Saturday, October 25, 2008

Hikmah Sujud


Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.

2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama.Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

3. Menurut Dr.Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah:

a. Melegakan sistem pernafasan (relived congestion for breathing)
b. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya

4. Bernafas ketika sujud akan:
a. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
b. Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
c. Melegakan sakit hernia
d. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
e. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs)
f. Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
g. Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh
h. Meringankan bahagian PELVIS
i. Memberi dorongan untuk mudah tidur
j. Mengerakkan otot bahu, dada,leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya
k. Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation)
l. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada. m.Mengurangkan kegemukkan (obesity)
n. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions)
o. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
p. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS dan ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

Sujud Sahwi Sujud Tilawah Sujud Syukur

SUJUD SAHWI-Sujud sahwi adalah sujud kerana lupa. Ia adalah 2 kali sujud selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Hukum sujud sahwi adalah sunat sekiranya berlaku salah satu sebab-sebab yang mewajipkan sujud sahwi iaitu apabila anda terlupa untuk mengerjakan sunat ab’ad. Sunat ab’ad adalah Sunat ab’ad adalah sunat yang dikuatkan. Jika tertinggal wajib sujud sahwi. Mereka adalah yang berikut:

1. Membaca tahiyat awal2. Duduk tahiyat awal3. Selawat atas Nabi dalam tahiyat awal4. Membaca doa qunut5. Berdiri qunut6. Selawat atas Nabi dalam qunut7. Selawat atas keluarga Nabi dalam qunut8. Selawat atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir9. Sunat ab’ad adalah wajib hanya apabila anda bersolat berjema’ah dan imam berbuat demikian.

Sebab-sebab sunat sujud sahwi

1. Meninggalkan sunat ab’ad dengan sengaja atau terlupa2. Syak meninggalkan sunat ab’ad3. Memindahkan Rukun Qauli kepada yang lain daripada tempatnya4. Syak akan bilangan raka’atnya5. Melakukan perkara yang membatalkan dengan terlupa6. Imam terlupa membuat sunat ab’ad atau ia membuat sesuatu yang disunatkan sujud sahwi

SUJUD TILAWAH-Sujud tilawah ialah apabila membaca atau nebdebgar ayat-ayat yang disunatkan sujud. Ada 14 tempat di dalam Al-Qur’an yang disunatkan sujud apabila sampai ke ayat-ayatnya. Boleh dikerjakan di dallam solat terutamanya pada solat subuh hari Juma’at apabila membaca ayat As-Sajjadah, atau di luar solat tatkala membaca atau mendengar ayat-ayat yang disunatkan sujud.

Ayat-ayat yang disunatkan sujud

1. Surah Al-A’raf ayat 206

2. Surah ar-Ra’ad ayat 15

3. Surah An-Nahl ayat 49

4. Surah Al-Israk ayat 109

5. Surah Mariam ayat 58

6. Surah Al-Hadj ayat 18

7. Surah Al-Furqan ayat 60

8. Surah An-Namal ayat 26

9. Surah As-Sajjadah ayat 15

10. Surah As-Syad ayat 24

11. Surah Hamim As-Sajjadah ayat 38

12. Surah An-Nadjmi ayat 62

13. Surah Al-Insyiqaq ayat 21

14. Surah Al-’Alaq ayat 19

Rukun sujud tilawah di luar solat 4 perkara

1. Niat beserta takbir

2. Takbirratul ihram

3. Satu kali sujud

4. Memberi salam

SUJUD SYUKUR-Sujud syukur ialah sujud kerana mendapat sesuatu nikmat atau terlepas daripada sesuatu bencana. Sujud syukur mengandungi dua kali sujud di luar solat

Rukun sujud syukur 4 perkara

1. Niat beserta takbir

2. Takbirratul ihram

3. Satu kali sujud

4. Memberi salam

Mencintai dan Dicintai


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.

Jangan jadi terlalu ’sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.

