Tuesday, August 23, 2011

Lagu Terbaik Dunia. Asmaul Husna.

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan hari ke 23.

Tinggal 6 hari lagi ramadhan bakal berlalu. Jangan cakap banyak. Meh kita gunakan sebaik-baiknya untuk TOP UP amalan kita. Cara macamana. Kita sendiri fikirkan. Pentingnya sentiasa perbaiki niat untuk melakukan kebaikan. Jangan takat niat. Mesti buat. Insyaallah kan. 

Tanya semua orang. Siapa yang tak nak masuk syurga. Cara dan bagaimana saja yang membezakan jalan kita untuk ke sana. Jalan lurus atau jalan yang sentiasa bersimpang siur. 

Saya nak kongsikan dengan anda lagu Asma Ul Husna yang diberi nafas baru oleh Dr Ary Ginanjar Agustin. Beliau seorang pakar motivasi dari Indonesia. Juga merupakan pengasas ESQ Leadership Center. 


Selain dari versi Dato' Siti Nurhaliza. Saya rasa versi ini juga mampu menyentuh hati yang mendengar. Lagi-lagi bila didengar dengan rasa ingin muhasabah diri. Terasa banyaknya kekurangan diri, dosa dan kelalaian yang dilakukan setiap hari. Astagfirullah. Hati tak henti-henti mahukan perubahan. Diberikan kesempatan dan umur yang panjang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk hari-hari mendatang.

Bila datang esok hari baru. Masih lagi lalai dan niat berlalu sahaja tanpa amal. Ya Allah ampunilah daku hambaMu yang sentiasa lemah melawan nafsu jahat.

Moga dengan kehadiran Ramadhan yang masih berbaki ini, Allah campakkan rasa untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Tak banyak, sikit pun jadilah. Dari sikit tu moga hari ke hari jadi banyak. Insyaallah.

Ya. Jom kita buat. Moga amal kita diterima Allah sebagai bekalan untuk kita meraih syurgaNYA.

Nak masuk syurga tak? :)



2 comments:

Ummu~Ishak said...

irma,
Dr Ary/ESQ pernah dilabel sebagai 'merbahaya'.. so kena hati2 dengan depa ni

nursafa amanda said...

salam,sebelum kita dengar2 dan terus nak judge seseorang. sila tabayyun dahulu kesahihannya.jangan main ikut je apa yang dikatakan oleh mereka .jzk