Monday, May 3, 2010

Peminat PINK WAJIB baca entry ini..


Assalamualaikum wbt...


Bagaimana hujung minggu kalian semua..? Mestilah seronok kan. Cuti 3 hari. Alhamdulillah. Saya di sini pun cuti 3 hari jugak. Nak jugak 3 tu. hoho. Betul. TAK TIPU. Esok Isnin kami di sini cuti sempena bank holiday. SEE. Bank pun tahu penat. Hari-hari duk kerja keluar masukkan duit dalam akaun. Sesekali nak la cuti kan. Errr.. bukan bank saja. Semua pekerjalah. Yang dapat nama bank saja. Senang cerita. Kita panggil cuti umum ajelah.


Itu esok. ISNIN. Hari ni baru Ahad. Malam Isnin. Setengah jam lagi masuk Isnin. Tu pun nak bagitahu ka..? ;P


Hari ni. Cuaca MENDUNG. HUJAN. Samalah juga dengan hati saya. Mendung jugak. hukhuukk. Nak keluar pun MEMANG TAKDA MOOD. Bangun pagi tengok luar tingkap hujan. Sambung balik tidur. HaHa. Tak lah. Capai novel Jaja & Din sambung membaca. Lama-lama. Mata makin layu. Tutup buku tarik duvet. TIDUR. Waahh.. Syurga betul hujung minggu saya ye.


Sampailah pukul 12.30 TENGAHARI. Bangun balik. Cuaca masih lagi mendung dan hujan renyai. Nampak gaya memang seharian la hujan hari ni. TAKDA PELUANG LA NAK PERGI GREENWICH PARK. Patah hati dah den. sob. sob.


Sudah-sudah bersiram. Fatimah turun bagitahu nak pergi rumah Nurul pukul 2.30 petang. Saya pun dengan berat hati jawab. OK. Dah bersiap-siap solat. Baru naik atas isi minyak. BREAKFAST + LUNCH = BRUNCH. haha. Baru tahu lapar. Pagi tadi layan tidur tak hengat perut. Nasib ada lagi kuah Bakso semalam. Boleh la makan dengan nasi impit. SEE. Bibik ni bijak. Dia masak banyak-banyak semalam. Pagi ni tak payah dah buat sarapan. hikhiikk. Selesai hal perut. Sambil tunggu kak ct bersiap. Sambung lagi baca Jaja & Din.


Sampai masa pukul 3.00 petang baru kitorang keluar. Haa.. macam nilah adat bila berkeluarga ye. SUSAH (bukan tak boleh) nak tepati masa. Masa bujang boleh la. Siap badan sendiri je. Pastu terus keluar. Ni dengan anak. Makanan anak. Baju anak. Tu tak masuk kalau dah siap-siap nak keluar. Tiba-tiba datang si bongsu yang pakai pampers dah keluarkan GAS PENYENGAT HIDUNG ( poo poo lah ). Kan dah nak kena salin dulu. Tu tak masuk lagi cerita baru duduk dalam kereta dah mengadu lapar. HAHA. MACAM-MACAM.


Bila keluar. Kak Ct tanya. 'Bawak kamera tak?'. Saya jawab, 'Bawak.' Biasalah. Saya pergi mana pun bawa kamera. Naik atas tingkat dua bawa. Masuk dapur bawa. Duduk depan pc pun kamera duduk sebelah. Masuk tandas je tak bawa. MELAMPAU BETUL. Walaupun tandas kat Harrods tu CANTIK + FREE. Tak tergamak saya nak keluarkan kamera ambil gambar. hoho. Saya tak lah jakun sampai nak bergambar dalam tandas ye. Orang lain. Biarlah. Itu cerita mereka.


Sampai tengah jalan saya perasan akhi Fauzi bawa kereta menuju ke Greenwich Park. Dalam hati dah lompat-lompat. SUKA. Dah sampai kat pintu masuk park. Dari jauh dah nampak warna PINK. Cherry blossom. Masyaallah. LEBATNYA. Cantik tu memang tak dinafikanlah ye. Patutlah kak ct duk tanya bawak kamera ke tak. Rupanya nak singgah kat Greenwich Park. SEMATA-MATA untuk saya. TERHARU SANGAT.


Yelah. Kalau nak ikutkan mereka. Dah selalu datang sini. 10 tahun lebih rasanya dah jemu tengok bunga. Betul ke kak ct..? =D



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

amboi, panjangnya A kamu bibik.




Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Subhanallah...segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan segala isi alam ini. Sebagai hambaNYA, pujian itu kembali kepadaNYA. Kita hanya meminjam segala apa yang ada di dunia ini. Sampai masa kita kena serahkan kembali kepada yang berhak. Yakni Allah swt.



