Tuesday, January 19, 2010

Keropok Lekor D'London....


Ikan Sulung : Apalah nasib kita ye hari ini. Mereka nak masak apa dengan kita..?


Ikan Tengah: Saya ada terdengar tadi mereka nak ambil isi kita untuk buat keropok lekor.

Ikan Bongsu: Apa... ambil isi kita. Habislah kita disiat-siat, dipenggal-penggal dan dilumatkaaaaaaaaaaannn.. wawaaa..a..a...



Tadaaaa...aaa...aaa... Inilah ikan yang telah diambil isinya dengan sehabis daya. Sayang ooo nak membazir. Dah la ikan mahal. Sekilo ikan mackarel di sini 3.90 pound x RM5.60. Mula-mula minta sekilo dia bagi dua ekor. Dalam hati dah mula rasa tamak. Eeerrr.. tambah la satu lagi. Tu yang jadi tiga ekor. Nak lagi best, penjual tu dok ghalit sembang sampai lupa harga ikan. Last dia mintak lima pound ja. Weee.. esok boleh beli ikan kat kedai dia lagi. Hehe.



Sambil menggaul ikan dengan sepenuh tenaga yang ada. Ceehh, bukannya buat 10 kilo. Manja betul budak ni. Dusshh sekali. Dusshh... Dusshhh... Dussshh.. Haaiipp, apasal tiga kali tulis dush. SAJA. Bluweeekkk...!! ;P


Korang perasan tak apasal doh saya warna putih. Tak macam keropok kat Malaysia. Haaaaaa... ini baru la betul. Dah nama pun ikan mackarel. Duduk laut orang putih. Beli kat kedai muslim putih. Mesti la ikan pun warna putih. Kan..Kan.. Boleh pakai tak teori saya...?? HeHe. Ini namanya teori nak sedapkan hati. Nasib saya tak meraung menangis tengok adunan saya tak seperti yang disangka. Kang tak pasal-pasal ada yang tak makan keropok. akakakaa.



Siap menunggu giliran untuk direbus. Comel kan..?? Kecik-kecik je. Ada rupa macam sosej ikan. Ini namanya KREATIF a.k.a DEGIL. Tak nak buat yang macam selalu makan. Nak buat ikut cara sendiri. HeHe. Itulah saya ;D

Maaf, adegan semasa merebus tak disertakan kerana takde. Mula-mula ingat nak buat video. Last-last langsung takde dah sebab kalut nak mengangkat keropok yang dah timbul.~alasan~

Jeng... Jeng..Jeng... Terliur tak..?? Inilah hasilnya selepas direbus. Sempat rasa seketul keropok yang direbus. Ehhmm.. bolehlah. Nak komen banyak pun tak boleh. Kena bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah, tertunailah hajat di hati. Hehehh.


Selalu saya letak bahan dan cara kat atas kan. Ini kat bawah pulak. Saja. Ubah STYLE.


Bahan-bahan:

1 kg ikan mackarel ~ini saja pilihan yang ada. sob.. sob...
1 kg tepung kanji ~ samalah jugak. tepung sagu takde.
air
garam
bahan perasa ~optional. kalau kat Malaysia memang dorang bubuh. Bukan secubit. SEBANTAL terus. ekekekee~
minyak untuk menggoreng
air untuk merebus


Cara-cara:


Ambil isi ikan yang dah dibuang kulit, kepala, dan tulangnya. Kisar sehingga lumat. Kemudian campurkan kesemua bahan sekaligus. Gaul sehingga semuanya bersatu teguh direbus tidak rapuh. HaHa. Habis peribahasa melayu. Kalau nak tambah tepung pun boleh. Banyak tepung, maka banyaklah yang akan terhasil. Saya guna 700 gram tepung je. Iiishh.. patutlah keropok saya sedap. Rupanya banyak ikan. Yummeehh. Bentukkan doh ikut suka hati kamu. Kalau rajin nak guna acuan kuih raya pun boleh. Tu kalau terlebih rajin. Kang jadik nugget ikan lak. Eehh, best apa. Nak menarik minat budak. Mesti dorang suka. Taaappiii.. korang rajin ke...?? ;D

Dah siap ke semuanya, boleh la direbus sehingga ia timbul. Angkat dan sejukkan sebentar. Sedap dimakan secara rebus atau goreng. Kalau nak goreng, pastikan anda belah keropok supaya tidak meletup ketika menggoreng. Itu petua yang saya pakai dan alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi meletup terkena minyak panas. Sakit ooo tengok parut kat tangan. Sakit mata. HaHa.

Siap. Boleh la dimakan dengan sos Linggam. Kalau rajin buat sos sendiri. Macamana..??


Sos Keropok:


Bahan sos:
400ml air 150gm gula merah 3 sudu makan cili kisar 60ml air dicampur dengan 1 sudu makan asam jawa 2cm kiub belacan garam secukup rasa

jerang semua bahan hingga mendidih. perlahankan api dan renihkan hingga pekat kemudian angkat.

Sumber




Sepinggan ni kak ct sekeluarga makan. Ehhmm.. saya naik atas balik tengah malam tengok tinggal pinggan saja. Sob..Sob.. Takdelah. Mana ada sedih. Seronok lagi ada. Itu tandanya keropok saya diterima anak tekak mereka. YES. Eceeehh, yolah tu. Tak percaya. Tanya kak ct. Dia kata sedap. Ngeee. SUKA. Alhamdulillah.

Pagi tadi apa lagi. Sarapan dengan keropok lekor la jawabnya. Sedap. Sambil tengok tv makan sorang-sorang. Fatih tak bangun-bangun sampai pukul 12.30.



Ehhhmmm...


Keropok Lekor D'London.

Haa.. Jangan wat main. Boleh jadi jenama ni ;P

*

*

*

*

Amacam.. Rasa-rasa kalau singgit berapa ketul patut saya jual...?? :D




3 comments:

iu rf said...

hehehe...
comeynye adik irma ni berceloteh...
rase nk cubit3 je pipi dier...ekekekeke..

sedap npknye..
hmm.. nk tyer tepung kanji tu aper..
tepung ubi eh????

maceh

fazlinil irma said...

eerrrkk..habislah pipi sy..hehe

tepung kanji sama dgn tepung ubi~tapioca floor~

came2 ;)

Anonymous said...

Thnx resepinye....blh sy cuba di Australia plak... xsabonye nk mkn kopok leko...