Thursday, August 27, 2009

Karipap Oh Karipap

Dah lama tak buat karipap. Rasanya kali terakhir saya buat tahun lepas kot. Lama tu.hihi. Punyalah malas nak buat bukan sebab susah tetapi saya tak pandai nak mengelim. Semalam buat pertama kali untuk tahun ini di bulan yang penuh keberkatan ini saya memberanikan diri untuk membuat karipap.

Bukan sebarang karipap. Ini karipap saya kelim sendiri tanpa menggunakan acuan. Semalam ya saya buat sorang-sorang tapi hari ni dengan rela hatinya ketiga-tiga anak dara yang saya jaga nak membantu.

Mula-mula Syakirah yang datang dapur jenguk saya buat apa. Bila dia tahu saya tengah buat karipap terus dia dengan sukarela nak tolong.

Saya ajar sekali je. Terus dia dapat tangkap. Alhamdulillah, mudah kerja ummi lepas ni kalau nak makan karipap. Dah ada pembantu yang pandai mengelim.

Cantikkan..?

Saya pun terkejut bila perhatikan dia mengelim dengan senang tanpa merungut tak tahu atau tak cantik. Err.. sebenarnya saya malu ju
ga kalau nak bandingkan umur saya dengan dia dalam hal ni. ekeke. Tak pa. Tak pa. Ada lagi orang yang tak pandai kan. Lalalaaaa.

Ini Fatimah punya hasil keliman. Dia beza sikit dengan kakak. Apa yang saya nampak dia sedikit tertekan bila tengok hasil kerja Syakirah yang menjadi. Dia pun nak juga hasil tangan secantik yang dibuat oleh kakak. Di sinilah saya mainkan peranan memberikan dia semangat supaya tak putus asa dengan hasil kerjanya yang baru berusia lapan tahun. Saja saya bandingkan dengan diri sendiri yang dah 'tua' ni baru nak belajar buat karipap. Alhamdulillah lama kelamaan dia enjoy dengan hasil kerja sampaikan terhasil karipap mini lebihan tepung yang terakhir. Punyalah excited nak tunjuk kat ummi dia.

Yang ini Maryam punya. Sejak semalam dia menolong saya dengan menggunakan garpu. Jadi saya tak kata karipap. Ini namanya curryfolk. kehkehkeh.


Ehm.. Ehm.. Sakit tekak la pulak bila tengok gambar ni. haha. Dah tua-tua ni baru ada kesedaran nak mengelim karipap. Terasa lambat juga bila dikenang-kenangkan balik. Bukan susah sangat pun bila buat. Yela, dulu masa dengan mak ada dia. Bila buat karipap samada guna acuan atau mak yang kelimkan. Leceh la nak kelim-kelim ni. Masa tu Allah saja tahu betapa SUSAHNYA nak mengelim. Saya tahu nak senang saja. Orang muda la katakan. Tahu nak NGAP saja. Haha.


Boleh buat niaga ke ni. Dah la kat sini takde Bazaar Ramadhan. Kalau jual boleh laku apa. haha. Perasan. Baru buat sekali dah ada hati nak menjual. Takpa Takpa. Nanti balik Malaysia kita buka gerai depan rumah. ekeke.

Lepas habis siap semua karipap tu terasa letih sangat. Turun bilik nak solat tapi nampak katil terus BOOM. Lena. Dapat la lelap 20 minit lepas tu terus bangun solat dan tolong kak ct kat dapur masak.

Ehm, saya rasa bukan letih sebab buat karipap tapi letih sebab ajar anak-anak mengelim karipap. Apapun saya sangat seronok. Nampak gaya saya kena fikirkan apalagi kuih yang boleh dibuat bersama mereka.

Wassalam.

Wednesday, August 26, 2009

Sehari Sebelum Ramadhan Tiba

Alhamdulillah selesai sudah puasa untuk hari pertama dan pada saat ini saya masih lagi berjaga sementara menunggu sahur pula. Lebih kurang sejam empat puluh lima minit lagi bibik nak kena perhangat nasi dan lauk untuk sahur pula. Jadi untuk mengelakkan kejadian semalam dari berulang, lebih baik saya berjaga sehingga selesai sahur kemudian barulah tidur.