Thursday, October 23, 2008

Letih

Sekejap je dah sampai hari Jumaat. Cepat masa berlalu. Apa yang saya buat ye minggu nie. Macam-macam kerja yang dibuat. Ada kerja patutnya saya buat segera saya tangguhkan. Benda yang tak patut saya buat, saya dulukan. ADOYAI. Letih.
Sejak dari hari Isnin banyak masa saya dihabiskan melipat baju yang saya beli di car boot sale. Pagi habis je mengemas rumah, saya melipat baju. Sambung balik sampai la habis lipat hari Selasa. Tup2, Hakim suruh ambil gambar baju semua. Alamak, kenapa la saya tak terfikir nak ambil gambar dulu baru lipat. Yang saya tahu, nak kemas bilik komputer ni yang dah macam separuh tongkang pecah. Tue je. Dah jadi 2 kerja. Malas saya nak serabut kepala. Saya pun keluarkan balik baju dari kotak semua. Ambil satu-satu gambar. Penat saya. Dari sehari ke sehari Hakim tanya mana gambar. Saya tak upload lagi. Semalam kemuncaknya, pukul 3 pagi baru habis ambil gambar. Baju yang saya dah siap lipat saya susun elok kat atas meja. Tak cukup atas meja saya masukkan dalam kotak. Nanti ada masa saya lipat balik.
Yang penting sekarang, nak upload dulu gambar. Dah habis, saya transfer ke laptop. Ambil masa juga nak edit gambar pastu nak save. Sebab saya tak sedar ada 500 gambar. Pastu bila nak upload, pc buat hal pula. Saya klik nak pilih gambar, punya lah lambat nak kuar. Saya syak ada virus dalam pen drive. Dah kena buka laptop. Sedar tak sedar, saya berjaga sampai pukul 4pagi. Tak leh jadi ni. Nak kena tido. Kalau tak maunya saya senguk esok hari. Eh, apa susah. Tidur je la. Bukan ada boss pun. HAHAHA. Bos saya yang lebih besar ada di mana-mana. Takut woo makan gaji buta.
Pukul 6pagi saya bangun balik nak solat subuh. Punya lah malas nak bangun Tuhan je yang tahu. Saya gagahkan juga bangun. Selesai solat subuh bila time nak baca mathurat je mata dah letih balik. Baca mathurat pun macam orang mamai. Gagah nak habiskan bacaan. Saya tak sedar bila habis baca. Sedar-sedar dah pukul 8. Saya tidur sambil duduk. Letih punya pasal. Dah terjaga saya pun naik atas. Tengok Syakirah dan Fatimah sarapan. Naik je Maryam dengan Fateh dah bangun. Dok main dengan kakak dia. Saya pun cepat-cepat kemas. Siap kemas bagi Fateh makan.
Siap je sarapan, saya turun balik. Sambung kerja upload gambar. Sambil upload layan ym dengan Pak lang. Tetiba ja hari nie dia tegur. Tak pa la. Kawan kan. Rupanya dia dah balik mengajar di Penang. Saya ja tak tahu.
Pukul 10.30pagi, mandikan Maryam dan Fateh. Lepas tue bagi makan nasi pula. Maryam nak ke nursery pukul 12 nanti. Sambil suapkan dorang makan, mata saya mengantuk balik. Mana taknya, dok duduk saja. Penat nak tunggu dia habiskan nasi dalam mulut. Dah habis makan terus siap nak ke nursery.
Dalam perjalanan ke nursery ada seorang lelaki bawa anjing. Sudah. Saya berdoa jangan la dia naik bas 244 nie. Rupanya dia naik. Saya mula la mengelak dari terkena badan dia. Ingatkan habis takat tue je. Rupanya dia berdiri dekat pintu keluar. Saya dah takut nak keluar. Masa nak keluar tu, saya minta excuse 2 kali supaya dia ke tepi. Saya terdengar dia cakap tak apa, anjing dia tak bahayakan orang. Ehm, memang la. Nak cakap banyak pun tak kena tempat. Asal tak kena sudah. Saya pun keluar cepat-cepat. Hantar Maryam cepat-cepat dan balik rumah cepat-cepat. Semua nak cepat.
Balik rumah, Fateh dah tertidur dalam push chair. Senang kerja saya. Sampai rumah, saya alihkan dia ke katil. Terus solat zohor. Usai solat, mengadap balik laptop. Tengok Umaq dok tunggu dah. Ehm,nak tanya pasal tunang dia. Sambil sembang saya upload lagi gambar. Sampai pukul 3, saya berhenti dulu. Nak masak. Semalam saya masak kerabu tomato dengan masak lemak kerang. Punya la sedap sampai habis licin. Syakirah sampai tak sempat-sempat nak makan nasi dah kesedapan meratah kerang. Saja saya buat pedas. Tak sangka dia suka pula. Hari ni saya buat lagi kerabu tomato. Pun habis juga. Ehm, nampak gayanya kena masak yang sempoi ja.
Lepas habis masak saya tengok YM ada abg. Dia cakap barang dah sampai. Mak baru balik ambil dari rumah kak nab. Mak call wawa dan jiha nak bagitau ada barang dari saya. Tapi dorang tak nak cakap. Bila mak cakap ada anak patung terus nak cakap. Siap tanya ada tak kasut Dora dari saya. Mana ada kasut dora. Saya belikan seluar dalam dora dengan fifi pastu coklat ja. Abang bagitau wawa dan jiha tak sabar nak datang esok. Siap bagitau kat mak, esok mak tok buat surprise tau. Apa-apa aja lah anak menakan saya ni. Nanti dia tengok sekotak mainan saya shipping untuk depa maunya tak terkata apa pula.
Lepas ym dengan abang, saya call mak. Sembang pasal barang dan duit yang saya bagi. Pastu keluar la cerita. Mak tanya Amin ada cakap apa-apa tak kat saya. Saya kata ada. Pagi tadi dia ym cakap pakcik ruslin suruh saya cari peluang perniagaan kat sini. Dia nak buka restoran. Nanti dia nak suruh saya jaga. Terkejut saya. Biar betik. Saya bukannya tahu apa-apa. Mak kata, cari dulu peluang. Tengok kat mana yang sesuai. Pasal duit dan pekerja semua dia uruskan. Dia nak orang handle je. Dia kata, kalau Ani Sup Utara boleh buka cawangan kat sini. Dia lagi la boleh. Ehm, saya termenung bila fikir balik tawaran tu. Nampak gayanya kalau betul ni peluang dan rezeki untuk saya, insyaallah saya akan cuba. Mak kata bukan sekarang. Mungkin lepas habis kerja dengan kak ct. Cuba la intai-intai peluang yang ada dari sekarang. Belajar buat kajian sikit. Kalau dah rezeki, saya akan jadi orang London la gamaknya. Dalam kepala dah ada plan yang saya fikir baik kalau peluang tu dapat kat saya. Eh, BERANGAN SUDAH. HAHAHA.
Baru kejap nie kak ct cakap. Esok kita akan ke Manchester. Sahabat ada meeting. Wah, nampak gayanya berjalan pula saya hujung minggu nie. Ada rezeki boleh la ke Old Trafford. Walaupun saya nie bukannya reti pasal bola.
Ehm, dah la. Sekarang dah pukul 10 malam. Dah mengantuk sangat tadi. Ingatkan habis taip entry ni nak masuk tido. Bila dah seronok bercerita hilang sikit mengantuk.
Sambung esok pula. Selamat malam semua..

Tuesday, October 21, 2008

Sempurna


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang.

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL
.

Monday, October 20, 2008

Shopping Lagi

Semalam saya ke car boot lagi. Kali ni bersama husna pula. Tak sangka pula akhi nak ke car boot. Sapa nak lepaskan peluang yang datang. Lagi-lagi buat saya yang memang dah jadi kaki car boot. Uish, sejak bila pulak car boot ada kaki ni. keh..keh..keh…

Macam biasa 6.30 pagi kami dah bersiap. Semangat la katakan. Sampai tak sempat nak jamah sarapan. Air pun lupa nak bawa. Excited punya pasal.

Sampai je car boot cuaca sejuk. Langit mendung je. Tak mematahkan semangat kitorang nak shopping. Kali ni saya target beli baju je. Baju budak dengan kemeja. Mula sampai orang tak ramai lagi buka kedai. Banyak lagi ruang kosong. Kitorang cari kedai yang betul-betul dah pamerkan barang-barang. Saya pun try tanya. Berapa harga baju, dia cakap 1 pound. Pergh..pagi-pagi dah jual mahal. Tak jadi la nak beli. Jalan lagi jumpa kedai yang ke-2. Terus tanya berapa harga baju dorang. 50 pence. Wargh. Ok la. Baju dia pun cantik. Saya pun pilih mana yang berkenan. Dah lepas pilih 12 pasang saya tanya dia berapa harga. Walaupun dalam hati saya dah tau harga berapa. Saja ja. Dia cakap £6. Saya minta £5.50 dia bagi. Pastu saya ternampak puzzle. Ada 4 set. Dia bagi 50 pence juga. Saya ambil semua. Beli box tempat letak kerongsang. dia bagi 20 pence je. Best betul! Satu kedai dah borong sakan. Cuaca semakin sejuk. Tak tahan saya. Tangan macam nak beku je. Glove tak bawa pula. Tahan je la.

