Tuesday, May 4, 2010

Pink Tulip Di Greenwich Park...

Assalamualaikum wbt...


Hari ni seperti yang dah dirancang semalam. Ya. Semalam. Kira cerita ni masih hangat-hangat nasi ayam. Bukan hangat-hangat tahi ayam. Nasi Ayam kan sedap. SO.. aiceehh, mentang-mentang makan cheese. Terkeluar ye satu perkataan omputeh. Dah.. Dah.. mula la nak merapu tu. Sambung balik cerita..


Dah cerita kan semalam nak pergi mana hari ni. Siapa yang tak tahu. Atau baru buka blog saya hari ni. Meh nak bagitahu. Saya pergi JALAN-JALAN. Pergi mana..? Haaa.. ni nak cerita. Jom baca...


Baca sampai habis tau.. Sian saya menaip entry ini dalam sejuk gedik-gedik. hehe.


Mula-mula saya pergi Greenwich Park. Nak sambung menikmati pemandangan Cherry Blossom yang sedang berdangdut mengeluarkan bunga. Ini kes TAK PUASHATI la ye. Memandangkan hari ini cuti BANK HOLIDAY. Jadi saya pun mengagahkan diri untuk keluar seorang diri. TAWAKAL ni. Kira dah berani la keluar sorang-sorang.


Lepas siap masak sarapan NASI LEMAK. Haaa.. jangan buat main. Sempat buat nasi lemak walaupun lepas subuh tidur balik sampai pukul 9.00 pagi. Dalam hati dah malas nak masak. Makan jelah apa yang ada. TAPI, sebab dah janji semalam dengan kak ct nak masak sarapan dulu sebelum keluar. Jadi tak baik la kalau mungkir janjikan. Sambil tu saya tengok cuaca kat luar sekejap mendung sekejap panas. Dalam hati dah mula kacau. Nak keluar ke tak nak ni..?? Apapun masak dulu...


Pukul 10.00 pagi. Siap masak. Apa lagi. Cepat-cepat MANDI KOBOI. Bersiap. Sarapan dulu. Biar perut relax tak memanggil-manggil minta diisi. Lagi satu malas nak bawa bekal. Berat beg je. Cukuplah bawa bekal air + limau. Ohh.. tak lupa. Hari ni saya bawa Jaja & Din jalan-jalan lagi. Pastu terus keluar. Dalam duk tunggu bas hujan turun renyai-renyai. Aduss.. harap-harap hujan tak lebat.


Perjalanan ke Greenwich Park mengambil masa 45 minit ye kawan-kawan. MASAK saya duduk dalam bas tu. Puas driver tu bawa saya pusing bandar. Masuk taman perumahan. Naik bukit. Turun bukit. Sampai tersengguk jugak la kepala ni mengantuk sementara nak sampai.


Keluar je dari bas. Zaaass... (err, betul ke bunyi angin macam ni...?) Angin sejuk menyapa kulit. Aduss. dah la pakai jaket nipis je. Mana nak tahan. Lemak di badan ni tak dapat nak menampung sejuk angin yang mencucuk. Sakit sampai ke tulang. Apa nak buat. TAHAN je lah.


Sampai je pintu masuk Greenwich Park. Mata saya terus terpandang bunga tulip berwarna pink. Mula-mula buat berlagak. Tak payah la ambil. Tapi bila fikir balik. Malas dah nak pergi cari tulip yang lain. Hajat saya bukan MEMBURU ( amboi chek.. ada senapang gajah ka..?) TULIP. Tak pa. Tak pa. Demi kawan-kawan, saya pun patah balik sambil tersenyum-senyum memikirkan macamana nak ambil posisi tulip ni.


Sampai je depan tulip. Naaahhh... jari tak berhenti membidik kamera. Inilah hasilnya..



Jeng... Jeeennngg... Jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnggg....

Aiikk.. hari ni E pulak panjang. Ada-ada saja kamu ni Irma.


Ini bunga tulip yang bunga kecilnya berwarna pink. Cantikkan..??


Mula-mula mestilah ambil dari bahagian hadapan.



Kemudian... saya ZOOM bagi dekat lagi. Biar nampak jelas. GERAM TAK..?? =D




Tak cukup dengan dekat. Saya ambil dari bahagian tepi pula. Nampak memanjang.



Tak puas hati lagi ni. Saya adjust kamera. Ambil dari dekat memanjang pula. Tadi menegakkan. Ini saya letak kamera bawah sikit dari paras bunga. SUKA TAK..?