Sementara tu meh la layan cerita bibik sehari sebelum ramadhan tiba. Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan lepas, Maryam, Husna dan saya berkesempatan berjalan-jalan di sekitar Tower Bridge London. Setengah hari di Tower Bridge sahaja. Berbaloi. Sangat-sangat berbaloi bila melihatkan hasil yang ditembak bertubi-tubi. Kalau real memang hancur dah Tower Bridge tu jadinya. Hihi. Nasib senapang saya bukan dari jenama yang mahal. akakakaaa. Kalau tak memang bersepai dah Tower Bridge tu dek penangan senapang saya..heheehh.

Seawal jam 12 tengahari hujan renyai membasahi kota London ketika saya dan Maryam berada di kedai cenderamata menyebabkan kami terpaksa berteduh seketika di dalamnya. Maryam pun memang berhajat mahu membeli cenderamata untuk dibawa ke Syria. Dah alang-alang berada dalam kedai maka aktiviti membeli poskad memang tak dilepaskan begitu sahaja. Tak banyak pun saya beli. Cukuplah lima keping untuk menambah koleksi yang sedia ada. Lain kali beli lagi.

Tak lama kemudian Husna sampai untuk menyertai acara menembak kami. Ehh, menembak tak best la. Memanah. Rindu pulak nak pegang busar lagi.

Kami bermula di sekitar Tower of London dalam keadaan cuaca yang mendung dan hujan masih berbaki sisa-sisanya.

Oh ya. Dalam duduk menunggu Husna sebelum hujan turun dan kami berteduh di kedai souvenir mata saya tertancap di kedai Fish & Chip yang bertanda HALAL. Perghhh.. apa lagi dalam duduk berkira nak dengan tak nak makan sedar-sedar dah hulur 5.50 pound dekat cashier. Yum.. Yum.. sedap bangat sampai satu ketika saya dah mula rasa loya sebab kuantiti yang diberi memang banyak. Ni pun dah kongsi dengan Maryam. Jadi kalau sesiapa yang datang sini rasa nak makan Fish & Chip jangan berlagak nak makan sorang melainkan korang memang hantu ikan. Lagi-lagi orang yang tengah diet macam saya. Bluwekk. Tarik tudung kang baru tau. ekekee.

Masa mula jalan cuaca sekejap panas sekejap mendung. Memang UNSANGKARABLE betul cuaca hari ni. Bila tengok langit sekejap berawan sekejap cerah. Magic betul awan yang banyak kat langit masa tu. Entah kemana dia menghilang lepas tu datang balik.


Tetap cantik, menawan dan tertawan walaupun di bawah awan kelabu.

Dalam duduk ralit berjalan dan bersembang tiba-tiba mata tertancap pada jambatan yang sedang dinaikkan secara perlahan-lahan. Masyaallah, memang teruja betul masa tu. Memang kena masa dan ketikanya kami hampir dengan jambatan. Peluang keemasan ini memang tidak dilepaskan begitu sahaja. Sambil melihat dengan mata kasar tangan tak sudah memetik butang kamera sebagai tanda ingatan semasa berada di sini. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Oh.. rupanya ada kapal besar mahu lalu.

Tiba-tiba teringat satu teka teki semasa kecil.

Kapal lalu dimana? ;D


Semasa di atas jambatan.

Sporting mereka melambai pada kami di atas jambatan.

Penerangan tentang Tower Bridge

Bangunan yang berbentuk peluru atau mentimun itu nama timangannya ialah Gherkin.

Sebelum ini saya mengandaikan ini adalah London Bridge tetapi apabila tiba di sini buat pertama kali pada 2008 andaian saya silap sama sekali. Ini adalah Tower Bridge manakala London Bridge merupakan jambatan yang biasa sahaja rekabentuknya terletak antara Kota London dan Southwark merentasi Sungai Thames. Sekali lagi lagu London Bridge is falling down bergema di telinga.

Burung merpati mendapat habuan roti berintikan marjerin, strawberry dan nutella.

Kuatnya budak perempuan ni. Hehee.

Ini adalah kapal apa ntah..? Lupa la plak. Haha.
Yang saya ingat kapal ni memang dibuka untuk orang ramai masuk melihat. Saya..? Ambil gambar saja. Hihii.

