Tuesday, April 7, 2009

Cuti Sekolah Dah Bermula


Assalamualaikum wbt

Salam cuti sekolah di UK ni.. Arrrgghhh..amboi..baru tulis sepatah dua dah menjerit. Melampau betul la bibik ni. Bingit telinga orang mendengar. Mahu pecah gegendang telinga. Eceehhh.. menjerit dalam hati je la. Kalau nak menjerit kat dalam rumah pun ok apa. Bukan orang luar boleh dengar pun.

Hari ni dah masuk hari kedua cuti sekolah merangkap cuti easter. Sekarang ni boleh la lagi nak mengadap internet. Bangun tentera-tentera bergajah saya seramai empat orang tu. Mahunya berperang saya sampai petang nanti. Mana nak layan makan. Dah lepas kenyang perut. Nak main la pulak. Ajak keluar jalan-jalan. Tak pun rumah ni dibuatnya macam taman. Boleh pulak mereka main skooter pusing rumah. Dah benda satu bila direbutkan oleh empat orang mahunya tak pecah rumah ni dengar fatih menjerit. Tak bagi orang lain pegang skooter dia. Haii, kalau tak sabar memang terangkat dah suara ni.



Tengok gambar di atas ni. Muka bangga nak kata skooter tu dia punya. Tak tahan betul. Geram. Pantang orang lain pegang sikit. Mula la terjerit-jerit marahkan kakak-kakaknya.




Eceehh..tengok..tengok..kaki tu. Sebelah kaki dah mencecah lantai. Dengan senyumnya lagi. Haii.. sapa berani marah-marah dengan budak ni. Sayang lagi ada la. Makin besar makin keletah. Tu nampak tak kat tangan dia pegang apa. Hahaha. Itu memang tak boleh nak lari. Kakak ada tiga orang. Anak patung memang macam-macam bentuk ada. Nasib dia pegang yang tu saja. Buatnya dia pegang barbie. Tak ke haru.


Dah habis mereka menghuru-harakan rumah. Petang pukul 2.30 petang kak ct ajak ke Greenwich Park. Kami nak mengharu-birukan pulak park dengan aksi kami yang memang dah kebosanan di rumah. Err, kak irma yang bosan sebenar-benarnya. Walaupun dah puas meroyan di car boot hari Ahad lepas. Masih lagi nak keluar ambil angin.


Lepas siap masak untuk makan malam. Kami pun tunggu ummi di luar rumah. Cuaca cerah tapi berangin. Habis berterbangan tudung saya. Nasib tak terkeluar saja. Ingat malas nak pakai sweater. Tapi sebab tudung dah berterbangan. Kena la pakai jugak.




Macam ni la suasana bila hari cerah dan berangin. Ramai yang lepak dan bersantai di atas rumput. Kalau nak tengok aksi 18SX tanpa larangan datang la ke mana-mana tamana di London. Mesti tak menang tangan malaikat Atid nak catat amalan. Nauzubillah.

Sampai je di taman, Maryam nak main buai. Ajak main permainan lain dia tak nak. Paham je la kalau dengan Maryam. Mana makan saman. Dah la ramai orang dok tunggu nak main. Yang tengah main pun memang tak reti-reti nak turun bagi peluang kat budak lain main. Nak hangin pun tempat awam. Nak tak nak kena la tunggu.



Ada satu cerita semasa saya tunggu giliran untuk bermain buaian. Seorang tua dengan cucunya menunggu giliran nak main buaian juga. Sampai satu masa buaian kosong dan dia cepat-cepat meletakkan cucunya atas buaian. Tiba-tiba datang seorang lelaki menegur orang tua ni. Dia kata anak dia tunggu dulu. Patutnya giliran anak dia. Baru cucu orang tua tu. Tapi orang tua ni tak nak mengalah. Dia tetap menghayun buai untuk cucunya. Lelaki ni hangin la. Entah apa yang di cakap pada orang tua tu. Tak lama lepas tu, terus dia turunkan cucunya dan berlalu pergi. Sedihnya saya. Bergenang sekejap airmata saya melihat adegan kurang hormat tadi. Apa la salahnya kalau tunggu sekejap lagi. Beri peluang sekejap pada orang tua itu untuk menggembirakan cucunya. Lepas dia sound orang tua tu, boleh dia duduk dengan isteri sambil buat aksi penuh kasih sayang. Ceett, apa kau ingat saya peduli ka. Takde maknanya lepas apa kau buat dengan orang tua tadi. Hai.. memang sedih. Merosakkan emosi petang saya je.

Sampai giliran Maryam ada pulak budak africa datang. Dia cakap Maryam patut main di buaian baby. Yang ada palang tu. Adooyaaiii.. anak saya dah besar panjang. Buai tu entahkan muat. Entahkan tidak. Tak kuasa saya nak tunggu lagi. Maryam pun sama. Dah sampai giliran dia tak nak turun. Puas jugak la memujuk bagi peluang pada kakak pulak. Sampai satu tahap, saya cakap. Nanti suruh abah beli buai pasang belakang rumah. Maryam sorang je main. Itu tandanya ayat geram dari saya. Hahahaha.






