Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... masuk ni dah empat kali. YA. EMPAT KALI. Eceehh.. apasal huruf besar..? SENGAL. Saya ke Tower Bridge. Dua kali orang bawa saya. Dua kali saya pula bawa orang. Kira pemandu pelancong la ni. HikHik. Siapa nak datang nanti bagitau saya. Boleh saya jadi pemandu pelancong anda pula. PEREMPUAN SAHAJA. =D
Kali ni saya turun di London Bridge Tube Station. Biasanya saya turun di Tower Bridge Tube Station atau Tower Gateway. Rupanya turun di London Bridge lagi best. Dari sini kami akan jumpa London Bridge dahulu. Tu yang boleh ambil gambar Tower Bridge dari jauh.
See.. Ambil gambar pun tak centre. SENGET macam tuan dia. agagaga.
Tadaa.. alhamdulillah. Cuaca hari tu pun baik. Ada matahari. Langit cerah. Awan pun memberi aksi yang baik kepada alam. Err.. Ayat apakah ini..? Hancur BM. Tak la sejuk sangat. Masih juga kena pakai coat. Angin dia sejuk. HuHu.
Ramai juga orang yang duduk berjemur di tepi-tepi jambatan. Sambil duduk hisap rokok. Haa.. cakap pasal hisap rokok. Atau asap rokok. Baru saya perasan. Kalau berselisih dengan orang merokok pun. Baju saya tak berbau rokok. Best betul. Lagi satu jalan seharian pun, baju saya tak berbau asap. Apasal eh..? Sambung balik.. Nak lagi ramai tunggu summer nanti. Masa tu pemandangan pun menyakitkan mata. Semua pakat nak tayang badan ;P
Pertama kali saya ambil gambar dari sisi sini. Kalau ikutkan hati semua sudut 360' saya nak ambil gambar. Tu melampau la kan. Kesian kat Ummu Ammar. Ikut pemandu pelancong yang sakan berjalan. Hehe.
Betapa beruntungnya saya. Kalau orang lain datang sekali sahaja. Saya sampai berulang kali datang. Kalau orang lain datang cuaca tak baik. Redha sajalah gambar gelap atau awan mendung. Saya pula boleh je nak datang bila cuaca elok. Boleh pilih samada nak pergi atau tak. Maknanya banyak masa dan peluang yang Allah beri. Masyaallah. Ini kalau tak bersyukur lagi. Tak tahulah. Nak kena rendam clorok hati ni. Hitam berkarat apa. HeHe.
No comments:
Post a Comment