Tengok.. Sampai gambar bas persiaran tak mewah pun nak diambil. Haha.

Ok. Sudah. Wassalam.

Psss- Maaf cerita ini sudah diperam sehingga hampir menjadi pekasam. Errkk, tak habis-habis nama pekasam yang glamer. Saya menulis sejak hari puasa pertama lagi. Hari ni baru mampu menghabiskannya. hihii.

Friday, August 21, 2009

Esok Belum Puasa Lagi...

Assalamualaikum wbt

Moga kalian berada dalam lindungan dan rahmat dari Allah swt senantiasa.

Sejak petang tadi saya dihujani dengan pertanyaan 'London puasa bila. Esok atau lusa? Memandangkan penyimpan mohor-mohor besar di Malaysia sudah mengumumkan puasa bermula pada hari Sabtu maka legalah semua rakyat Malaysia sebab esok boleh makan lagi. Haha. Err, kalau penyimpan mohor tidak mengumumkan pun kita boleh agak yang puasa hari Sabtu berdasarkan yang tercatat di kalendar cina kan. Pandai aje bibik ni. Tak lama kemudian kawan saya di German juga sudah mengetahui tarikh bermulanya puasa yang jatuh pada esok hari. Nampak gaya ada yang dah mula kelentung kelentang memasak untuk bersahur sekarang ni.

Dalam pukul 8.30 malam Islamic Channel telah mengumumkan bahawa puasa di London bermula hari Sabtu. Alhamdulillah, nampak gaya esok ada satu hari lagi peluang untuk makan. Eh, bukan makanlah. JALAN. kui kui kui. Ada orang ajak saya pergi London Bridge esok. Nampak gaya berjalan lagi la saya sebelum mula berpuasa pada hari Sabtu nanti. Takpa, meraikan tetamukan besar pahalanya. Tengok bibik kalau bab bagi alasan memang cukup pandai. Sedangkan memang dia ada hati nak berjalan juga tu. Err, bukanlah. Peluang datang bergolek namanya ni. Jadi kita jangan lepaskan peluang. akakaa.

Sejak menjalani ibadah puasa jauh dari keluarga, saya sering (baca:hari-hari) teringatkan mak. Baru je nak start intro dah sayu. Ni ada yang banjir bilik ni kang. Hihi. Ok. Ok. tahan air mata. Nangis kejap lagi bawah duvey. Haha. Sambung balik cerita. Lebih-lebih lagi bila kerja saya menuntut untuk menyediakan hidangan untuk berbuka dan sahur. Dulu kalau di rumah memang saya merupakan anak dara yang susah nak bangun sahur. Ingat lagi masa sekolah rendah punyalah liat nak bangun sampaikan mak saya kejutkan bangun hanya untuk minum segelas susu kemudian sambung tidur balik sementara menanti subuh. Tengok, punyalah pemalas nak bangun. Haha. Habis... Jatuh saham bila pecah tembelang.

Kejadian itu berterusan sehinggalah saya dewasa tetapi berubah sedikit bila bangun sahur hanya untuk makan. akaka. Kalau kat asrama tak apalah. Bangun sahur memang untuk makan saja. Takkan nak pergi tolong Pak Lah kat dapur asrama lelaki. Ada kang yang kena panggil dengan Ustaz Khairul esok hari kat sekolah. Hohooo.

Kalau kat rumah memang susahnya mak nak kejut. LIAT. Dah nak habis waktu sahur baru bangun. Tu pun boleh lagi buat muka termenung dekat meja makan. Waktu sahur dah nak habis. Makan tak lagi. Berlagak konon bila tengok lauk. Memilih jugak. Saya kalau mak masak sardin dengan telur dadar campur sayur kobis memang makan. Tak pun nasi goreng panas. Perrghh, memang masyuk. Tak pandang la kalau ada lauk lain. Eh, berapa banyak lauk yang ada. Hari lain laa. Kalau lauk berbuka puasa tak habis dan dibawa ke sahur macam ayam ke. Memang saya tak makan. Sanggup minum air teh saja. Kerek betul minah ni tau. Haha.