15 minit yang diberikan saya gunakan sebaik mungkin untuk mengabdikan gambar cherry blossom yang sedang lebat mengeluarkan bunga. Sangkaan saya cherry blossom dah habis berbunga di sini. Perancangan Allah itu lebih baik. Dia lebih mengetahui tentang segala yang ada di muka bumi ini.









Maryam yang KESEJUKAN.


Ok. Itulah cerita saya hari ni. Dah tak tahan ni. Menulis entry dalam kesejukan. Dah kebas tangan dan kaki ni. huhu. Ni pun sebab kawan saya kata blog ni dah bersawang. Tu yang GORENG, BAKAR, REBUS dan BEKU entry ni. muahahaaa. Cukup dak Ummu..? =P


BERSAWANG ke..? Hari-hari cek buka tengok tau. Mana ada sawang. kuikuikuii.


Insyaallah, esok kalau dipanjangkan umur dan cuaca pun elok. Yang penting. MOOD BAIK. Saya akan keluar lagi. Jalan-jalan melihat bumi Allah swt ini. Kalau mood tarik duvet + cuaca mendung. Nampak gaya bermalas-malasan la lagi sempena cuti bank holiday. Moga-moga dijauhkan dari mood yang kurang baik. huhu.


Dah habis. Apa lagi. Sambung buat kerja la ye. heheh. Saya pun nak solat isya'. Pastu tidur. Sekarang subuh dah masuk awal. 3.12 pagi dah masuk. 5.33 pagi dah syuruk. Waaa.. kalau tidur lambat ni ada yang subuh gajah. Tak malu mengaku. Tahun lepas beberapa kali juga la subuh gajah. kehkehkeh.


Wassalam.


14 comments:

♫♪ Cik Puan Mimi ♫♪ said...

irma, tak suka tak suka (jeles sebenarnya, heheheh)

masyallah, cantiknyer irma.. masa tengok gambar kat atas tu, rasa cam tak percaya jer (sebab tengok gambar tu macam lukisan tau), tp bila tengok irma dan anak2, barula kak mimi percaya gambar tu memagn dari kamera irma.. beruntungnya.. terasa diri ni begitu teruja nak kesana jugak (tp apakan daya hajat tak sampai .. uwaaaaaaaaaa

fazlinil irma said...

kak mimi..

kalaulah saya pandai mempergunakan gambar ni.. boleh je sy tempek gambar akak duduk kat tengah2 tu..

apakan daya.. den x pandai.. hehe..

Lady of Leisure said...

subhanallah sangat cantikkkkkkkkkkkkkk.... lady yg tak minat pink pun terus terminat heheh

kakchik said...

salam irma.

huhu, kakchik teramat jeles tahap gaban ni. mashaallah... cantiknya...
tak aci sungguh irma ni.
bertuahnya rezeki irma dapat menikmati keindahan ciptaan Allah di negara orang.
pengalaman berharga tu.

fazlinil irma said...

Lady...

cantik kan.. peminat pink lg la suka ni =)

kak chik..

alhamdulillah.. kali ni rezeki saya. insyaallah, esok lusa rezeki kak chik. Allah je yg tahu =)

AshAnas said...

kak irma, jemput dtg blog shira amik award ek...

Ummu~Ishak said...

terasa glemer 2 menet sebab nama ade dalam entri :p

ade gak sawang skit dlm blog ni, sbb tuan dia masuk je tapi tak sapu buang, ahaha

jadi bibik kat uk best dpt pakai baju tebal2 ngan cuaca yg segukk. jadi bibik kat mesia tak best sbb tak dpt duit + panas gila2 setiap masa berpeluh2 (cakap sambil tunjuk diri sendiri)

Nadiah Sidek said...

subhanallah..cantiknya! kat sini, bunga dah gugur dah. kejap je berbunga..tak puas lg nak bergmbr

fazlinil irma said...

shira.. terima kasih.. nanti akak ambil ya..

nadiah.. alhamdulillah, sini ada lg bunga. masih berkembang lg.. lepas ni roses pulak..

cik ummu..

xpa.. asalkan rumah x bersawang sudah.. huahuaaahaa..

ni mesti kes jd bibik terhormat kan.. xpa PAHALA banyak kat situ =)

fa10 said...

lepas ni akak pula nak tayang bunga pink... sedang survey park mana yg cantik

fazlinil irma said...

kak faten..
nanti saya terjah blog akak =D

p!nkerton said...

subhanallah.. irma, cantik sgt ni... hati pun tumpang berbunga2.. sure rasa tenang je kalau lepak kat park ni kan.. huhuh bile la nak sampai ni ;p

fazlinil irma said...

fatih..

memang tenang tp masa sy pegikan. sejuk sgt.. tp tu pun boleh layan sejam lebih duk bawah pokok.. hehe

athirahariffin said...

akak, mintak izin ambil gambar bunga ni tempek kat blog. subnhanallah, cantik sangat...