Assalamualaikum wbt.
Hyde Park, salah satu taman yang sering dikunjungi di sana.
Rindunya nak berjalan. Bersantai. Menikmati keindahan tempat sendiri.
Semenjak balik dari London sampai lah sekarang, saya tak rasa nikmat berjalan. Setiap kali keluar untuk urusan harian saya sentiasa berjalan dalam keadaan berjaga dan ada juga rasa sedikit takut bila dihampiri oleh lelaki yang berjalan dekat dengan saya. Doa memang tak pernah putus dalam hati. Lagi dekat orang lelaki yang rasa-rasa berbahaya, lagi laju bacaan Ayat Kursi dilantunkan dalam hati. Takut..!
Dah 10 bulan ni tempat harian saya berlegar-legar di sekitar Danau Kota, Lembah Keramat dan Taman Melawati. Jika ada urusan belajar baru saya bergerak jauh sedikit. Pandan Indah, Seremban, Bandar Saujana Putra dan Salak TInggi. Lain dari tu saya TERINGIN sangat nak pergi tapi sering terbantut akibat takut.
Pelik kan... tapi inilah realitinya. Bila terbaca macam-macam kes ragut, simbah asid, culik. Saya jadi takut nak keluar rumah. Apatah lagi nak bawa anak saudara jalan-jalan main kat taman. Nak duduk luar rumah bila petang pun takut.
Tak payah pergi jauh. Sekitar dan seputar rumah saya sahaja dah boleh nampak. Ramainya orang kulit hitam yang menyewa di PV12 ni sampaikan saya sendiri pernah terdetik dalam hati, "aku ni duk dalam negara Afrika ke..? " ;P
Satu yang bagus tentang mereka ialah mereka suka solat jemaah di surau. Boleh kata setiap masa warga mereka yang memenuhi 1/3 ruang surau. Malu tau bila tengok macam ni. Mana orang kita..?
Maaf la ye kalau korang dah jemu tengok saya duk bandingkan Malaysia dengan London. Memang saya akui dalam banyak perkara Malaysia kita memang baik. Boleh dengar suara azan. Senang nak cari masjid. Pergi jalan mana-mana pun ada tempat untuk solat. Makanan Halal senang diperolehi.
Cuma dalam soal keselamatan, negara (lebih tertumpu pada bandar besar seperti KL) kita berada di tahap bahaya (kurang selamat). Betul kan..?
3 comments:
betul kak... kekadang utk capai kejayaan tu kta perlu bandingkan kita dgn org lain utk mengetahui dimana kelemahan kta..tpi jgn smpai timbul hasad...
betul..kekadang rasa xselamat..kalau drive pn kna bawak aircond...
since akak kt london sy dh ikut blog akak ni,sy suka bca tntang akak kt sna :)
Assalamualaikum.
Hmm apa kata irma bagi ayat irma yang last tu pada orang yang sepatutnya. Hantarkan sahaja pada KDN Dibawah seliaan YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN.
Sebab bab keselamatan ne dipantau bawah NKRA di kementerian beliau.
Adakalanya kita perlu suarakan suara kita di tempat yang betul, untuk mendapat hasil yang betul. Apa pun kena betulkan niat kita bila kita cuba nak betulkan sesuatu. Mudah2 an kita dilorong yang betul dan kalau kita tak betul, mudah2 an Allah perbetulkan kita....
Cubalah
Beto tepat dan benar sekali.dh kena da pun so tersgtlh serik smpi berjln skrg bagless.shian handbag memahal beli kt uk dulu tersadai jerk.irma,akak nk buka gatepun takottttt.
Irma,kita pernh ada pnglmn yg sama so mg susahlh nk lupakan n bndingkn tu dan diam je.dh biasa voice up kan...dh terikut2 culture sana.hikhik.
Good to voice up!
Post a Comment