Sekarang dah masuk tahun kedua saya berpuasa jauh dari mak. Jauh yang memang tak pernah balik untuk bersahur dan berpuasa bersama. Kadangkala datang juga angin teringatkan apa la yang mak makan kat rumah. Terus tak lalu makan. Huhu. Orang kalau dah teringatkan mak selalu tak duduk jauh macam saya. Mesti bertenggek bawah ketiak mak je kan. Haha. Saya lain. Ecece. Rindu memang sentiasa ada dalam hati. Peluang bekerja di London datang sekali. Haa.

Hari pertama puasa memang meja makan penuh dengan makanan yang diberi oleh jiran sebelah menyebelah rumah kami. Eh. bukan setakat sebelah je. Belakang pun sama. Nasib depan rumah saya jalan raya je. Kalau ada rumah juga mahunya jadi depan belakang kiri dan kanan saling bertukar juadah. Mahu tak cukup meja. Cop. Cop. Depan ada juga. Mak kan mengasuh anak orang. Jadi ada sesekali mereka beri kuih muih kepada kami sekeluarga.

Dah menjadi kebiasaan kami kalau tiba puasa memang akan menyediakan makanan dalam kuantiti yang lebih untuk diberi kepada jiran. Hari pertama memang pakat semua bertukar juadah. Bila dah seminggu berpuasa dan seterusnya aktiviti ni dah jadi slow sikit. Mungkin hari ini kami yang beri. Esok makcik belakang pula yang ganti. Jadi bergilir-gilir pula. Sampai kadang tu terlupa yang pinggan makcik belakang dah banyak kat rumah. HAHA. Jadi nak tak nak kena la buat juga kuih untuk diberikan.

Duduk di London yang mana jiran terdiri dari mereka yang berbangsa asing memang langsung tidak berpeluang untuk menukar juadah bila berpuasa. Nampak gaya masak sendiri makan sendiri la.

Bazar ramadhan. Lagi la tak nampak bayang. Huhu. Sedih. Sedih.

Korang tak yah la tertipu dengan ayat emosional bibik. Dia memang kalau bagi ayat sentap nampak sangat sedih tapi bila suruh balik. Tak nak pulak. wakaka.

Apapun sampai masa saya akan pulang juga. Ibarat bangau terbang jauh akhirnya pulang ke sarang juga. Ceewaah, bibik ingat lagi ye peribahasa melayu. Haha.

Dah. Dah. Tak mahu merepek panjang. Sikit-sikit jadilah.

Selamat berpuasa buat semua sahabat handai saya walau di mana sahaja kalian berada.

Tak lupa juga buat anda yang membaca entry ini. Selamat berpuasa.

Teristimewa buat keluarga di Malaysia. Abang, Amin dan adik. Jangan malas tolong mak kat dapur. Aku tau korang kalau kami (saya dan kakak) ada di rumah memang terserlah kemalasan. Kalau takde pandai je tolong mak. HAHA. Tolong. Kalau tak. Takde jersey dari aku. Ugut nampak..! akakaka. Sayang semua..!

Ramadhan diawalnya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (keampunan) dan hujungnya DIBEBASKAN DARI AZAB API NERAKA.

Semoga ramadhan tahun ini datang dengan semangat untuk melipatgandakan amalan-amalan sunat. Insyaallah.

Wassalam.

Wednesday, August 19, 2009

::Episod Seterusnya..Isle Of Wight ::


Cerita selanjutnya akan di sambung nanti. Sebelum tu hidangan 5 keping gambar buat pembuka selera. ;)

Dari London Ke Southampton Dengan Rasa Sayang

Assalamualaikum wbt

Moga kalian berada dalam lindungan Allah swt hendaknya.

Alhamdulillah, percutian yang dirancang sekian lamanya tercapai jua akhirnya apabila hari yang ditunggu telah berlalu dan kini saya dalam proses mengedit gambar yang melebihi jumlah 1000 keping kesemuanya. Banyak dan hampir nak termuntah bila melihatnya kembali. Hihi. Nasib kamera digital yang diguna pakai. Kalau kamera filem alamatnya bergulung-gulung lah hasilnya nanti. Mungkin sampai masa filem tu tak bercuci langsung. Mana den nak cekau duit nak bayar gambar yang dicuci.

