Di saat semua orang sedang lena beradu, saya masih lagi segar mata mengadap laptop. Eheee... dah puas tidur dua tiga hari ni. Alhamdulillah. Minggu ni dapat rehat yang cukup. Masa order tak banyak ni lah saya pulun cover balik hari-hari yang mana saya tak cukup tidur. Sambil baca buku pun boleh lelap. Punyalah banyak masa sengang. ;)
Malam ni saya mula berjaga kembali untuk menyiapkan tempahan esok.
Tadi, masa saya duduk tengok Johnny English, sambil saya pecahkan telur nak asingkan kuning dan putih telur. Sampai pada telur yang ke empat ( tak silap la), apasal susah sangat nak pecahkan. Dua tiga kali juga saya cuba tapi tak berjaya. Nak buat kasar takut kuning dia pecah. Itu yang saya nak elak sangat.
Selepas percubaan yang ketiga, dapat juga pecahkan kulit telur sikit. Bila dah nampak kuning telur, tiba-tiba saya rasa pelik. 'Eh.. kenapa nampak macam ada dua biji kuning telur ye?'
Saya goyang-goyangkan kulit telur tu nak bagi nampak jelas. Pelik. Cepat-cepat saya kupas sikit lagi kulit telur dan tuangkan kesemua telur dalam bekas kosong.
Naahh..! Memang ada dua!!!
Subhanallah. Masyaallah.. Allahuakbar..!!!
Seronok saya tengok sampai tak habis-habis senyum panjang.
Tanpa buang masa, saya ambik gambar. Saja. Seronok-seronok!
Seperti biasa, gambar yang luar biasa bagi saya ( jakun sekejap!) terus share dekat FB. :)
Rupanya bagi Bakers yang lain dah biasa jumpa kes macam ni. Saya je yang baru pertama kali. Kata Kak Wanie, dia panggil kuning telur ni dengan nama 'Telur Bandung . Jangan tanya saya kenapa namanya begitu. Saya pun tak tanya balik kat Kak Wanie. Kata dia lagi, biasanya telur gred A atau AA memang biasa dapat telur kembar macam ni.
Ada kes lagi, saya Google dekat internet (kes teruja) ada yang pernah dapat sampai tiga atau empat kuning telur dalam satu biji. Waaahhh!! macamana tu ye? Saya yang jumpa dua ni pun dah teruja. Jumpa empat terus kecoh seminggu kot! ~melampau betul~ :D
Inilah gambar kuning telur yang saya jumpa. Segala puji kembali pada Dia yang menciptakan telur sebegini rupa. Subhanallah! Tengok telur ni pun boleh buat saya gembira.
Akhirnya... telur ini selamat menjadi sebahagian adunan untuk Kek Karamel di bawah.
Bagi yang bertanyakan resepi... Maaf ya, resepi ni takde dalam blog saya. Saya sendiri ambil resepi kek karamel ini dari internet. Kalian taip saja Kek Karamel di Google. Semua resepi bersumberkan pada resepi yang sama. Resepi dari Kak Munira Baharum. Insyaallah, korang kena rajin sikit (baca :banyak) untuk baca dari pelbagai sumber. Ada yang baik hati siap bagi tips dan kaedah satu persatu lagi.
Penting sekali... jangan baca saja. Kena lah cuba baru tahu jadi atau tak kan. ;)
Kalau dah malas sangat.... meh la telefon atau sms saya. Order terus. hihi.
Jangan pulak telefon tanya, ' Akak ada buat kelas ajar kek karamel tak?'
Jawapan saya, ' Maaf ya, buat masa ni belum lagi.' Jangan kecik hati ya. Bukan tak nak ajar. Belum sampai masa lagi nak buka kelas. Doa-doa lah, mana tahu kan. Nanti... nanti. :)
Ok... nak sambung buat order trifle pulak.
Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. :)
Korang pernah dapat kuning telur kembar dua. atau tiga. ---> lagi best kembar empat?
11 comments:
sedapnya kek ni...rasa mcm nak order ajer....kalau order, berapa hari in advance yer nak kena order? ingat nak mkn utk 28 april nanti (my bday :p)
pernah kak..dan keterujaan sy pun lebih kurang macam akak..hihi..
saya pon ada dpt baru2 ni.. 2 biji lg.. masa nak buat kek karamel.. pakai telur gred AA...hihihi..
Wahhh kady tak oenah jumpe lagi gini.. Kuning dia tu memang dok sebekah menyebelah ke kak?
pernah dpt skali dua kuning camni, jakun kejap aritu
last week nieda ada dpt telur kuning 2 ni.. mmg betul kalau beli telur gred a or aa mmg ada. mula2 pelik apsal telur ni besar sgt, bila pecahkn baru perasan ada 2 kuning
wow! kek tu mmg nmpk sdp sgt2.. sy pon dah 2 ke 3 kali jumpa telur kembar mcm tu sepanjg hidup ni..hehe..teruja kan.. subhanAllah..
=)
k irma, anis pun penah dapat telur kembar cmni.
dulu masa blk asrama, grg telur, jmp telur kmbar. tahu ape anis buat???----buang!!!! hik hik hik :P
anis igtkan telur rosak.
bila bgthu mak, mak kata boleh makan la. hehehe..
telur kembar dah jmp.
nak anak kembar pulak lah. heheheh..
ameen ameen! doakan, mana tahu rezki ktrg kan =)
selama baking ni... belum pernah jumpa lagi...
Irma,
biras akak selalu kata dia suka gi blog irma..tapi akak tak lak tanya irma mana..jalan2 jumpa nama irma kat rumah rose..tu yg dtg jenguk..banyak resipi menarik kat sini...suka suka
saya dapat jumpa sekali pertama kali dalam hidup....x terasa apa pon...lepas tu disahkan mengandung kembar....teruja sangat...alhamdulillah....lepas2 tu terjumpa...dah suspens...nak dapat kembar lagi ke ni? hehehehe
Post a Comment