Friday, May 14, 2010

Motivasi Pagi Jumaat.


Assalamualaikum wbt...


Salam pagi Jumaat yang penuh barakah..


Pagi-pagi dah dimotivasikan dengan status ustaz Hasrizal di Facebook. Apa katanya...


Pekerjaan itu adalah pilihan yang terbaik untukmu apabila melaluinya anda berjaya memberikan yang terbaik, dan manusia juga mendapat yang terbaik daripadamu!



Ya... semoga rezeki yang kita dapat ada barakah di dalamnya. Teringat perbualan dengan Fatimah pada satu hari.

Fatimah : What are u doing today..?
Me : Gosok baju.

Fatimah : Gosok baju ja..? ~ dengan nada terkejut~

Me : Ya.. gosok baju.

Fatimah : Isshh.. boringnya..!!


Ahaaa... senyum saya sambil membasuh pinggan. Masa tu dia baru balik sekolah. Dah jadi kebiasaan balik dari sekolah. Selepas menyapa Fatih. Dia akan masuk dapur jenguk saya. Tanya buat apa hari ni. Nak masak apa. Kemudian bagi laporan apa yang berlaku di sekolah. Kalau ada sesuatu yang menyeronokkan. Apalagi, tadah telinga la saya pun mendengar cerita.


Well... bila teringat perbualan tu. Senyum saya. Sekarang pun masih tersenyum. Sebab. Bagi saya tak patut ada rasa boring dalam diri saya bila saya sendiri yang memilih pekerjaan ini. Selalu kena perbetulkan niat. Sebab syaitan suka kacau.




Ia menjadi satu pilihan yang TERBAIK bila saya berpeluang melihat bumi ciptaan Allah ini.



Dan ia juga menjadi TERBAIK bila saya dapat memberikan ini.




Hasilnya bila ( manusia mendapat yang TERBAIK darimu) saya dapat melihat senyuman di wajah mereka.


Menurut Oprah Winfrey, 80 peratus manusia melakukan kerja yang tidak disukainya.

Betul atau tidak. Jawapan dalam hati anda.


Esok Sabtu. Cuti. Yeaayy...!!


Nak pergi mana ya minggu ni..?




Ehhmmm =)


2 comments:

Lady of Leisure said...

itu black tulip ke? cantiknya...
bunga rose dah keluar?

fazlinil irma said...

dr jauh nampak hitam.. bila dekat nampak purple gelap..

rose.. akan menyusul =)