Ehm, nampak gaya cerita Southampton akan keluar dulu dari cerita summer camp di Walesby Resort. Harapnya saya mampu menghabiskan semua cerita yang dah hampir menjadi pekasam. Err, bercakap pasal pekasam kan. Dah dua hari saya makan nasi berlauk pekasam. Perrgghh, terliur lagi tengah malam ni bila ingatkan balik. Lebih lagi kak ct tumbuk sambal belacan yang memang pedas. Sedap..!!

Dah..dah.. Saya nak buat entry laju-laju yang akan disertakan dengan gambar yang banyak. Siapa yang tak suka silalah pandang atas di sebelah kanan ada tanda PANGKAH. Hihi. Bibik dah lama tak membebel. Mungkin bebelan dia akan membuatkan sesetengah orang MENYAMPAH tahap cipan. Ramadhan dah nak dekat. Lebih baik jangan tambah sakit hati. Tak baik untuk kesihatan jantung anda.

Ini adalah teman seperjalanan saya yang sangat bagus akhlaknya sepanjang percutian saya. Alhamdulillah, matlamat saya tercapai dengan sebaiknya. Moga Allah permudahkan lagi di percutian yang seterusnya nanti.

Kami memulakan perjalanan menuju ke Victoria Station seawal jam 3 petang sedangkan bas akan bertolak jam 5.30 petang. Memang saja saya suka keluar awal supaya tiada aral melintang yang menyukarkan perjalanan kami nanti. Alhamdulillah, keputusan yang dibuat memang tepat kerana dalam perjalanan dari Westminster ke Victoria Station, tube telah berhenti agak lama di St James's Park sehinggakan kami bertekad mahu turun dan berjalan kaki sahaja sekiranya dalam kiraan sepuluh tube tidak meneruskan perjalanan. Tak lama kemudian terdengar bunyi enjin tube berbunyi tanda dia akan meneruskan perjalanan. Gelak kami mengenangkan apalah nasib kalau kami keluar dan melihat tube bergerak di depan mata. Hihii.

Victoria Station memang meriah dengan pelbagai kedai yang menawarkan pelbagai barangan untuk dijual. Buat kami yang bukan kaki shopping hanya menjamu mata sahajalah sementara menunggu Husna tiba. Anak-anak pula bila dah terpandangkan Millie's Cookies terus teruja mahukan cookies ini sebagai bekal sepanjang perjalanan. Namun bila sudah berada dalam perjalanan, langsung tidak mahu menjamah biskut sedangkan perut sudah meronta kelaparan.

Selain dari cookies kami mencari Costa untuk memenuhi kehendak tekak yang mahu merasai keenakan Indulgent Double Chocolate Flakes buat kali kedua setelah diperkenalkan oleh kak zu sebelum ini. Puas mencari rupanya Costa tersorok sedikit dari pandangan mata umum.

Ada sesiapa yang terliur. Keh Keh Keh. P cepat cari Costa. Tak payah datang London. Malaysia pun ada.

Teringat la pulak dulu zaman naik bas Transnational berulang alik dari Perlis dan Kuala terengganu bila tiba musim cuti sekolah. Kali ni naik bas nak berjalan pula. Seronoknya perkhidmatan awam di sini tentang harga tiket perjalanan yang lebih murah sekiranya dibeli lebih awal. Kadangkala bila tiba waktu promosi boleh mencecah 1 pound sahaja sekali perjalanan. Sangat murah kan..!!

Ini muka budak chomel yang tersenyum bila kena pakai booster walaupun dalam bas. Pada mulanya dia teruja apabila perjalanan kali ni dia tidak perlu memakai booster seperti selalu yang dilakukan apabila menaiki kereta. Tidak lama kemudian harapan berkecai apabila pemandu bas memeriksa penumpang dan menyarankan dia memakai booster yang memang polisi bagi kanak-kanak yang memiliki ketinggian di bawah tahap yang ditetapkan.

Ehm,bukan Fatimah sahaja yang tidak puas hati. Saya
pun sedikit menyampah bila tahu dalam bas pun kena pakai tali pinggang keledar. Waarghhh.. Ingatkan naik kereta sahaja yang nak kena pakai. Rupanya dalam bas pun perlu. Nasib naik tube atau bas bandar tak payah. Hahahaa.

