Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi... Selamat bersiap-siap nak ke tempat kerja. Tempat kerja saya dekat je. Jalan dua langkah dari katil dah masuk pejabat satu. Keluar dari bilik, jalan sebelas langkah dah masuk pejabat dua. Best kan..? Keja dari rumah. :)
Hari ni tempahan ada tiga saja. Satu nak ambil lepas Zohor dan dua lagi lewat petang.
Pagi ni... boleh la saya bermalas-malasan depan laptop. Duduk mentadah muka tepi tingkap menikmati udara pagi. Nyaman. Rasa bersih paru-paru dapat sedut udara segar. Alhamdulillah...
Memandangkan saya ada banyak masa sekarang sebelum masuk pejabat kedua. Saya nak kongsi gambar musim luruh sepanjang saya berada di UK.
Musim luruh sering mendapat tempat di hati pencinta alam semula jadi. Terasa dekat diri dengan Sang Pencipta ketika menikmati keindahan alam sekeliling... Subhanallah...
Musim luruh pertama saya di London. Pokok-pokok ni selalu menjadi santapan mata kerana kedudukan dia yang terletak di depan perhentian bas 244. Setiap hari memang akan lalu jalan ni nak hantar Maryam dan Fatih ke sekolah.
Musim luruh pertama saya di London. Masa ni tak berapa reti lagi bab hal ehwal pokok. Bila dah masuk je musim terus plan nak pergi taman. Sedangkan pokok masa tu belum kuning sepenuhnya lagi. Masih hijau kebanyakan bahagian.
Antara faktor utama yang mencantikkan pemandangan musim luruh ialah matahari. Bila matahari menyimbah bumi. Subhanallah.. cantiknya tak terkata.
Cantikkan... masa ni matahari memang bersinar garang. Bestnya sana... matahari menyinar garang pun, cuaca tetap sejuk. Susah nak berpeluh.
Bersambung...
Mana cukup satu entry untuk gambar sepanjang tiga tahun kat sana. Heeee. ~alasan~
9 comments:
musim cuaca sana sgt mempengaruhi warna daun pokokkan..?
comel2 gambarnya.. boleh buat photobook, koleksi gambar2 ni :)
rindunya nak tgk autumn live depan mata...
subhannallah..cantiknya kak.. tgk dlm gambar lagi dah x terkata..apatah lagi kalau tgk betul2..
Alhamdulillah bertuah akak pernah juga merasa tengok depan mata semua ni..semua kejadian Allah itu indah :) Salam kenal dr saya Hanna :D
ntah bila lah saya dapt g sana utk mersai pengalam cam akak ni.. :-)
subhanallah ! sgt sgt cantik. teringin nya nak mrasai pngalaman yg sama mcm akak :)
cantiknya.....
november dah masuk bulan ape ek??
Post a Comment