Friday, October 30, 2009

Tinggal Setahun...

Setahun itu ibaratnya seperti sebulan
Sebulan seperti seminggu
Seminggu terasa sehari
Sehari sepantas satu jam
Satu jam seolah seminit
Seminit bak sekelip mata

Begitu pantas masa berlalu. Saya yakin semua merasainya. Hidup ini bila tidak dimanfaatkan sebaiknya rugilah kita. Sama juga dengan saya. Tinggal setahun saja lagi nak merasa tinggal di London.

Sejujurnya saya berbelah bahagi. Hati mahu pulang. Bila memikirkan seronoknya bekerja. Saya rasa mahu selamanya di sini.

Apakan daya. London ini jauh. Jauh dari orang-orang yang disayang. Saya tak mampu rasanya berjauhan lagi. ( Sila muntah kalau geli dengan ayat ini. KAHKAHKAH)

Jadi, setahun ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kutip pengalaman dan nikmati sepuasnya empat musim yang Allah jadikan untuk bumi permaisuri ini.

Tahun depan balik. Horeeyyy...!!!

Err. Kalau di U ibaratnya saya ni budak tahun akhir la kan. agaga. Perasan.


Kak Ct. JOM BALIK..!!

2 comments:

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

betul la pepatah melayu ada berkata, hujan emas dinegara orang, bla bla bla (irma taukan pepatah tu)

apapun biar sejauh mana menarik tempat orang, tempat sendiri jugak yang menjadi POJAAN HATIKU..

buat masa ni nikmatilah kurniaan allah di sana sepuas2nya.. dah balik nanti rindu-rinduan pulak nak main salji. hehehehe

Fazlinil Irma said...

betul.. setuju sangat dgn akak.
ni dok pujuk hati. sabar :D