Shopping diteruskan lagi. Saya rasa kali ni tak best sikit la. Kebanyakkan harga semua mahal. Tak £1 mesti 50 pence. Takde yang bagi 20pence atau 10pence. Ada sekali tue saya sampai merayu-rayu tawar harga. Last dia bagi juga. Mungkin sebab tak larat nak tengok muka sayu merayu..keh..keh..keh.. Husna memang tak tau dah kemana. Dia jalan lagi lambat dari saya. Saya nak masuk lorong baru dia dok kat belakang lagi. Memang bagus kalau ke car boot jalan berasingan. Tak la berebut barang kalau terbekenan pada barang yang sama. Jadi sapa cepat dia dapat. Selalu Husna akan dapat barang yang best. Barang yang kita kena belek baru jumpa. Kadang tu jealous juga tau. Bila tangan dah tak larat nak angkut barang baru saya cari dia. Ajak hantar barang dulu. Dah lama tak larat nak tunggu dia. Saya cakap, nanti kalau nak hantar barang call saya. Sekali tu dia call masa tangan saya dah penuh dengan barang. Saya tak jawab tapi terus cari dia.

Tengah dok jalan-jalan saya singgah satu kedai. Saya nampak beg Burberry. Saya pegang. Terus dia bagitahu harga. £1. Saya senyum ja. Saya letak balik beg. Dia cakap. ’U can have that beg for 50 pence’. Caya la. Saya pun bagi je la duit. Kali ni saya perasan tak banyak depa jual buku dan mainan. Banyak baju je. Atau saya yang tak tengok betul-betul. Entah la. Dah jalan dok jalan. Jumpa kedai yang jual baju 20 pence. Kena cari dalam timbunan baju. Ni yang saya M.A.L.A.S sket. Sebab harga murah saya pun pilih la. 20 pence je kan. KAN.. sambil tersengeh-sengeh lebih dari kerang busuk.

Ehm, tengah syok shopping, tiba-tiba rasa air menitik.aik. Hujan renyai pula. Tak lama. 5 minit je. Syukur alhamdulillah. Kali ni saya jalan tak sampai hujung. Sebab bila tengok jam dah pukul 12.30..so,aku pun balik ke kereta. Tengok akhi fauzi dah tunggu dalam kereta. Husna tak sampai lagi..aku call dia cakap akhi nak balik dah..

Habis la aktiviti car boot untuk semalam. Kali ni boot belakang bukan untuk saya sorang. Kongsi berdua dengan Husna. Balik je rumah saya terus masukkan barang dalam bilik komputer sebab dalam bilik saya ada kak nab dengan dina tumpang tidur. Barang tu saya tak tengok dah. Biar la dulu. Kalau buka sekarang, nanti nak kena kemas pula. Saya dah tak larat. Yang bestnya bila tengok reaksi Maryam bila tengok barang saya.
Dia ~ I’m not happy today.
Saya ~ Why?
Dia ~ because i’m not going anywhere today…ha..ha..ha..
Saya ~ of cause u're not going anywhere. because it's too cold outside. tomorrow we are going to nursery. so u can go.
Pujuk la kononnya. Sebenarnya dia cakap macam tu sebab dia tak pergi car boot. Pastu dia nak tengok apa yang saya beli. Saya cakap, Maryam buka la sendiri. Saya malas dah nak layan. Tiba-tiba dia jumpa fifi. Terus dia cakap, Oh, I like fifi. Ayat nak pinjam la tu. FAHAM DAH. Saya pun bagi je dia pinjam. Terus tak nak tengok dah barang-barang yang lain.

Petang tu kak nab balik Malaysia. Dia tak sabar dah nak balik. Rindu kat anak. RESPECT dengan kesungguhan dia belajar. SANGGUP BERJAUHAN DENGAN KELUARGA DEMI MENUNTUT ILMU. Saya sempat kirim barang untuk family. Untung dapat kawan yang selalu datang ke London. Dekat dengan rumah saya pula tu. Lepas masak dan solat asar saya pun start buka barang car boot. Penuh lantai dengan baju. Satu kerja pula nak asingkan. Saya buat sikit je malam tu. TAK LARAT. BANYAK GILOOSS..
Tadi pagi sambung sikit. Sempat la suruh Maryam jadi model. Petang sambung sikit. Malam sambung dan habiskan dengan dibantu oleh puteri kesayanganku dan puteraku yang tolong kacau. Penat mulut saya cakap kat Fateh. Dia jawab, ’ehm’ je la. Tinggal kemeja je saya tak lipat lagi. Bila dah habis lipat. Boleh tahan juga banyak saya beli.

Lepas ni nak kena ambil gambar pula. Tengok la 2-3 hari lagi kalau saya rajin akan diupload dalam fs ni.
Ok la. Sudah mengantuk. Selamat malam semua.

Friday, October 17, 2008

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal… ”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan… . .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam..

Thursday, October 16, 2008

Tak Tahu


Saya dah kehabisan idea nak masak apa hari ni. Dah penat dok cari menu dalam blog orang. Bukannya boleh sembarang masak. Kalau yang pelik sikit maunya ada yang tak makan. Dah jadi membazir. Kadang bila orang tanya masak apa hari nie. Saya jawab tak tahu lagi. Kalau tanya lepas saya masak, jawab la apa yang saya masak tadi. Selalunya kalau saya plan awal nak masak apa pun bila dah sampai time nak tumis jadi menu lain. Banyak kali dah macam tu. HAHAHA. Kalau cakap pasal resepi dah nak habis satu buku saya salin resepi. Semuanya pasal ayam. Hari-hari ayam. Mentang la saya anak tokey ayam pencen..keh..keh..keh… Lately nie saya suka masak sardin. Seminggu sekali mesti ada sardin. Kadang nak je saya masak sardin hari-hari. Anak-anak pun suka makan sardin. Nasib bukan rumah saya je. Kalau tak, tak la saya pening kepala nak masak apa.

Ok la, saya nak naik atas. Apa lagi masak la. Teringat bila kat Malaysia. Kalau malas masak ada mak. Kat sini kalau malas masak. Mana ada mak. Rindu pula kat mak. Pastu kadang-kadang datang rasa terkilan. Apasal la saya masak tak sama dengan mak masak. Haish.. Tue la namanya air tangan seorang ibu. Tak ada pengganti. Goreng telur pun boleh jadi sedap.

Mak..Mak..

Sunday, October 12, 2008

Shopping di Car boot Sale


Assalamualaikum wbt

Bulan nie dah 2 kali saya pergi CBS. 2-2 kali saya borong sakan. Kali ni lagi sakan. Tempat letak barang belakang tu semua barang saya. Dasyat betul kali ni. Kak nab tengok pun terus kata ‘kalah kak aya’.

