Saturday, January 23, 2010

Potty Train Untuk Fatih...

Hari pertama saya melatih Fatih untuk tidak memakai pampers. SAJA. Nak tengok macamana respon dia. Semalam sambil pakai baju saya mula perkenalkan perkataan 'Poo Poo' untuk buang air besar. Saya tunjukkan punggung di belakang. 'Wee Wee' untuk buang air kecil dan tunjuk dekat depan. Tiga empat kali jugak saya ulang perkataan sampai dia pun dah boring.

Hari ni bermula jam 12 tengahari selepas mandi. Saya pun start 10 minit sekali tanya,

Fatih... nak wee wee tak..? Tak naaak..

Selang 15 minit lagi tanya.

Fatih nak wee wee tak..? Geleng kepala.

Pukul satu tengahari dia datang tepi saya.

Maaa.. nak cing.

Fatih nak wee wee ke..? Angguk.

Kejap...

Tak sampai seminit dia pancut dekat tepi saya. Waaaaaaaaa...

Sapa suruh tangguh. Bukan salah dia pun. HuHuuuu.

Kejadian kedua.

Petang selepas makan nasi dia minta air teh atas meja makan. Saya tengok dia minum BANYAK. Haaa... siaplah kejap lagi. Sure kencing punya. Kononnya tak nak la PISANG BERBUAH BERKALI-KALI. Pengajarannya saya sentiasa ulang tanya kat dia sampai dia menjerit kat saya.

I said tak naaakkkk....

Toooiiinggg... Kan dah kena sekali jeritan maut Fatih.

Lepas tu, SEKALI LAGI SAYA GHALiiiiiiTTTT. Lebih 20 minit saya tak tanya dia nak 'wee wee' atau 'poo poo' terus dia pancut. Masa tu dia tengah duduk main. Bila tanya je terus dia angguk. Angguk tanda dah kencing. Waaa.

Sekali lagi saya bersihkan najis dia ATAS KARPET.Huuukk Huukk..

Ini baru hari pertama. Dah dua kali SAYA GHALIT. Nak tunggu dua tiga bulan sebelum dia betul-betul boleh uruskan 'wee wee' dan 'poo poo' mahunya menguji tahap kesabaran. Sangat-sangat berhajat Allah titipkan kesabaran dalam diri.

Hari ni pun rasa letih sangat. Pukul 6.30 petang dah terasa nak tarik duvet. Ni pun mata dah separuh terbuka. HuHu.

Ok. Bye. Mahu titun....

~entry yang malas nak edit. layan je la...~

3 comments:

Syafiqah said...

I said tak nakkk.....
^^

fa10 said...

nak membersihkan karpet tu yg lecehnye..huwaaaaa. klu kat malaysia senang aje.. gulung semua karpet

fazlinil irma said...

ieqa..tu lah perkataan femes dia..huhuu

fa10..betul kak.. nasib sini xde bau..kalau x mahunya hancing..