Sunday, January 24, 2010

Sloppy Joe...


Semalam punyalah jenuh cari resepi. Apalah yang nak dikelentang kelentungkan untuk sarapan pagi. Puas merayau hampir setiap ceruk dapur orang. Belek resepi semua tak kena. Hampir putus asa jugaklah sikit. HuHu. Dah nak pukul 12 tengahmalam baru la jumpa. HOOOREEYY..!!


~alhamdulillah~

So.. inilah dia sarapan pagi kami tadi. Kalau ikutkan boleh je pakai daging burger. Takpalah. Kita cuba yang ni. Bukan susah mana pun. Kalau dapat sambutan boleh buat lagi. Kalau tak. CUKUPLAH SEKALI.



Bahan-bahan:

12 biji bun burger / bun hotdog

1 kg daging / ayam cincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang / didadu halus
1 cawan tomato sup
1 cawan tomato puree
1/2 cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu besar mustard - boleh dilebihkan kalau suka
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang2 cincang sehingga wangi dan sedikit garing
  • masukkan daging/ayam cincang dan gorengkan sehingga masak
  • akhir sekali masukkan semua bahan2 yang lain dan renihkan selama 20 min
  • sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
  • padamkan api
  • hidangkan dengan bun burger atau boleh juga dibuat seperti coney dog sauce

Fatimah awal-awal dah tolak. Tak cuba lagi dah cakap tak nak. Seperti biasa alasan dia, 'I LIKE THE NORMAL ONE'. Maknanya burger biasa tu. Alahaaiii... sabar je lah bibik. 9 bulan lagi. T___T

kredit to : kak noreen...

4 comments:

kakchik said...

sloppy joe tak nampak sloppy pun, nampak neat and tidy je hehe

budak2 memang payah sikit nak tukar selera. sabar...

fazlinil irma said...
This comment has been removed by the author.
fazlinil irma said...

kak chik..

sloppy masa makan je.. hehe

Hann said...

Assalamualaikum..
kite singgah jengun menda ni.. nampak so tempting!
Thnaks for sharing..