Thursday, August 25, 2011

PadaMu kekasih...

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan pada hari yang ke 25.

Tadi lepas solat Subuh di surau berjemaah, sambil menonton MHI di tv, saya baca status terkini kawan-kawan di FB. Saya tersentuh dengan status dari seorang kenalan jauh. 

Statusnya berbunyi begini...

Aku lihat RAMADAN dari kejauhan.... lalu ku sapa ia, "Hendak kemana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin lama... Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama "MUKMIN". Syawal akan tiba sebentar lagi.... :) Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan taqwa.

Phewww... terus hati yang sedia sebak menjadi bertambah sebaknya. Allah. Allah. Allahu akbar. Rasa sedih mahu meninggalkan kekasih yang bernama Ramadhan untuk menyambut kedatangan kekasih yang bernama Syawal. 

Entah kita dapat tidak berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan.

Allah...


 

5 comments:

lina said...

salan irma - Benar sama sekali ramadhan akan meninggalkan kita just around the corner...sgt pilu, sebak...semua perasaan ada.

Eliss said...

sedihkan. sekejap ajer dah nak abes ramadhan. terawikh pun banyak lubang :(

Unknown said...

Sangat sedih. Walaupon puasa kat sini duration-nya panjang tapi macam tak sangka sekejap je dah nak masuk Syawal...

Moga2 kita sempatlah berjumpa dengan Ramadhan tahun depan, InsyaAllah.

anumuchan said...

sedih jugak nak tinggalkan ramadhan ni..sobsob

Asmara said...

Mudah2an bertemu lagi Ramadhan akan datang. Amin YaRabbal Alamin..