Car boot kali ni memang besar. Selain dari yang sebelum ni, walaupun cuaca berkabus tapi tetap tak menghalang penjual untuk buka gerai. Sejuk tu tak yah kata la. Berasap mulut bila bercakap. Kali ni saya pergi dengan kak nab dan Syakirah. Kami tak jalan sekali. Tetapi tetap dalam lorong yang sama. Syakirah sekejap dengan saya sekejap tengok dengan kak nab pula. Saya pun tak kisah. Asal dia tak hilang sudah. Ada sekali saya saja jalan belakang. Dia tak perasan. Lama dia ralit jalan sampai satu tahap dia tercari-cari. Gelabah juga. Selalu saya jalan depan dia. Dah lama baru dia toleh belakang. Masih tak nampak juga sebab saya menyorok celah ramai orang yang berjalan. Dah lama baru saya sergah. Terkejut dia. Terus keluar ‘kak irma’.. HAHAHA

Sebelum ni saya banyak membeli buku dan mainan. Tapi kali ni kak nab ajar saya beli kemeja lelaki. Mula saya tak kisah sangat. Tapi bila sekali dia promote sehelai kemeja. Dia suruh tawar 50 pence. Tawar menawar dapat pula. Saya jadi syok. Bila pergi gerai lain, tanya harga dorang bagi 10 pence sehelai. Mak oi, sapa nak bagi kemeja 10 pence sehelai. Harga Malaysia dalam 60 sen. Saya apa lagi, mula la seronok cari kemeja. Sampai satu tahap, ada penjual tu bagi free je. Dia dah tak nak bawa balik. Rezeki la. Memandangkan dalam keluarga saya Amin sorang je yang senang cari saiz. Memang rezeki dia la. Maunya tak payah beli kemaja 10 tahun. Tu pun kalau badan dia tak membesar.

Pastu kali ni saya banyak juga beli baju dengan mainan untuk kesayangan saya. Ada sekali saya dapat baju 10 helai lebih hanya 1 pound. Perrgh, seronok saya pilih baju untuk kesayangan saya. Yang lain tu banyak gak. Saya beli beg, pastu alas kusyen dan meja. Beli pashmina.

Sebenarnya kalau nak senaraikan semua kat car boot ada je yang saya beli. Tak satu mesti dua. Yang pasti saya tak pernah rasa menyesal beli. Lagi-lagi bila beli buku dan mainan yang saya juga teruja nak main dan bacakan untuk mereka. Saya teringin nak share apa yang saya ada dengan kanak-kanak yang berminat. Pastu, kalau pk balik nak shipping maybe mahal la nanti. Harapnya akan ada family yang nak balik. Dekat dengan KL. Boleh la tumpang. Kalau takde pun saya dah sedia untuk shipping sendiri.
Lepas balik tadi, ada juga terfikir nak buat bisness jual barang car boot. Kalau pandai uruskan boleh laku. Tengok la camana, kalau ada permintaan saya cuba nanti.

Ehm, kali ni seronok shopping dengan Syakirah. Tak banyak kerenah. Dapat donut 2 biji pastu air mineral. cukup. Lepas tue dia ikut je saya atau kak nab jalan. Yang bestnya, tengok dia membeli semuanya dapat murah. Paling mahal ada la 1 pound. Tapi kebanyakkan buku yang dia beli semua dapat 50 pence ke bawah. Ada sekali tu orang yang jual tu fikir lama nak bagi berapa harga kat dia. Jeles tengok. Selain tu, saya kalau buku longgok malas sikit nak cari. Dia rajin selak pastu cari buku yang dia minat. Sebiji perangai abahnya. Anak abah ni. Lain kali kalau nak pergi car boot, nak ajak dia teman je. Harap-harap mood tu tak berubah la kan kak yah.

Mungkin ni car boot last untuk 2008. Apa pun boleh berlaku. Sebab apa? Sebab saya bekerja dengan orang yang suka pergi car boot sale. Kalau minggu depan nak pergi lagi memang rezeki la kan. Alhamdulillah.

Ok..Jumpa lagi..wassalam..

Sesuci Lebaran


Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua..

Dah lama tak menulis di blog. Kalau ikutkan hari-hari buka friendster ni. Nak duduk menaip rasa malas. Tapi sebabkan hari ni lampu bilik tamu ni bengong (tak nak menyala walaupun dah jenuh saya betulkan starter) jadi saya pun dah tak leh nak sambung baca novel. Apa lagi membebel la kat blog nie. Yang bestnya, anda tak sakit telinga dengar suara saya. HAHAHA. Penat la sikit bila baca entry yang panjang berjela.

TAK SUKA. Sila BERHENTI MEMBACA DAN TUTUP BLOG INI. SENANG. Takkan nak kena ajar kot kan. TERIMA KASIH.

Ehm, tengok la nanti panjang mana saya larat nak membebel hari ni. Sebab dah lama tak membebel. Jadi ,sekarang ni saya menaip dalam gelap. Harap kat cahaya pc je la.

Ehm, sedar tak sedar dah 11 hari kita beraya. Bagi saya biasa je. Sedih tapi tak la sampai nangis. Sebabnya saya dah nangis sebelum raya lagi. Bila buka puasa teringat kat mak. Lagipun saya raya hari Selasa. Malaysia raya hari Rabu. Excited tu kurang sikit. Ye ke? MACAM tak caya je.HEHEHE. Lagi satu baju raya saya yang mak kirim pun tak siap. Saya tak sembat kaki baju. Saya pakai je baju kurung lain yang ada dalam almari. Lepas je solat raya mula la aktiviti makan-makan dan ambil gambar. Lepas tu saya pun start berYM dengan family. Masa tu dorang tengah tunggu masa nak berbuka puasa. Habis selesai YM, petang raya kami pergi beraya rumah kawan akhi Fauzi di Hamstead. Tue je la untuk hari pertama raya di LONDON. Sedih juga sikit. sob sob..

Tak habis lagi cerita.

Hari Sabtu kak ct buat open house. Ramai juga yang datang. Kebanyakkannya student King’s colleage. Best tengok dorang makan. BERSELERA. Terima kasih pada Husna dan Ezzah. Kalau takde dorang mau tak tidur saya dengan kak ct bersilat di dapur. Mana nak kemas rumah, masak. Habis open house, malam tu xde keja dengan ezzah, sempat lagi dia menginaikan tangan saya. Cantik sampai jeles anak dara saya bila tengok keesokkan harinya. SUKA.
Ehm, cerita pasal car boot sale. Masa bulan puasa hari tu, sempat lagi kami borong sakan. Ingatkan hari tu la last car boot sale. Saya apa lagi, sampai tak cukup tangan nak bawa sampai Ezzah tolong bawakkan barang-barang saya. Balik rumah penuh bilik dengan barang-barang saya je. Jenuh saya nak kemas. Mula saya simpan kotak mainan tu dalam almari. Bila tengok serabut pula baju sejuk saya kat luar. Fikir punya fikir saya keluarkan barang atas almari masukkan dalam laci bawah katil. Baru la nampak ok sikit bilik. Esok nak g lagi car boot sale. Kali ni pergi dengan kak nab. Sure saya borong lagi barang. Tak leh nak citer lagi. Kalau saya rajin malam esok saya cerita.

