Wednesday, April 4, 2012

Umrah Ziarah : Turkey.

Assalamualaikum wbt.

Salam hujung minggu...!

Hiaaarrgghh... nak kena lawan rasa ngantuk. Cuaca pun seakan mengajak saya sambung tidur dan tarik selimut kembali. Seronoknya bermalas-malasan di hujung minggu. Tapiii... bukan untuk saya. Jenuh tadi lawan ngantuk. Dah la semalam tidur lambat. Hari ni kena sambung lagi kerja. Mata mengantuk. Otak pulak berhempas pulas mengarahkan badan supaya 'bangun.. bangun..!!' Sampaikan berjalan pun mata duk pejam lagi. Aiyaakk!

Sekarang dah ok. Lepas pekena kopi secawan. Mata pun tak payah sangkut kayu dah nak bagi celik. Sambil tunggu kek masak. Saya ambil kesempatan ini untuk coretkan sesuatu di sini.

Saya ada baca komen sorang pembaca tanyakan tentang tips semasa di Turkey.

Eehhhmmm... ya Allah. Hati ini sentiasa (masih) teringat masa-masa berjalan di sana. Menjejaki sisa-sisa semangat Al-Fatih yang ada di sana. Sambil tu teringat dekat Fatih Kak Siti. Teringat dekat Kak Siti pun ya. Kan seronok kalau Kak Siti yang jadi pemandu pelancong saya. Kak Siti minat sejarah. Lagi-lagi sirah islamiyah. Mesti lagi seronok jalan-jalan saya di Turkey.

Tips saya...

Pertama : Baca.

Banyakkan membaca sirah-sirah dan maklumat am berkaitan Turkey. Tak kisah la korang cari dekat internet. Baca dalam buku. Nak lagi semangat beli buku-buku travel pasal Turkey.

Saya... hehe. Saya banyak tahu pasal Turkey melalui novel dan buku. Sebelum pergi Turkey saya baca dua novel dari Anis Ayuni dan Saidatul Nisa. Sebelum pergi, bila baca dua novel ni tak dapat bayangkan macamana tempat yang dorang ceritakan. Dalam hati terdetik, 'bestnya Turkey.. bestnya dia dapat pergi.'

Selain dari novel, saya baca juga buku karangan Ustaz Hasrizal bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih dan buku sejarah tentang Sultan Muhammad Al Fatih karangan Abdul Latip Talib.

Tak boleh nak harap sangat dengan pemandu pelancong. Baik kita banyakkan membaca dulu.

Masa tu rancangan untuk pergi umrah ziarah Turkey belum muncul lagi. Jadi angan-angan tu memang tinggi. Angan-angan je lah. Sampailah tengah tahun 2011 mak menyuarakan hajat dia nak pergi umrah. Kali ni nak pegi umrah dengan ziarah. Sekali mak kata nak pergi Turkey. Dalam hati, 'bestnya..' Lagi best mak kata kita pergi dengan Njang.' Siapa kita tu?' Mak nak bawak siapa?

Sekali maksud kita tu saya. 'Masyaallah... betul ke ni!' Dalam hati je. Segan nak tunjuk rasa teruja depan mak. Kata mak, 'Tahun ni mak bawak Ima. Tahun depan ada rezeki mak bawak adik pulak.'

Kedua : Kekalkan wudhuk.

Turkey mempunyai 1000 buah masjid ( barangkali lebih atau kurang. Wallahua'lam) untuk menampung jumlah penduduk sebanyak 80 juta orang di mana majoriti adalah Muslim.

Antara masjid yang kami lawati ialah Grand Mosque, Bursa. Blue Mosque, Istanbul. Sultan Suleymaniye Mosque, Istanbul.

Ambil peluang yang ada untuk berniat iktikaf di masjid ( walaupun sebentar) dan mengerjakan solat tahyatul masjid.  Tak lupa solat dhuha juga. Kadang bila masa melawat kena waktu solat fardhu. Teruskan dengan solat berjemaah. Bukan selalu dapat peluang.

Masa ni kita dapat tengok masjid sesak dengan jemaah tak kira lelaki atau perempuan. Seronok walaupun berebut tempat nak solat.

Masa kami pergi, Turkey sedang mengalami musim sejuk. Siap turun salji lagi. Sejukkkss! Memang bercinta sangat nak ambil wudhuk. Dah la dengan baju berlapis-lapis. Stokin. Tudung. 15 minit je dalam tandas. Kadang bila dah ada wudhuk, nak terkucil pulak. Aaaargghh.. memang la kena pergi tandas. Dah tu kat sana tandas awam mana ada air panas. Ketar tangan bila kena air. Sejuk sampai ke tulang.

