Saturday, August 20, 2011

Keletihan sambil menunggu kek dibakar. Ngantuk.

Assalamualaikum wbt.

Salam ramadhan yang masih berbaki 10 hari.

Sedar tak sedar ( kena sedar diri) dah 20 hari kita menjalani ibadah puasa. Di malam hari menunaikan solat terawikh dan tahajjud bagi merebut pahala yang berkali ganda lebih dari Allah swt. 

Sambil menunggu kek saya masak, saya terfikir satu perkara. Sepanjang ramadhan ni saya sering keletihan selepas maghrib. Habis je solat maghrib mesti terlelap sekejap. 

Sungguh saya terasa malu bila letih bukan kerana beribadat. Letih kerana menyiapkan tempahan kek, tempahan untuk berbuka dan juadah moreh setiap hari. Setiap petang memang tak menang tangan buat sorang-sorang kerja di dapur.

Nak sedapkan hati, saya pujuk diri. "Moga usaha saya untuk mengembirakan mereka di bulan puasa ni diterima Allah sebagai amalan kebajikan juga." 

Jom.. sama-sama kita rebut 10 malam terakhir ramadhan. Walaupun sedikit yang penting nawaitu kita. Ikhlaskan hati. Hanya Allah yang tahu.

Ok... dah. Nak pegi masukkan loyang terakhir kek dalam oven.




3 comments:

abah khalisha said...

Pastikan kek yang ditempah orang tu, betul-betul berkualiti dan sedap. Orang pasti gembira! Selamat Hari Raya

Bila Wanita Shopping...

Unknown said...

Sabar ye Kak Irma, rezeki bukan datang selalu kan :) Kalau Ain kat Malaysia, nak jugak Ain tempah kek kat akk! hehe.

Azira Y said...

teacher saya seorang baker, dan dia juga menceritakan perihal ramadannya yg sama spt kak Irma. letih buat kek, terawikh pukul 2 pagi br dpt buat... sy yg mendengar pun letih. namun sy harap org2 mcm kak Irma dan teacher terus diberikan kekuatan dan kesihatan yg baik utk menjalani kehidupan ni. sabar ya kak Irma, mencari rezeki juga kan satu ibadat :)