Selain dari membawa buku cerita, saya menyarankan mereka membawa Al-Quran supaya percutian mereka terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Alhamdulillah, mereka tidak membantah dan membaca dengan seikhlas yang termampu.

Ingatkan kat London saja ada bas dua tingkat. Lagi dasyat kat Southampton ni dalam U pun disediakan bas seperti ini. Memang best. Eh.. apa yang best naik bas dua tingkat..? Haha. Best apa bila duduk sama tinggi dengan pokok. Peluang untuk mengambil gambar yang cantik lebih banyak berbanding duduk di bawah. Hihii. Banyak la songeh bibik ni.

Kami tiba di Southampton pabila siang sudah melabuhkan tirainya. Beginilah suasana di Southampton ketika kami menunggu kak zu singgah ke kedai membeli sedikit barang untuk dibawa bekal ke Isle Of Wight keesokan harinya.

Setibanya kami di rumah sewa kak zu terus disajikan dengan hidangan makan malam yang sangat sedap. Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah kak zu memang sedap. Bukan nak bodek. Siapa yang dah pernah rasa memang tahu saya tak kelentong. Saya sampai dapat petua masak semasa di sana. Siap praktikkan lagi tadi masa masak Kambing Masak Kicap. Berterabur bahan yang di gunakan dek penangan nak bagi sedap masakan. Haha. Nampak gayanya memang betul sebab kambing saya habis tinggal kuah sahaja. Ye ke sedap? Ke sebab sikit. Hihiii.

Oh, makan malam kami disertai oleh kak sal sekeluarga. Bertambah gamat ruang tamu yang sediakala kecil dengan suara anak-anak kak sal yang sememangnya mudah mesra dan banyak cakap. Nampak sahaja kelibat saya terus dipeluk dan bertanyakan nama. Selepas tu jangan tanyalah. Siap berbaring atas pangku lagi sambil bersembang.

Puas bersembang dan makan, kak sal pun minta diri untuk pulang dan kami pun naik ke bilik untuk solat dan tidur. Setibanya di atas bukannya solat dan tidur yang menjadi agenda tetapi dengan izin kak zu perkara pertama yang diminta ialah menggunakan laptop beliau untuk melihat hasil tanaman di kebun dan mengupdate status di Facebook. Wahahaa. Sampaikan sepupu sendiri hairan melihatkan keadaan saya yang sentiasa mengupdate status walaupun sedang bercuti. Hihii.

Eh, nak tambah lagi. Siap boleh tonton episod Nur Kasih pada mingu tersebut. Nak tambah lagi cerita, kali ni anak-anak siap menonton bersama dan membuatkan saya hilang konsentrasi bila Fatimah berulang kali bertanyakan soalan kerana dia tidak faham letak kedudukan watak dan jalan cerita drama ini. Sampaikan satu ketika, saya suruh dia bersabar sehingga habis drama disiarkan barulah saya menjawab segala soalan yang berlegar di fikirannya. Fuuh.. Penat tau menjawab soalan dia yang banyak tu.

Belum lagi Maryam yang menonton bersama kami. Kalau dia ada sama pasti bertambah gamat dengan soalan yang pelbagai bentuk dan gaya. Ehm.. Nampak gaya penangan Nur Kasih sudah menimpa mereka. Habis. Kena fikir dua kali kalau nak ajak mereka menonton bersama. Tak yah. Tak yah. Haha.

Hampir pukul satu pagi barulah kami semua melemparkan diri masing-masing di atas katil untuk merehatkan diri buat menambah tenaga bagi memulakan perjalanan yang panjang keesokan harinya.

Bersambung...

Friday, August 14, 2009

Andai KuTahu..




andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari....suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Bold
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN


Percutian ke Southampton..


Assalamualaikum wbt

Apa khabar kalian semua..? Semoga sihat hendaknya walaupun wabak H1N1 serius melanda dunia hari ini. Jaga kesihatan anda baik-baik ye.

Seminggu menyepikan diri dari blog tanpa sebarang entry sendiri terasa juga bersalah sedikit sebanyak bila ada yang bertanya tentang entry terbaru. Maaf dipinta sekiranya ada yang ternanti-nanti gorengan spaghetti terbaru dari bibik. akakakaa. Kan dah mula nak merapu. Bibik diam kau..!!