Comel tak..? comel kan..kan..kan.. Mana ada budak tak comel. Semua comel. Nama dia Megan. Kenapa saya ambil gambar dia..? Sebab dia suka kat saya. Ecehh. Ayat perasan betul. Tapi memang betul. Setiap kali dia lalu depan saya, dia akan pegang tudung saya. Pastu dia senyum-senyum pandang saya. Tu bukan ke maknanya memang dia suka kat saya ke? Itu belum lagi saya cakap dengan dia. Mahunya terus peluk kot. Hahaha. Suka. Suka. Dia pun bagus. Tak kenal tentera bergajah saya pun, dia boleh masuk main bersama. Sampai masa mak dia panggil balik pun. Dia tetap main jugak. Eh, ke dia tak sampai hati nak tinggalkan kakak comel ni. Kah kah kah. Takde makna pun. Cukup la tentera-tentera bergajah saya seramai empat orang ni. Tak terlayan kerenah mereka.






Ini kakak pendek. Ada hati mahu bergayut atas palang. Nak bergayut kena dibantu. Tak sempat nak lama dah sakit tangan. Tak pa kakak. Esok cuba lagi.




Perhatikan apa yang kurang pada gambar ini. Sapa nampak memang korang pandai. Kah Kah Kah.



Rezeki dikongsi bersama. Hari ni rezeki burung dapat makan bertih jagung. Ehm, kalau ada wayang pacak percuma lagi best kan. Bayangkan burung ni terbaring sambil makan bertih jagung. Eceehh.. apa punya ayat ni. Tak pasal-pasal burung jadi bahan angan-angan mat jenin. Ceehh..




Ini satu lagi adegan yang merosakkan mood petang hari saya. Tak jadi nak jalan-jalan pusing taman. Baru nak jalan je dah berlari-lari dua tiga ekor anjing yang tak diikat. Nak tak nak kami pun ambil keputusan balik.





Hooreeyy... adegan yang mengembalikan mood gembira sebelum pulang ke pangkal jalan. Err, pulang ke rumah la. Rasa macam nak tidur kat taman je. Berbumbungkan langit berhamparankan bumi. Haiiiyoooo, berangan tahap apa ni.


Masa ambil gambar ni kakak tak nak. Jadi la dua orang ni saja model tak berbayar saya. Masa ni bunga daffodil dah hampir layu. Tertunduk malu je semua.



Maryam main-main pulak dengan saya.


Comel tak kami berdua..? Kalian memang sentiasa comel di hati saya.




Sekian sahaja untuk hari ini. Memang penat bila anak-anak seharian di rumah. Err, macam tu la rasa bila jadi suri rumah tangga ya. Tapi nanti bayangkan, siang bekerja malam dengan anak-anak. Saya sampai pukul 8 malam paling lambat bersama mereka. Selepas itu, saya dah boleh rehat. Tapi kak ct kena la tunggu sampai fatih tidur baru boleh rehat. Macamana tu irma. Awak dah bersedia ka?

Wassalam. Saya Sayang Kamu.

Saturday, April 4, 2009

Sedap dan Yummy


Assalamualaikum wbt


Salam hujung minggu. Sedapnya kalau dapat bermalas-malasan tanpa gangguan. Huhu. Jangan berangan la irma. Bibik mana boleh malas-malas. Mengelat boleh. Macam sekarang ni. Sambil basuh baju menaip entry blog. Haha. Jangan jeles. Jangan jeles.


Anda terliur dengan gambar di atas. Saja je saya ni kan. Mana nak dapat murtabak biskut kering ni kat kedai. Kah kah kah. Melainkan anda memang rajin nak menyingsing lengan bertungkus lumus dengan penuh kasih sayang membuatnya di rumah. Rajin.. rajin ke..?


Kalau anda seorang pembantu rumah macam saya memang la kena jadi rajin. Rajin mencari resepi baru yang memang sedap untuk dihabiskan oleh anak-anak. Baru seronok nak memasak hari-hari.


Bukan senang oooo.. nak tackle selera budak kecil. Macam saya, ada empat orang anak. Bukan anak saya. Saya ada anak tekak dan adik beradik yang sama dengan anak tekak je. Hehehe.


Meh nak cerita nak bagi panjang entry. Hahaha.


Anak saya yang sulung OK. Dia tak cerewet dalam soal makan. Apa yang saya masak semua dia makan. Sebab selera dia stabil. Melayu boleh masuk. Barat pun dia boleh makan. Tak kisah. Kalau sedap dia makan banyak. Kalau tak kena dengan selera dia makan sikit. Yang bestnya dia ni, pandai ambil hati saya. Hari-hari balik dari sekolah dia akan tanya. Kak irma masak apa? Nanti saya jawab la masak nasi. Hahahaha. Lepas tu dia akan menjenguk dalam kuali apa yang saya tengah masak. Dia tanya. Ni nak masak apa? Kalau kena saya masak makanan kegemaran dia. Terus mulut dia akan berkata. Oh sedap. Saya suka. Bangga tak yah cakap la okey. Kalau budak kecil suka apa yang kita masak. Memang saya bangga sangat-sangat. Err.. tak nak la cakap bangga. Nanti jadi riak pulak. Mengucap. Ehm, dalam kata lain seronok la.