Tadi sambil masak, sembang dengan kak nab pasal life kat Malaysia. Kak nab cerita la pasal harga minyak naik. Barang pun harga naik. Dia kalau beli barang rumah sebulan rm1000. Pergh, dasyat gak. Camana la kawan-kawan saya ye. Bila dok cerita tue, terkeluar la. Tak nak balik la macam nie. Nak kerja sini. Tapi bila fikir balik, mcamana pun seronok dok sini tak sama dengan Malaysia. Banyak benda yang takde kat sini. Lagipun rezeki di tangan Tuhan. Cukup la paling lama 3 tahun. Peluang yang Allah bagi untuk saya merasa hidup di London. Lepas tu kena fikir hidup berdua pula. MAK, ANAK MAK NAK KAWEN.

Sekarang dah musim luruh. Tak sabar nak tunggu daun betul-betul menguning. Selama nie saya dok tengok gambar orang lain je. Cantik sangat pemandangan taman yang dorang tangkap. Nanti sampai masa saya nak g jalan-jalan kat taman. Ambil gambar dengan daun luruh. Mesti best kan.

Ok la, dah penat menaip. Mata pun sakit. Berada dalam gelap. Balik Malaysia sure power spec naik.

Salam sayang buat semua..

Sunday, September 28, 2008

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Thursday, September 25, 2008

24 Perkara Jangan Diamalkan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

-Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT.

-Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

-Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

-Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

-Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

-Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

-Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

-Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

-Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

-Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

-Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

-Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

-Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

-Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

-Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

-Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

-Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.

-Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

-Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

-Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

-Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

-Jangan memakai tangkal kerana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.

-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga.

Saturday, September 20, 2008

Rahsia Setiap Langkah Dalam solat

1. NIAT SOLAT- Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat
2. BERDIRI BETUL- Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
3. TAKBIR-RATULIHRAM- Fadhilatnya sebagai pelita menerangi kita dalam kubur
4. FATIHAH- Fadhilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur
5. RUKUK- Sebagai tikar kita di dalam kubur
6. IKTIDAL- Akan minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur
7. SUJUD- Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AWAL)- Akan menaung panji- panji nabi kita di dalam kubur
9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AKHIR)- Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar
10. TAHIYAT AKHIR- Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur
11. SELAWAT NABI- Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur
12. SALAM- Memelihara kita di dalam kubur
13. TERTIB- Pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T

Ucap Salam Adalah Doa

ASSALAMUALAIKUM! Apa khabar semua? Begitulah permulaan percakapan seorang Muslim, sunat diawali dengan salam.

Makna ‘Assalaamualaikum’ ialah semoga Allah menyelamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Salam dalam bentuk ucapan adalah ungkapan yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri atau menyapa orang lain.

Hukum memberi salam sunat tetapi menjawabnya wajib. Salam dalam bentuk gerakan, antaranya adalah berjabat tangan atau disebut juga bersalaman, mengangguk, cium tangan, cium pipi dan melambaikan tangan.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 23, maksudnya: Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.”

Di dalam ayat ini, as-Salaam (Maha Sejahtera) adalah satu daripada nama agung Allah s.w.t. Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan lain, seperti ‘Hayakallah’ yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup.

Kemudian Islam memperkenalkan ungkapan ‘Assalamu alaikum, ertinya semoga kamu terselamat daripada segala duka, kesulitan dan nestapa.

Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya ‘Al-Ahkamul Quran’ mengatakan, salam adalah satu ciri Allah s.w.t dan bererti “Semoga Allah menjadi pelindungmu.’

Jangan pandang remeh pada ucapan salam. Disebabkan tidak memahami kedudukan ucapan “Assalamualaikum”, ucapan selamat pagi dan good morning lebih selesa di ungkapkan.

Betapa besarnya makna salam dan ungkapan “Assalamualaikum”. Elok kita dalami makna salam, antaranya:
  • Salam bukan sekadar ungkapan kasih sayang, tetapi juga doa pengharapan agar anda selamat daripada segala macam duka derita.
    Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup atau selamat pagi yang sudah selamat. Kita yang belum mendapat jaminan selamat sepatutnya didoakan. Salam juga mendoakan agar hidup kita bukan saja selamat tetapi supaya mendapat penuh kebaikan.
  • Salam mengingatkan kita semua bergantung kepada Allah s.w.t. Tidak satu pun makhluk yang boleh mencelakai atau memberikan manfaat kepada sesiapa pun, juga tanpa perkenan Allah s.w.t.
  • Perhatikanlah, ketika seseorang mengatakan kepada anda: “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka ia menyatakan dan berjanji, yang anda aman daripada tangan (perlakuannya), lidahnya (lisan) dan ia akan menghormati hak hidup, kehormatan serta harga diri anda.


Maknanya, orang yang mengucapkan salam itu memberikan pernyataan yang ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya daripada diriku.’ Kesimpulannya salam bererti mengingatkan (zikir) Allah dan mengingatkan diri.


Ungkapan kasih sayang antara sesama Muslim adalah doa yang istimewa dan pernyataan atau pemberitahuan yang ‘anda aman daripada bahaya tangan dan lidahku.’


Mulai sekarang, jangan berpisah dengan ucapan “Assa lammualaikum” sebab kelebihannya sangat hebat.


Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Salam adalah salah satu asma (nama) Allah s.w.t yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah. Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani).


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda, maksudnya: “Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam.”

