Tuesday, April 24, 2012

Umrah Ziarah 2012 : YSL Kuoros.

Assalamualaikum wbt.



Ini entry selingan saja. Bukan penting pun. Saya je yang teruja sebab dah jumpa. ;)

Masa kejadian berlaku (cewah. macam kes polis la pulak) kami tengah tunggu nak check in flight ke Madinah dari Turkey. Ada lebih kurang sejam lebih sebelum dipanggil masuk ke dalam kapal terbang. Masa yang ada saya isi dengan jalan-jalan sekitar kedai bebas cukai airport. Bukan nak beli apa pun. Sekadar cuci mata. 

Ada la sekali saya tolong seorang pakcik belikan aiskrim Turkey. Tu nanti saya cerita lain entry. 

Dah habis jalan semua kedai kecuali satu je bahagian yang saya tak masuk. Bahagian ni memang saya tak berapa minat. Dek kerana masa yang ada, saya pun masuk la jugak bahagian ni.

Tahu bahagian apa. Bahagian kosmetik dengan segala macam perfum ni. Saya bukannya reti hal-hal minyak wangi. Ada pun sebotol je la perfum Cool Water yang saya beli dekat car boot sale 3 tahun lepas. Tak habis-habis pun lagi. Mana nak habis. Sembur pun sekali je dekat pergelangan tangan. Buat syarat dah ada perfum. :)

Dalam duk pusing-pusing nak kenal perfum bagai, saya teringat dekat satu perfum . Senyum saya bila tengah tulis ayat ni. Haha. Dah lama saya cari. Asyik duk baca je dalam novel. Nampak sangat saya duk ulang baca. ;P

Pernah saya cari dekat Jusco. Tapi saya segan nak tanya dekat SA yang duk jaga bahagian perfum. Dah tak jumpa, saya balik je terus. Sampai la bila dekat airport Turkey saya teringat balik pasal perfum.

Gigih saya cari dari satu rak ke satu rak. Cari punya cari baru lah jumpa . Elok je duk bersusun bahagian bawah sekali.

Haaaa.. haaa.. akhirnya. Setelah sekian lama mencari, baru lah jumpa wangian yang dipakai oleh Aiham Fakhri. Dalam hati, 'ohh... macam ni ka bau dia.' ;P

Dah jumpa dan tahu bau dia terus saya beredar balik ke tempat mak dan mak saudara menunggu. Sambil duk tunggu sambil duk cium pergelangan tangan. ~ Nasib bukan dalam keadaan ihram~ ;P

Korang tahu siapa Aiham Fakhri? Sapa kenal.. angkat tangan!! :D



 

5 comments:

kathy said...

sy pun x reti bab2 perfume ni kak..bak kata akak, guna utk syarat je..tu pun kdang2 lupa nak pakai..adeh..

zard said...

Aiham Fakhri - Takdir Fitrah Terindah? ;)

Hanis Azla said...

saya kenal Aiham Fakhri tu.. he..he.. sekarang dah tahulah macam mana bau Aiham Fakhri tu ya.. sebenarnya botol yang tu baunya tak berapa sangat wp namanya masih sama.. tp kalau YSL Kouros yg lama dgn botol clear baunya sgt menawan.. en.asben saya pakai perfume tu waktu zaman bercinta.. sampai skrg saya teringat2.. he..he.. saya pun mcm tu klu baca novel.. mesti nak cuba cari apa2 yg dalam novel utk menjiwai watak..

Hanis Azla said...

saya kenal Aiham Fakhri tu.. he..he.. sekarang dah tahulah macam mana bau Aiham Fakhri tu ya.. sebenarnya botol yang tu baunya tak berapa sangat wp namanya masih sama.. tp kalau YSL Kouros yg lama dgn botol clear baunya sgt menawan.. en.asben saya pakai perfume tu waktu zaman bercinta.. sampai skrg saya teringat2.. he..he.. saya pun mcm tu klu baca novel.. mesti nak cuba cari apa2 yg dalam novel utk menjiwai watak..

susumanis said...

hehe..sib baik baru baca novel hanis,x la tercengang n google cari sapa aiham fakri ni...peh ni nk g cari n bau jugak la..hehe