Assalamualaikum wbt.
Salam ramadhan di petang hari.
Mesti ramai di kalangan kita (perempuan la kan) yang sedang berkelentung kelentang di dapur. Saya mengambil langkah untuk tidak memasak hari ni. Mahu berehat sedikit sebelum menyambung aktiviti ramadhan di malam hari nanti.
Tadi, jam 6.15 petang selesai penghantaran red velvet dan pavlova untuk Seri. Alhamdulillah. Moga mereka berpuas hati dengan kek yang saya buat. Saat paling berdebar bagi seorang pembuat kek ialah bila menunggu respond dari mereka yang menikmati hasil tangan dari kami. Lebih lagi pembuat kek amatur macam saya. :)
Red Velvet diapit oleh Pavlova.
Less is More.
Ewaaahhh. katakan sajalah tangan kamu masih perlu pergi kelas untuk belajar deco-deco. Tapikan, red velvet ni adalah kek yang tak perlu di touch up banyak-banyak. Rupa tak penting ( alasan nak sedapkan diri yang tak reti deco). Rasa tu yang penting nak..!! Cream cheese topping dia saja. Walllaaahhh. Cream cheese, mascarpone dan whipped cream. Naaahh. Nak tambah berat badan memang sesuai. :)
Biasa bila tak puasa, sambil buat cream cheese topping tangan ni tak reti nak diam. Mesti nak rasa (baca : makan). Bila dah mula tak reti nak berhenti. Hari ni bila buat masa puasa. Memang tahan sabar betul. Dugaan tengok cream cheese tapi tak leh nak colek. ;P
Oklah. Dah pukul 7.12 petang. Saya nak sediakan air milo untuk berbuka. Pastu tengok-tengoklah makan apa yang ada.
Selamat berbuka untuk semua.
6 comments:
wwaa..cantik sangat! nampak pun dah sedaapp :-)
sedapnyaaa nampak...
bila la saya nak pandai buat kek red velvet ni..hehehe...
(sebenarnya malas) :P
memang syedappp
thanks IRMA
Irma, kalau nak tempah Red Velvet ni brp RM? nampak sungguh menyelerakan.
Shikin.
Irma, kalau nak tempah berapa RM? Nampak sedap sangat ni.
Shikin.
shikin., red velvet 2kg rm90
mini red velvet 1kg rm60
Post a Comment