Wednesday, September 17, 2008

Anda Sudah Dewasa Dan matang Bila

- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobiyang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat denga norang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka

Tuesday, September 16, 2008

Punca Wanita Sukar Mengandung

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.“Sudah berkahwin?” saya menambah.“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastiann hipotesis awal saya.Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”.Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak),amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas- Makan junk food,- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.- Makan burger dan naget- Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah di negara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.
Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

Friday, September 12, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, September 11, 2008

Percayakah Kita



‘Percayakah kita tentang Ababil

Burung yang kecil membawa api

Memusnah Abrahah serta tentera gajahnya

Kaabah yang kukuh tidak bisa runtuh

Pertolongan Allah tidak bisa ditangguh

Musnah mereka Al Quran buktinya


Jika kita percaya

Mengapa bom atom kita takutkan

Mengapa Amerika kita gerunkan

Mengapa peluru kecil kita bimbangi


Percayakan kita tentang Si Hajar

Melahirkan Putera Ismail seorang diri

Di Perdu kurma musafir diri

Tiada bekalan tiada simpanan

Kaki Ismail nadi kehidupan

Di kaisnya kaki air bumi terjadi

Ibu dan anak dahaganya tiada

Akhirnya telaga zam - zam sumber berzaman


Jika kita percaya

Mengapa takut kebulur di bumi

Mengapa dibimbang isteri mengandung

Mengapa memikir tanamankan kontang

Penguasa zalim menjadi harapan


Percayakah kita tentang Musa

Lautan luas dapat dibelah

Tongkat buruk sebagai senjatanya

Akhirnya Firaun lemas kernanya

Bukti teragung Allah yang berkuasa

Tiada terfikir oleh manusia

Selamat Yahudi hinggalah kini

Pertolongan Allah kepada hambanya

Jika kita percaya

Mengapa takut berakit ke laut

Mencari hasil khazanah alam

Mengapa dibimbang kekuatan musuh Allah

Tidak tercatat dalam sejarah

Rusia dan Amerika mengambusnya laut


Percayakah kita

Israk dan Mikraj

Di langit ke 7 peristiwa dirakam

Solat diperintah kepadanya rasul

Syurga dan neraka juga dipertonton

Azab dan nikmat diperhati jua

Semalam cuma berlaku segala

Bukti keagungan Yang Maha Esa


Jika kita percaya

Mengapa solat ditinggal sia - sia

Berjemaah terpuji tiada dilaksana

Dosa perbuatan tidak dihitung

Pahala di beri tiada minat untuknya
Setiap tahun perbuatan diikut

Menyembelih binatang tuntutannya agama

Daging diagih kepadanya insan

Teladan Ibrahim menyembelih Ismail

Si Ayah yang mematuh

Si Anak mengikut

Nyawa di beri tidak langsung disayangi

Perintah Allah itu yang utama

Korban nyawa korban segalanya

Walau kasih sayang tiada terjual layaknya

Kerna putera tunggal gantinya tiada


Jika kita percaya

Mengapa anak di biar cuma

Mendedah aurat bercampur jantina

Berfesyen mendedah tidak berani menegur

Kerna kasih sayang semua diturut

Walaupun hukum Allah diinjak seadanya

Sayang di dunia mungkin menderita di ’sana’

Thursday, August 7, 2008

R.I.N.D.U.

Assalamualaikum wbt
Tadi masa tengah suap Maryam dengan Fateh makan sempat lagi fikir. Apa yang nak di tulis dalam blog hari nie. Fikir punya fikir ada la juga idea. Ehm, walaupun sikit tapi kalau bagi kat saya boleh jadi panjang. Belum campur dengan merapu dengan membebel. Layan je la. Kalau tak nak baca. Tak pa. Sila keluar. HAHAHA. Berlagaknya minah ni.

Saya nak tulis tentang ‘PERKARA YANG SAYA RINDU’..
Rindu..rindu..rindu kalbu.

Pertama saya rindu nak dengar suara azan. Bukan azan dari komputer. Tapi azan dari surau atau masjid. Rumah keluarga saya dekat dengan surau jadi tiap kali masuk waktu solat memang dengar jelas suara azan.

Kedua saya rindu nak kejar bas balik rumah keluarga saya. Setiap minggu bila hari Jumaat tiba, pergi mengajar siap bawa beg nak balik rumah keluarga saya. Mula-mula ada juga cikgu lain tegur tapi dah lama-lama dorang tak kisah. Pukul 12.20 tengahari dah keluar kelas. Sedangkan kelas habis 12.30. HAHAHA. Jahat cikgu nie. Nasib anak murid bagus. Apa tak bagusnya. Berani kalau tak siap keja saya. HAHAHA. Siap la hari Isnin nanti. Garang gila cikgu nie. Sapa pernah jadi anak murid saya memang tahu la. Mau kecut perut kalau tak siap kerja. Tapi, mana pernah serik. Masih juga tak siap kerja. Nampaknya saya tak cukup garang la kan. Eh, dah terbabas cerita. Balik pada cerita asal. Bas pula bukannya menentu masa nak datang. Bila saya tunggu awal datang lambat. Bila lambat kena la tunggu bas pukul 2 petang pula. Mahu berkematu punggung tunggu bas.

Ketiga saya rindu nak beli majalah Mingguan Wanita. Majalah ni selalu saya khatam dalam komuter je. Boring nak tunggu sampai KL Sentral.. Sapa yang naik komuter dari klang ke KL Sentral tahu la betapa lamanya nak sampai. Lebih kurang 50 minit. Sempat la habis sekali imbas. Sebulan sekali bila majalah pengantin keluar, beli majalah pengantin pula. Konon nak buat koleksi. Baru beli 3 keluaran dah datang London. HEHEHE. Sambung lepas nie la pula.

Keempat saya rindu nak ronda kat KL Sentral. Selalu kalau balik KL saya ambil komuter turun dekat KL Sentral. Bila sampai KL Sentral mana boleh balik dulu. Mesti mahu pusing-pusing satu round. Atas dan bawah. Selalu kat KL Sentral kan ada gerai-gerai dekat tengah-tengah ruang legar. Bukan beli apa pun. Biasa la kan perempuan. Jamu mata. Ada satu kedai kasut kat hujung sekali memang saya tak miss masuk. Kalau awal bulan usyar-usyar je dulu. Tengok kasut baru apa yang ada. Kalau ada hujung bulan baru rembat satu.

Kelima saya rindu nak beli keropok roda (nama keropok nie wawa n jiha yg bagi sebab bentuknya macam roda atau tayar) dekat station Putra Wangsa Maju. Auntie pun memang dah tahu. Kalau nampak je muka saya. Mesti tau keropok roda dua. Keropok tue buah tangan untuk Wawa dan Jiha. Kalau tak beli mesti tanya. ‘Mak lang tak beli keropok roda ke?’

Keenam saya rindu nak bawa Wawa dan Jiha pergi taman. Kadang-kadang ada Ijat dengan Afiq. Kalau pergi pagi-pagi kitorang siap sarapan kat sana terus. Selalu dorang pau mak lang dia nasi lemak sorang satu dengan air kotak. Dapat main sejam dan kadang-kadang jadi dua jam cukup la. Pastu bagi pula mak lang jogging seround. Bukannya jogging pun lebih pada jalan je. Lepas tue menyakat dorang. Main lumba lari. Suka tengok dorang terkedek-kedek lari. Lagi-lagi Jihah. Kalau Jua pula suka main ngelat. Kalau Jihah menang kat depan. Dia buat la nak nangis. Mengadu penat. Bila kitorang g dekat terus dia pecut. Pastu ketawa terkekek-kekek. Suka bila dapat kenakan Jihah. Wawa..Wawa..mak lang rindu dekat awak! SANGAT rindu...

