minggu lepas. Dengan baiknya (perasan..!) saya pun tunggu sambil melayan Fatih tengok tv.
Pukul 9 tak sampai. OK sabar lagi.
Pukul 10 tak dengar bunyi loceng. Tahan sabar.
Pukul 11 langsung tak nampak batang hidung. Geram... Geram... Geram...
Pukul 12 memang takda. Dah tak tahan sabar. Memang HANGIN.
Pukul 10 tak dengar bunyi loceng. Tahan sabar.
Pukul 11 langsung tak nampak batang hidung. Geram... Geram... Geram...
Pukul 12 memang takda. Dah tak tahan sabar. Memang HANGIN.
Isshh.. memang geram betul. Punyalah takut tak dengar bunyi loceng sampaikan Fatih mandi pukul 2 petang. Nak vakum karpet LANGSUNG TAK BERANI. Kang tak pasal-pasal terlepas dengar bunyi loceng.
Sampailah kak ct balik kerja pun tak sampai juga. Nak jadi tambah HANGIN. Pukul 6.30 petang baru DHL hubungi suami kak ct. Tu pun tak datang juga. Gggrrrrr. BENGANG.
Esok mesti kena tunggu lagi.
TAK SUKA.
T____T
Nampak gaya esok hari, HATI saya akan menjadi semakin TAK SENANG.
TAK SUKA.
T____T
Nampak gaya esok hari, HATI saya akan menjadi semakin TAK SENANG.
Pleaseeee.. Pleeeaaseee... Pleeeeaaaaaseeee...
KAMU DATANG YA ESOK...!!! Nanti saya ucap tenkiu BANYAK-BANYAK..!! =D
****** Habis Cerita Pertama *****
Tengahari tadi sambil tunggu parcel. Husna buzz di YM. Husna tanya pasal email kelas tajwid. Dengan yakin terus saya jawab. TAKDA. Husna pun pelik. HaHa. Terus dia hantar balik email tu. Saya tak percaya lagi ( degil betul..). Bila Husna bagitahu tarikh. Saya periksa balik email. Uiiikksss. ADA LA. Duk kat celah-celah email yang KURANG PENTING. Tu sebab saya TAK BACA. Muahaha.
Bila baca email tu terus dup dap dup dap. Tahu dah kenapa Husna tanya. Allahu akbar. Rasa mahu menolak tapi saya tahu ini amanah yang Allah dah berikan untuk saya. Berkongsi ilmu yang ada. Cuma saya SEDIKIT ( baca: banyak ye..) gementar. Kurang percaya dengan diri. Mana taknya. Anak murid semua dah besar. Saya memang sejak dulu MENGELAK sungguh-sungguh untuk mengajar pelajar sekolah menengah. Inikan lagi yang dah tahap U. Yuhuuu. KETAQ LUTUIT. Saya lebih suka budak-budak. Senang saya nak BULI. Keh Keh Keh.
Kali ni Allah izin Husna minta saya jadi ustajaaahhh tajwid online. Macam ni lah kami di sini berkomunikasi. Semuanya pakai INTERNET. ONLINE. Kalau ikutkan nak KETAQ apa. Bukannya nampak muka. HiHiHi.
Bukan itu yang saya risaukan. Saya risaukan respon mereka. Soalan mereka. Faham ka nanti mereka. Allahu akbar. Risau juga masa bincang dengan Husna tadi. Saya pun belum beri jawapan PASTI lagi. Mohon Husna beri masa sampai hujung minggu ni. Nak ISTIKHARAH. Minta Allah berikan kekuatan membantu mereka.
******Habis Cerita Kedua******
Ada lagi cerita. Pukul 3 petang seorang lagi kawan saya BUZZ di YM. Sembang punya sembang. Dia sampaikan BERITA GEMBIRA pada saya. Alhamdulillah. Thanks dear kerana berkongsi berita ini dengan saya. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia. =D
Tak boleh sembang lama sebab saya dah nak masuk ofis. =P
******Habis Cerita Ketiga******
Malam pun ada lagi cerita. Maryam BUZZ di YM. Ajak saya ke Leeds pada hujung bulan March nanti. MEMANG SERONOK. Hajat di hati memang nak berjalan ke sana. Alang-alang Zatul pun ada di sana. Boleh ziarah dia dan jumpa sepupu yang baru menetap di sana.
Taaaaaaaaaapppiiiiiiiiiiiiiiii....
Bila difikirkan kembali. Ada perkara lain yang saya perlu dahulukan. Nampak gaya hajat di hati kena simpan dahulu. Insyaallah, ada rezeki sampailah saya di Leeds. Insyaallah.
Afwan Maryam dan Salimah. Tak dapat nak penuhi hajat antum berdua. Insyaallah, kita jumpa di London ye. Datang rumah. Akak masak.
****** Habis Cerita Dahhh...******
Pheeewww... banyak betul berita yang saya dapat di hari pertama bulan March. Alhamdulillah. Semuanya baik untuk saya. Moga Allah berikan yang terbaik untuk saya. Permudahkan urusan saya. Titipkan kekuatan dan kesabaran untuk saya. Lindungi saya. Peringat saya. Yang penting JANGAN LUPA SAYA. Allah... Allah.. Allahuakbar... Tak sanggup rasanya memikirkan bila Allah dah lupa pada hamba. Selalu saya yang lalai dalam mengingatiNYA. Banyak yang diberi sedikit yang dibalas. Saya mahu jadi hamba yang mengenang budi. Insyaallah...BERUSAHA...!!
PadaNYA jualah saya bergantung dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
PadaNYA jualah saya bergantung dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Ya Allah, tanpaMU. Siapalah aku.
Pagi Isnin yang cerah selepas seminggu HUJAN.
No comments:
Post a Comment