Sunday, May 30, 2010

Sambutan Ulangtahun Syakirah.

Assalamualaikum wbt...




Salam hujung minggu yang panjang. Tiga hari cuti kan. Kami di sini pun dapat cuti tiga hari juga. Isnin ni cuti sempena Bank Holiday. Hooreeyyy...! Anak-anak lagi panjang cuti mereka. Seminggu. Tak de pun mereka bersorak. Bibik ni je yang lebih-lebih. :p


Okeyhh... bukan nak cerita pasal cuti. Nak cerita pasal kek coklat yang cantik. Cantikkan..? Menawan hati tak..? hehe. Kek ni berjaya menawan perut-perut kami sahaja. Oh, tak lupa dikongsi dengan jiran sebelah rumah kami. Kalau kami ja makan. Sebulan tak tentu habis. Dalam fridge sekarang pun ada lagi tak berusik kek coklat yang orang bagi.


Saya bukanlah peminat coklat sangat. Sepotong pun susah nak habis. Kalau suka gamaknya bertambah comel la saya nanti. :P


Kek ni memang BESAR. Bukan setakat besar. Tinggi pula tu. Ada kot dalam dua inci setengah. Kalau high heel tu boleh dah buat kaki-kaki yang sempoi memakai kasut flat TERPELECOK. Termasuklah saya. Err.. rasanya bukan takat terpelecok. TERSUNGKUR terus.. Gedebuk..! Macam..... ~ sila isi tempat kosong ~ ;)



Saya cari gambar Syakirah terbaru. TAK ADA. Memang tahun ni kami dah jarang keluar petang-petang. Semenjak Syakirah masuk sekolah menengah, jadual harian dia bertukar. Keluar pagi jam 7.30 dan pulang paling awal pun jam 5 petang. Kadang-kadang tu sampai pukul 7 baru sampai. Jihad sungguh dia nak mencari ilmu. Saya yang tengok pun kesian. Dah jarang dia balik sekolah menyapa saya di dapur. Bertanya masak apa hari ni. Sebabnya bila dia sampai tu saya dah siap masak. Melainkan kalau hari tu saya masuk ofis lambat. ;P


Kalau banding dengan umur dan tubuh badan yang kecil. Memang tak sampai hati tengok dia berulang alik ke sekolah. Itulah pengorbanan seorang pelajar. Kat sini sekolah agama ada satu ja. Rasanya kalau tak silap yang kak ct cerita. Tu pun swasta. Jauh pulak tu. Tiap-tiap hari kena naik train ulang alik ke sekolah. Ada hari pernah sampai terlepas station sebab tertidur. :)


Kak Irma doakan sempena ulangtahun kelahiran yang ke 12 tahun ini. Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup Syakirah sebagai seorang hamba Allah, anak dan pelajar yang solehah. Dah besar ya sayang. Tak boleh dah muncung-muncung lagi. Alhamdulillah. Dia matang di usia yang muda.



Kek yang membuatkan rakan-rakan di Facebook terliur. Pendapat peribadi saya. Kek ini cantik pada rupanya. Rasa biasa ja. Sedap lagi kek chiffon yang kak ct buat. Yelah kamu Irma. Kamu tak suka coklat memanglah tak sedap. Cuba bagi pada penggemar coklat. Mahunya dia bagi 10 bintang.


Saya bagi juga bintang untuk buah strawberi yang manis. =)


7 comments:

Ummu~Ishak said...

Selamat Hari Lahir utk Syakirah. Kecik je orgnye, dah masuk 12 tahun pun. Mudah2an Syakirah sentiasa sukses dalam pelajaran, jadi anak yg solehah, jadi pendokong dan pencinta Islam yg sejati.

psst irma,ada satu tempat belajar memandu yg best kat bandar manjalara.saya duk ajar adik2 drive kat situ, hehe

mama zharfan said...

happy bday to ur daughter!! salam ziarah...me from notts :)

fazlinil irma said...

terima kasih mama zharfan..

nanti sy buat kunjungan balas.. :)

fazlinil irma said...

jazakillah ummu atas doa.. itulah, kecik mcm ummi dia.. x mcm bibik dia.. huahuaaa..

waahh.. ye ke... best2.. moga Allah permudahkan..

pheww.. teringat kenangan bawak keta stuck lama kat simpang.. hahaha.

* uMieCuiE * said...

awat tak hantaq kat cni...suke banget dgn coklat...nyum~nyum~

NORHAYATI BERAHIM said...

Irma datang menjenguk..dan selamat ulang tahun untuk syakirah. Comel orangnya..moga2 syakirah jadi anak yang soleh, diberkati ALLAH dan menjadi insan yang terpelajar..AMINN

fazlinil irma said...

umie cuie..

hantaq gambaq je boleh.. hehe..

terima kasih kak yati..