Assalamualaikum wbt...
Bulan ni saya tak 'bakar' lagi entry pasal makan-makan kan. Syiok sangat dengan musim bunga yang sedang berlangsung sekarang sampai lupa banyak resepi yang tak dikongsi bersama kawan-kawan. Ok. Meh nak mencelah satu entry tentang masakan. Namanya Hotpot Potatoes. Simple dan senang sangat nak buat. Jom tengok bahan dan cara nak buat.
Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam
Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.
Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..
1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan. Kalau tengok gambar di atas jangan hairan. Yang belah kanan untuk lidah melayu. Belah kiri lidah mat saleh :P
Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kalau tengokkan gambar di atas. Kentang saya disusun agak jarang kan. Saya sarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)
Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. Saya guna cheese biasa saja. Dah itu yang ada dalam peti ais. :)
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.
Tadaaa... sekali pandang nampak macam Lasagna kan. Dua kali pandang selepas ditenung-tenung. Oh rupanya Hot Pot Potatoes.
Alhamdulillah... resepi ini diterima baik oleh Maryam dan Syakirah. Bila saya tanya Maryam. ' Yummy tak?' Dia jawab. ' This is not yummy. This is delicious. Very delicious. 3 kali dia sebut delicious. Bila saya tanya. ' Why not yummy..? ' Because yummy is a little only. But delicious is a lot. Amboiii.. pandai betul Maryam buat hati kak Irma meloncat-loncat kesukaan.
Fatimah pulak macamana? Anak yang saya jaga sorang ni ada ka dia bagi B 3/4. Gelak besar saya dan Syakirah. Susah betul nak dapat A+ dari dia. Mungkin kalau saya buat dengan daging cincang baru boleh dapat A kot. Kan sayang..? :)
Apa pun. Resepi ni memang mudah dan sedap. Resepi asal saya ambil dari sini. Saya dah olah buat cara saya sebab masa salin resepi tu saya tulis bahan ja. Cara saya tak salin. Tu yang hasilnya memang lain lah. Saya suka. Sebab cheese dia garing. :)
Selamat mencuba.
19 comments:
i like! i like!
delicious ek..akak yg lom buat dan tak rasa lg ni pon dah tahu mesti delicious!
akak GILE KENTANG punyer org..hehe
i can say, resepi ni satu revolutionary of shepperd's pie + lasagna..kreatif! :D
Sedap nyeee..
hafiz..
boleh cuba.. mmg sedap..
yup.. bak kata maryam.. sampai 3 kali deliciousnya.. hehe..
kalau akak suka kentang.. boleh susun byk2.. mmg sedap..
kak, saya dah cuba resepi nie... mmg sedap. lg sedap dr lasagna. hehehe...
buzzbug..
sedap kan.. =)
salam...nampak sedap yea..nak copy resepi & try buatla, blh kan?
anna.. selamat mencuba. =)
salam irma,
akak mintak resepi ni ek..selalu jenguk2 blog irma jugak try resepi best2..hehe
thanks ek ;)
hanan
salam irma,
akak mintak resepi ni ek..selalu jenguk2 blog irma jugak try resepi best2..hehe
thanks ek ;)
hanan
salam Irma,
izinkan saya copy resipi ni ye..saya memang suka makan kentang..tq2..
mixed herb tu cane akak??
wsalam kak hanan.
silakan kak. ur welcome.:)
dear anon,
mixed herbs ni campuran herba. cuba cari kat bahagian herba2 dlm botol. jenama masterfoods atau McCormick.
mn nk cr mixed herb????
aril best.
kat carrefour atau cold storage ada sy rasa. sy pun tak pernah beli kat sini. semua bawak balik dr uk.
salam irma...wah boleh cuba ni...mmg suka pie...tapi yg ni lebih mudah..apatah lagi I'm a hard die fan of potato...he he....resepi yg berbaloi baloi ni....tq...
Assalam Irma,
kita nak cuba buat hot potatoes ni lah..minta izin ambil recipe dan nak masukkan kedalam blog bila dah siap dimasak nanti ya..Terimaksih kerana berkongsi recipe ni ya..
Salam... Nak ty sket... Guna kentang jenis apa yer? Kentang russet ke kentang biasa jer pon boleh? Actually baru cuba td, tp kentang keras sket la... I guna kentang russet... Lain2 suma ok, family suka.. Cuma part kentang tu jer slack sket...
salam akk. ni bakar dalam oven ke ????
Post a Comment