Saya bukan mengeluh ya. Nak cerita kat korang musim sejuk kat sana macamana. 

Ketiga : Baju sejuk.

Bergantung pada cuaca. Datang Turkey masa musim selain panas tak perlu bawa baju sejuk. Ketebalan dan berapa lapis bergantung pada musim. Masa musim sejuk semestinya berlapis jugak kena pakai. Lebih lagi pada mereka yang tak biasa. Musim bunga rasanya cukup dengan sweater atau cardigan saja. Kadang dekat sana, tak sejuk. Angin kuat sampai tudung melayang. 

Keempat : Masakan.

Hari-hari makan roti. Saya suka makan roti. Kat mana-mana ada je pakcik jual roti. ;)

Setiap hidangan MESTI ada roti. Tak kira sebagai menu utama atau sampingan. Roti dorang sedap! Lagi-lagi bila dapat makan dengan sup. Saya layan je walaupun ramai ahli rombongan lain yang tak boleh terima. Kesian kat dorang.

Mesti pakcik dan makcik duk terbayang asam pedas.. masak lemak cili padi. Tak pun kari. hikkss.

Kelima : apa lagi eh? Oh ya. Bahasa.

Kebanyakan orang Turkey tidak tahu berbahasa inggeris. Melainkan mereka yang bekerja dengan sektor pelancongan. Memang susah betul nak berkomunikasi dengan mereka.

Pengalaman saya masa nak beli adaptor ( kat sana pakai adaptor 2 pin) kat kedai sana. Jenuh nak fahamkan dorang dengan apa yang saya cakap. Dorang langsung tak faham. Last saya dapat idea. Saya minta penyambut tetamu hotel tulis atas kertas perkataan adaptor dalam bahasa Turkey. Sampai kedai tinggal nak tunjuk je kertas. Then dorang pun bagi apa yang saya nak. Phewww.. LEGA!

Nak lagi dasyatkan... pekerja hotel bahagian dapur, bila saya minta air panas pun dorang tak tahu 'hot water' tu apa. Memang macam itik dengan ayam je bercakap. Langsung tak faham. Ggrr..!

Walaupun tak faham dan tak boleh nak berbahasa. Bila jumpa mereka di masjid, bila bersalam dengan yang lebih tua. Ada tu siap kena cium tangan. Malu saya. Terbalik! Patut saya cium tangan mereka. :)

Saya pun sebenarnya tak tahu nak share apa lagi. Saya bukan pergi sendiri. Ikut rombongan.  Saya juga tak kisah makan apa. Pentingnya Halal. Tak kisah tidur di mana. Asal boleh hilangkan letih dan solat.

Apa yang penting... manfaatkan peluang yang ada. Enjoy budaya, makanan dan cara hidup mereka. Best sangat!

Saya sendiri tak puas jalan-jalan kat sana. Nak pegi lagi. Berdua. ----> hehe. Gatal. :)








Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang Turkey. Boleh baca di blog Mamasya. Cerita dia lebih detail dan banyak gambar. Saya tengok pun jeles. Memang rasa nak pergi lagi.

Abaikan intro yang seperti dah ketinggalan zaman. Saya mula menulis hari Ahad. Publish hari Rabu. Bijak kan! ;P





9 comments:

Unknown said...

Jauh berjalan, luas pandangan. Walau sedikit perkongsiannya, dapat juga membantu mereka2 yg teringin nak ke Turki. Akak? takde kemana niat ni, nak ke Mekah je kalau ada rezeki.

Unknown said...

timakasih banyak2 dik irma. akak dah fwd blog irma kat adik. insyaallah mak & adik akak akan bertolak utk umrah-ziarah turki jumaat depan, ikut andalusia jugak. akak mmg kepingin sgt2 nk ke turki. tapi ketapi panjang sangat.. kos pun paaaanjang jugaklah.
p/s: buku travelog turki (jhaz kitaro) dah 2x khatam dah. dah 2x sampai turki dalam mimpi. hehe..

kathy said...

teringin sekali nak ke sana..

Aidah said...

teringin nak melancong ke turkey..
teringin nak menunaikan umrah.. rancangan umrah dan ziarah yang belum terlaksana..

eLLy said...

Pagi nie pun hujan memang rasa nak tarik selimut :p

mama aleen said...

seronoknya..

Ummu~Ishak said...

'berdua' tu ngan sapa? hehh

Mama Zharfan said...

turkey ni tempat goledn dream my hubby..dia teringin nak ke sini..my golden dream dh tercapai (paris :))

Hanis Azla said...

thank you untuk tips2 tu.. dptlah serba sedikit panduan yg baik ini..