Insyaallah, hari ini jam 2 petang akan bertolak ke Southampton bersama Syakirah dan Fatimah untuk memenuhi jemputan rakan kami yang tinggal di sana. Selalu dia aja yang datang London. Demi merapatkan lagi hubungan persahabatan yang sedia ada, maka terhasillah percutian ini.

Moga Allah permudahkan urusan keselamatan selama kami di sana. Insyaallah.

Oh.. Percutian ini akan menjadi lebih meriah kerana ditemani oleh Husna dan besar kemungkinan Maryam juga. Harap-harap begitulah kan Maryam.

Jumpa lagi minggu hadapan. Doalah moga balik nanti bibik bawa bersama gorengan spaghetti yang banyak untuk dikongsi bersama. Hihii.

Jangan lupa. 7 hari lagi menjelang Ramadhan Al-mubarak. Bagaimana persiapan kita untuk menuju ke Madrasah Ramadhan tahun ini. Ya Allah, sedikit sebanyak saya gerun juga menantikan detik tiba Ramadhan tahun ini. Takut dijemput menghadap Ilahi sebelum sempat merasai nikmat berada di bulan Ramadhan yang mulia.

Allahumma Ballighna Ramadhan..



Wassalam.


Thursday, August 13, 2009

Perginya Takkan Kembali

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Kata-kata yang di petik dari blog Ustaz Asri Ibrahim.

Seawal jam 5 pagi saya menerima perkhabaran berita dari abang di Malaysia melalui statusnya di Facebook mengenai berita kematian Ustaz Asri Ibrahim ketua kumpulan nasyid Rabbani. Pada mulanya sukar mahu mempercayai apatah lagi mahu dikongsi bersama rakan yang lain. Menunggu seketika reaksi dari rakan-rakan Facebook yang lain. Tidak berapa lama kemudian, Ustaz Hasrizal telah mengeluarkan status yang sama. Berita kematian Ustaz Asri yang rebah di serang sakit jantung ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri jam 11 pagi waktu Malaysia. Terkejut tetapi menerima berita ini dengan redha. Hilang sudah sebutir permata yang kita kagumi dalam arena nasyid di Malaysia.

Al-Faatihah buat beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin.

Wassalam.

Friday, August 7, 2009

Summer Gathering 09

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.. Tahun ini saya berkesempatan untuk mengikuti Summer Gathering yang diadakan di Walesby Forest, Nottingham.


Jumpa lagi minggu depan dengan cerita menarik dari saya. Insyaallah.

Sedikit perkongsian ilmu untuk renungan bersama.

Dari Saidina Umar RA pernah berkata: " Sesungguhnya Islam itu dapat diruntuhkan keping demi keping oleh mereka yang lahir dalam Islam jika ia tidak mengetahui apa itu jahiliah".

Wassalam.

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'ban


Assalamualaikum wbt

Hari ini dah 14 Sya'ban.

Malam ni dah masuk Nisfu Sya'ban.

16 hari lagi menuju RAMADHAN AL-MUBARAK.

Sudahkan kalian bersedia..?

Sedikit perkongsian ilmu untuk diamalkan bersama.

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepad a Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.


Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban.


Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan


Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:


1. Memperbanyak puasa sunat.


Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.


2. Bertaubat dan Beristiqhfar


Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.


Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:


1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.


Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.


3. Memperbanyak zikir dan berdoa


Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.


Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:


i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.


Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.


Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:


“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)


Malam Nisfu Sya‘ban


Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)


Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:


“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”


Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..


Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.


Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)


Selamat beramal.


Wassalam.

Sunday, August 2, 2009

Teh Tarik Bibik

Uiks.. teh tarik pun ada resepi ka. Haha.Saja je bibik ni tau. Mengada-ngada betul. Ni takde kerja la gamaknya. Orang lain dah tidur. Dia dok menggoreng entry lagi. Esok pagi nak g car boot. Jangan ada yang tertinggal sudah.

Bahan-bahan
4 uncang teh
1 liter air
2 sudu besar gula
1 cawan susu segar/ susu pekat. Kalau guna susu pekat tidak perlu gula.
1 biji pelaga
1/2 sudu nescafe/ milo
secubit garam

Cara-cara
1- Tuangkan air di dalam periuk dan masak. Apabila air sudah mendidih, masukkan teh dan masak sehingga teh berwarna kuning pekat.