Ketujuh saya rindu nak pergi Giant. Tempat wajib pergi setiap kali balik rumah. Kadang-kadang bukannya nak beli apa. Tapi sebelum rumah ada internet selalu kena g cc. Kalau dah g cc balik mesti singgah Giant. Mula-mula g tingkat atas sekali. Kedai buku. Tengok novel baru. Kalau ada penulis yang saya suka. BELI. Kalau tak baca majalah je. FREE. Sapa tak nak baca. Kadang-kadang cari buku rujukan untuk mengajar. Cari bahan-bahan untuk buat ABM. Habis round kedai buku sementara nak sampai kat tangga escalator singgah la pulak kedai game. Cari game baru. Turun je tingkat dua terus nampak kedai kain. Macam juga kasut. Hujung bulan baru beli. Tapi baju nie lain sikit. Kalau jumpa je corak yang berkenan ambil sepasang. Limit baju 2 pasang je sebulan. Jahit free katakan. Semenjak china silk murah. Dok berkenan china silk je. Sebab kebanyakkan corak dia memang bunga kecik. Kena la dengan selera sqyq. Habis tengok baju turun bawah pula. Masuk giant. Beli barang yang mak pesan atau beli barang untuk sendiri pakai. Lepas tue singgah pula Guardian. Kalau ada promotion Loreal beli. Kalau tak setakat cuci mata je. Habis round Giant sambung pula dekat kedai sekitar Giant. SAKAN! Lepas tu kedai hadiah pula. Besa la. Kalau tak beli, jalan-jalan je. Habis round terus balik. PENAT.

Kelapan saya rindu cendol atau ABC dekat Jalan Kebun. Masa ada kereta boleh kata selalu juga la beli. Ehm, sedap ke? Boleh la layan.

Kesembilan saya rindu apa ye? Ehm..nak pk jap. Aha, saya rindu dekat anak murid saya. Rindu nak mengajar. Rindu nak tanda buku. Buat soalan periksa. Rindu sediakan ringkasan mengajar walaupun selalu malas nak tulis. Rindu segala-galanya yang ada di sekolah.

Kesepuluh saya rindu MYVI. Kalau saya tak datang London mesti sekarang dah boleh bawak keta kan. Punya la susah nak lulus. Tapi bila dah lulus dan dapat kereta, peluang kerja dari London datang. Alhamdulillah,rezeki.

Kesebelas saya rindu pada Intan dan Rohimi. Dulu lain sekarang lain. Sekarang Intan dengan Rohimi dah kawen. Saya di London. So, tak leh la lepak rumah dia dah. Dulu, asal je cuti mesti lepak umah dia. Sampai ada yang cakap ’Awak takde rumah ke?’ Begitulah akrabnya kami. Kalau ada peluang berjumpa memang tak lepas. Sebab kami tahu sampai masa bila masing-masing ada komitmen yang lain. Semua itu adalah kenangan.

Kedua belas saya rindu kawan-kawan rumah sewa. Kak Ina,kak nab, asma, amie dan atikah. Walaupun jarang ada bersama hujung minggu tapi kenangan 2 tahun bersama memang susah nak lupa. Macam-macam berlaku. Dari yang manis sampai la yang ngeri. Kalau di ingat balik memang boleh gelak dan boleh jadi seram. TAKUT.

Ketiga belas saya rindu semua kawan-kawan. Susah nak tanya khabar berita dari jauh. Tak semua yang ada internet sekarang. Dulu kalau teringat boleh sms atau call terus. Lagi-lagi Diana. Apa la khabar dia sekarang. Patut la sebelum datang London saya teringin nak pergi semua kenduri kawen kawan. Rupanya lepas tue tak boleh jumpa. Lagi-lagi bila ingat kenangan di JB. Masa kenduri Yana dengan Intan. Thanks Min. Bawa aku jalan-jalan JB. Pastu bawa aku tengok bumbung rumah Ajib. HAHAHA. Lawak bila ingat balik.

Keempat belas saya rindu DIA. Siapa dia? Siapa yang tahu. Tahu la kan. Tak ramai yang tahu dari yang tahu. ~Biarlah rahsia~ kalau dulu senang nak call atau sms. Sekarang kena pikir nak buat semua tue. Kena beringat. Bukan nak duduk sekejap je kat London. Lama. Maunya kalau di simpan duit tue boleh buat belanja kawen.

Kelima belas saya lupa nak tulis. Saya rindu nak beli novel. Sekarang tak rindu sangat sebab dah ada 7 buah. Lepas nie pun kalau Ezzah belikan boleh baca lagi. Nanti kalau kak nab datang lepas raya ada lagi stock. Kak ct balik hujung tahun pun ada lagi. Rasanya tak putus kot bekalan novel. Tak tau la tahun depan. Apa pun still lagi banyak novel yang tak beli sejak saya kenal dengan Kak Rin. Dia punya review novel yang di baca buat saya teruja nak baca juga. Setakat nie dapat la yang best.

Tengok, kalau bagi saya menulis memang tak sedar diri. HAHAHA. Ok la kan. Banyak dah saya tulis. Nanti kalau ada apa yang saya rindu lagi boleh sambung part 2. Dah lenguh badan duduk menaip. Panjang umur kita jumpa lagi.
Saya RINDU kamu.

Tuesday, August 5, 2008

Why Ladies Today Are Still Single

Why ladies today are still single..?

The nice men are ugly

The handsome men are not nice

The handsome and nice men are gay

The handsome, nice and heterosexual men are married

The men who are not so handsome, but are nice men, have no money

The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money

The handsome men without money are after our money

The handsome men who are not so nice and somewhat heterosexual, don’t think we are beautiful enough.

The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money are cowards.

The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and never make the first move.

The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative…

~ warna hati ~
meen zulaikha

London Yang Kurang Best.