Ok. Yang terakhir. Saya ambil dari jarak jauh. Siap dengan pasu sekali masuk. Kecil je lokasi pengambaran. Tapiii.. kalau bagi kamera kat bibik. Macam nilah. Semua sudut diambilnya. Almaklumlah... kamera digital. Tak suka. DELETE.



Tak cukup dengan bunga kecil berwarna pink. Berjiran pula pasu tulip bunga kecil berwarna pink ialah pasu tulip bunga kecil berwarna biru.



Haaaa... meh tengok meh...



Mula-mula saya tak nak ambil gambar bunga tulip berbunga kecil warna biru. Kata hati saya cukuplah bunga tulip pink berbunga kecil warna pink.


TIBA-TIBA....



*

*

*

*

*

*

*

*

*


Allah datangkan sinaran matahari memancar terus ke bunga tulip. Subhanallah... terangnya. Cantiknya. Terus saya cepat-cepat ambil gambar. Memang sekejap sangat. Tak sampai 1 minit pun.


Inilah buktinya. Tulip yang disinari cahaya matahari.



Bandingkan dengan yang ini. Selepas awan menutupi cahaya matahari.



BERBEZA BUKAN..?


Begitulah juga dengan kita (peringatan terutamanya untuk saya yang menulis entry ini) sebagai hamba Allah. Apakah kita masih juga mahu terus berada dalam kegelapan. Selepas Allah utuskan Nabi Muhammad saw sebagai pembawa kebenaran. Allah tinggalkan Al-Quran dan Sunnah untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan.


Bila melihat realiti keadaan sekarang. Manusia sibuk dengan dunia. Kalau di Facebook saya. Ada sahaja yang mentag gambar-gambar duit berkepuk-kepuk. Allahuakbar. Takutnya saya. Minta Allah jauhkan saya dari sikap leka dengan dunia.


Saya baru je baca artikel tentang kesibukan dunia di blog cikgu Azmi. Satu yang saya nak kongsikan petikan ayat dari Imam Al-Ghazali.



Pesan Imam Al Ghazali;

"orang yang rugi itu ialah orang yang terlalu sibuk tetapi segala kesibukannya hanyalah untuk dunia yang sementara".


Sama-samalah kita mengimbangi kehidupan dunia dalam masa yang sama kita nak kejar kehidupan yang kekal abadi. Yakni akhirat. Takut-takut Allah ambil nyawa kita dalam masa kita leka dengan kemewahan dunia. Nauzubillah...




Ini baru sikit je tau cerita jalan-jalan saya. hehe. Baru dekat pintu masuk Greenwich Park. Belum lagi cerita saya menghabiskan 1 jam duduk di bawah deretan pokok-pokok Cherry Blossom. Insyaallah, panjang umur saya ceritakan lagi ye. Esok dah kerja. Korang pun baca entry ni mesti masa baru masuk pejabat kan. Selamat bertugas. Perbaiki niat. Ikhlaskan HATI. Moga kerja-kerja yang kita lakukan (walaupun susah) mendapat ganjaran pahala yang akan memberatkan lagi amal kebaikan untuk kita bawa berjumpa Allah swt nanti.



Wassalam...



7 comments:

Nadiah Sidek said...

bunga tulip kat sini dah gugur...uhuk! jeles..jeles..

AshAnas said...

nmpk sebijik sm dgn bunga plastik kt mesia ni...
eh, silap, bunga plastik tu yg sebijik sm ngn tulip kt sana...
ape2 je lah... untungnye kak ema.... huhu, nak jugak....

* uMieCuiE * said...

i luv tulip... Ema antakan kat saya leh...huhu~~

fazlinil irma said...

nadiah..
bunga tulip kat sini tengah seronok berkembang..

shira..
tu tandanya pembuat bunga yg terer.. plastik pun nampak real =)

umie cuie..
saya hantaq gambaq jelah no.. hehe.

fa10 said...

td baru nmpk tulip pink kat town. cantik la gmbr irma snap tu... tulip betul pun nmpk mcm plastik ..kek kek kek

fazlinil irma said...

kak faten..

akak ambik gambar tak..? nak p terjah blog la ni.. hehe

Ummu~Ishak said...

irma.. awak dah kene tag :p
pi tengok kat blog saya

http://anakabuya.blogspot.com/2010/05/2-juta.html