2- Alihkan teh ke dalam teko. Bancuh teh dengan susu segar atau susu pekat. Kacau dan rasa mengikut selera anda.

3- Masukkan nescafe atau milo. Kacau.

4- Akhir sekali masukkan buah pelaga untuk menambahkan rasa. Cubalah. Sedap.

5- Dah nama pun teh tarik kan. Jadi tak lengkaplah teh kalau tak ditarik. Saya menarik sampai tumpah-tumpah teh. akakaka.

Selamat mencuba.

Wassalam.

Caramel Sticky Chicken Bukan Wings


Assalamualaikum wbt

Salam bulan kemerdekaan buat semua. Eceeceee, semangat cintakan negara terus meresap bila masuk bulan Ogos ni ye. Kalau kat Malaysia langsung tak heran pun. Nak buek camano. Den dah jauh dengan Malaysia sekarang ni. Rindu dengan Malaysia memang tengah membuak-buak ni. Dah tak tertanggung rasanya. Orang negeri baca entry mukadimah saya jangan marah eh. Tiba-tiba semangat kenegerian terselit pula. Sedangkan takde pun darah negeri dalam diri ni. Kot tadi sebab cari makna 'menyalang' kat Abang Google. Tu yang terlekat sekejap. akakakaa.

Eh, jangan lupa. Ramadhan pun dah hampir tiba. Marilah kita mempersiapkan hati untuk menghadapinya dengan penuh semangat. Semangat untuk beribadah.

Ok, hari ni saya nak kongsi resepi ayam. Hari-hari makan ayam sampai dah jemu pun ada. Muka ni dah memang ada rupa mak ayam bukan ibu ayam okey. Hahaha. Nak tambah lagi pasal ayam ni, dulu abah saya memang berniaga ayam. Darah ayam tu memang dah sebati dalam diri kot. Tak boleh nak dipisahkan.

Sekarang ni suka betul merayau kat blog kak Hana. Tiap-tiap hari nak tengok resepi apa yang dia cuba. Macam-macamlah ada. Jadi hari ni saya istiharkan diri sendiri menjadi anak murid kak Hanalah ye. Maaflah cikgu, saya cakap awal-awal. Anak murid ni dah menderhaka dengan resepi tok guru. Nak buat camana. Bahan dah habis tarikh. Kang langsung dari sedap jadi sakit perut pula. Mentang-mentanglah kerja dengan doktor. Sesuka suki je nak sakit. Haha.

Rancangan memasak akan dimulakan sekarang.

Bahan-Bahan
  • 12 keping kepak ayam- Saya guna seekor ayam
  • 2 sudu besar minyak masak- Saya guna minyak zaitun.Malas nak ambil minyak kat stor. Dasar bibik pemalas betul. Haha.
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)- Saya kupas jugak. Sebab tadi sambil tengok Nur Kasih saya kupas bawang habis semua sekali. akakaka.
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan- saya ganti sos tiram. Sos ikan saya dah habis tarikh.
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu-

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
Resepi diambil dari sini

Alhamdulillah, resepi kali ni menjadi dengan lazat sekali. Cewaah. Eh, ini bukan perasan angkat bakul sendiri. Kak Ct cakap sedap. Syakirah makan tiga ketul. Husna tak tanya berapa ketul dia makan. Hihi. Fatimah tak yah tanya. Sebab dia tengah berselera nak makan nasi goreng sempoi saya. Dah tiga kali masak nasi goreng yang sama. Layankan ajelah. Harap-harap naik sikit berat badan tu berkat makan nasi goreng sempoi yang penuh dengan rasa kasih sayang bibik. akakaka. Maryam dengan Fatih pun tak nak makan ayam. Saya sendiri tukang masak makan seketul saja. Haha. Errr, saya dah jemu dengan ayam. akakaka. Alasan.

Kak ct cakap ayam dia masak sedang elok. Isi dia pun tak keras. Rasa cukup. Kira orait la kan. Eceehh. Takkan nak p temuramah akhi Fauzi pula. Kang panjang jela lagi entry ni. Hahaha.

Kesimpulannya tak rugi anda mencuba. Masak dengan penuh kasih sayang tau. Mesti sedap.

Wassalam.