Saya cerita yang tak best pula. Sebenarnya dalam kemajuan yang dicapai oleh negara nie. Ada sesetengah benda yang membuatkan saya miss negara kita..MALAYSIA.. Eh, memang la tak semua ada. London maa..
  • Makanan halal - memang susah nak cari restoran yang HALAL. Lagi-lagi yang disahkan HALAL oleh JAKIM. HEHE. Kalau ada pun fast food macam KFC. Bukan KFC. Di sini takde KFC, mcD atau pizza yang HALAL. Semua haram. Boleh la kalau takat nak makan kentang dan ikan je. Pernah sekali makan Nando’s. Masa kat Malaysia tak pernah pun teringin nak masuk Nando’s. Tue pun bukan semua Nando’s kat sini halal. Kena cari.
  • Medan selera - mana ada. TAK ADA okey. Gerai atau warung jangan harap la. Tak sesuai nak buka warung dengan cuaca yang sejuk gedik tiap hari. Rosak mood nak melepak. Jadi nak makan kena masak sendiri. Bila dah hari-hari masak, kadang-kadang nak juga makan luar. Tapi nak buat macamana kan. Ini bukan Malaysia.
  • Pensil colour - Hampeh. Tak cantik langsung colour. Takde Faber Castle atau Staedtler. Stabilo. Yang ada entah jenama apa pun saya tak tau. Dah la saya minat mengaler. Nak je suruh Ezzah beli colour. Boleh zah..? he..he..
  • Siang yang panjang - musim panas siangnya memang panjang. Kalau sampai waktu kemuncak. Subuh pukul 3 dan maghrib pukul 9. Honestly, kalau mata mengantuk, tak sedar terlena. Sedar-sedar dah terlepas maghrib. Macam tue jugak subuh. Jam dah kunci, tapi tido mati. Sedar-sedar dah pukul 6. Qadha la jawabnya. Bila dah jadi macam tue, sekarang saya solat subuh siap-siap pukul 2 pagi. Lepas tue baru tido..
  • Surau @ masjid - susah nak cari masjid atau surau di Uk. Pernah sekali solat kat tepi supermarket beralaskan kain batik. Bila jalan susah la sikit..
  • Semalam saya nak cari hadiah untuk program sukaneka aulad & banat. Ehm, susah nak cari hadiah. Tak banyak pilihan.
  • ANJING - aaarrgghh…benci..menci..! kalau berjalan-jalan memang kena hati-hati. Oh tidak..! SANGAT-SANGAT BERHATI-HATI okey. Mata kena alert. Lagi-lagi kalau dekat car boot sale. Dah la besar-besar. Pastu bila lalu dekat kita memang nak menyondol. Kalau kucing tak pe. Geli-geli pun tak haram. Tak perlu samak. Ni anjing. Memang spoil. Ada masa, bila naik bas pun bawa anjing. Aduh, memang kena elak. Ada satu cerita, satu hari kami ( saya dan Fateh ) nak hantar Maryam ke nursery. Sedang kami seronok berjalan, tiba-tiba Maryam jatuh. Jatuh. Tak pa la sikit je. Tak luka langsung. TAPI..TAPI..TAPI... Maryam dengan muka gelinya beritahu ada poo kat tight dia. Saya pun tengok. Alamak, geram sangat-sangat. Kenapa la masa ni pula nak kena. Takkan nak balik rumah. Dah sampai nursery. Saya pun bersihkan saja. Sampai rumah cari tanah nak samak. Bila tengok kat belakang, mana ada tanah liat. Tanya kak ct, dia cakap guna je tanah yang kat belakang. Masa ni la nak praktikkan cara-cara menyamak. Kalau tak setakat teori saja la.
  • Tandas - malu la nak cerita. Tapi memang tak best. Tak de air. Kalau nak masuk tandas kena bawa botol kecik. Tak macam Malaysia. Sekali masuk tandas rasanya sebaldi air kita guna. HAHAHA
  • Kalau jalan-jalan kena bawa bekal dari rumah. Takde kedai atau restoran yang halal. Err, bukan takde tapi tak berbaloi nak ke sana. Mahal dan terhad. Tak banyak pilihan seperti Malaysia. Lagi-lagi Malaysia. Pegi balik Irma. Dah jangan datang-datang lagi London. HAHAHA
  • Orang Tua - ni bukan cerita tak best. Tapi kesian dan simpati lahir dari hati saya sendiri. Orang-orang tua di sini yang menjalani hidup BERSENDIRIAN. Hari-hari saya jumpa orang tua yang pergi supermarket sendiri. Saya tanya kak ct, dorang tak de anak ke. Kak ct kata biasa la. Kat sini bila tua dorang tinggal sendiri. Anak-anak tak tinggal bersama. Ada tu, bila dah habis sekolah terus tinggal berasingan. Sian bila tengok. Ada tue dah terbongkok-bongkok bawa trolley naik bas. Kalau yang sihat ok. Jalan sama-sama pegang tangan lagi. Pernah sekali, seorang perempuan tua terjatuh dari tangga bas betul-betul di sebelah saya. Subhanallah, terkejut saya. Nasib saya sempat paut bahu dia dari jatuh tersembam di atas jalan. Bukan salah bas. Tetapi memang dia dah tak berupaya untuk berjalan. Sedih sangat bila ingatkan balik. Sangat-sangat sedih. Lagi-lagi bila kenangkan ibu bapa saya yang jauh di Malaysia. Semoga Allah beri saya kekuatan untuk menjaga ibu bapa saya sehingga akhir hayat mereka.
  • Cuaca - kalau tengok paper, mukasurat 2 bawah sekali di tulis ramalan cuaca untuk 3 hari berturut-turut. Cuaca mempengaruhi manusia. Kadangkala saya pun terikut juga. Kalau tengok cuaca sini memang sakit. Kalau mendung, sehari la mendung. Tak pun hujan. Kalau panas, panas sangat sampai pening kepala. Ada sampai kes bunuh diri sebab tak tahan dengan cuaca mendung. Alhamdulillah kita sebagai umat Islam. Datang lah apa pun cuaca, semua itu adalah nikmat. Kena proses balik hati. Betapa beruntungnya saya berbanding mereka yang mengalami musibah akibat drai cuaca. Syukur, alhamdulillah…!


Ehm..ada lagi sebenarnya. Yang best dan x best di London ni. Nanti kita sambung lagi. Mungkin apa yang saya tulis ada yang tak setuju. Terserah pada yang membaca. Kita ada pendapat masing-masing. Apa pun saya sangat-sangat bersyukur. Di beri peluang untuk merasai hidup di negara orang. Lagi-lagi LONDON okey.. London.. Bila berada di negara jahiliyyah ni memberi saya banyak sangat peluang untuk muhasabah diri. Perbaiki diri. Banyak masa untuk berfikir. Syukur sangat. Walaupun bila rindu datang menjentik, saya ingin sangat balik bersama-sama keluarga. Tapi saya sedar peluang ini perlu saya manfaatkan sebaiknya. Bukan semua orang diberi peluang seperti saya. Saya adalah antara insan-insan yang terpilih oleh Allah untuk merasai nikmat ini.

Alhamdulillah..

Jumpa lagi, wassalam…