Kadang-kadang tu tak sempat saya nak hidang kat meja makan, dia dah tak sabar nak rasa makanan tu. Sibuk dia mencuit dalam mangkuk. Mulut tu tak yah cakap la. Dok sedap-sedap tak henti-henti. Ahaaa.. satu lagi dia tak kedekut pujian. Kalau sedap memang dia akan kata sedap. Kalau biasa dia cakap OK. Jadi saya boleh tahu apa yang dia suka dengan apa yang tak. Lain dengan Fatimah.


Ini cerita Fatimah pulak. Anak saya yang kedua ni memang cerewet pasal makan. Err, sebenarnya bukan la kategori cerewet. Selera dia ni lebih kepada makanan barat. Makanan Malaysia dia kurang berselera. Lagi-lagi nasi. Kalau tengok dia makan nasi sampai berjam-jam. Bukannya banyak sangat nasi dalam pinggan. Satu senduk tu lebih sikit ja. Tapi lamanya ya allah. Nanti sampai hujung-hujung nak habis tu lagi bertambah liat nak habiskan.



Kalau tanya dia nak makan apa. Memang dia akan sebut lasagna. Kalau tak nak masak lasagna, jangan tanya. Kalau dah tanya memang kena buat la. Masa tu memang nampak la selera makan dia datang. Hehehe. Sampai satu masa pernah sampai menangis-nangis minta lasagna.
Haa.. dia ni susah sikit nak memuji. Ehm, banyak kot. Kira kedekut la pujian. Bila saya tanya sedap tak? Jawapan dia. I don't know. Tanya la banyak kali pun. Memang itu la jawapannya. Tapi.. haa.. ada tapinya. Kalau makanan tu kena dengan selera dia. Tak payah tanya. Sekali dia suap dalam mulut je. Naah, terus dia cakap. YUMMY. Pernah sekali tu dia makan nasi goreng. Selalu susah nak suruh dia makan nasi goreng. Rumah ni tak laku kalau masak nasi goreng. Kalau masak memang dorang takkan makan. Tapi sekali tu dia makan. Sampai bertambah-tambah. jadi paham la ye.. kalau dah bertambah tu memnag sedap la jawabnya. Eceehh, setakat nasi goreng apa la sangat. Tak mencabar pun skill memasak awak irma.
Maryam dengan Fatih tak boleh baca lagi selera mereka. Apa yang saya suap dia makan je. Tapi jangan makan kalau ummi dia ada. Mesti banyak alasan nak elak makan. Kalau Fatih semestinya nak susu. Maryam pulak akan bagi macam-macam alasan tak nak makan. Dah la memang makan lambat. Kalau ada umminya bertambah-tambah la lambat makannya. Elok masa umminya takde dia makan je apa yang saya suap. Tapi bila umminya balik.Mula la tak nak sayur. Tak nak tu. Tak nak ini. Lagi bertambah geram dia buat macam-macam alasan atau melengah-lengahkan masa saya nak suap makan.
Memang kesabaran saya teruji bila bersama dia. Lagi-lagi bila masa makan. Memang lama. Paling lama dua jam nak makan. Paling sekejap pun sejam. Bila dah lama tu memang kering tangan nak menghabiskan makanan. Ni kita cerita bab makan je kan. Kalau perangai lain kena buat entry lain. Hehehe.
Err.. dia bukan ke umpama awak irma. Anak ketiga. Banyak perangai dia macam perangai awak irma. Hehehe. Itu la kelebihan saya. Saya boleh tackle dan sabar dengan kerenah dia. Apa yang dia buat, akan terbayang dalam kepala saya. Macam ni la saya kecil-kecil dulu. Ye ke mak? hehehe. Nanti balik saya tanya dengan mak. Ada banyak tak persamaan kami.
Apa pun, saya sangat beruntung. Bertuah. Dapat bekerja dengan kanak-kanak sebelum kahwin. Dapat memahami mereka dengan sepenuhnya. Cuba belajar mengawal perasaan bila bersama mereka. Dapat belajar cara-cara mendidik anak sepertimana yang ditunjukkan oleh kak ct dan akhi fauzi. Memang saya sangat kagum dan hormat cara mereka mendidik anak. Sangat sabar. Memang sangat-sangat bertuah. Alhamdulilah. Sangat-sangat bersyukur.
Esok nak pergi car boot lagi. YAHOO..!
Wassalam.
Saya Sayang Kamu.

Thursday, April 2, 2009

Demam

Assalamualaikum wbt
Dah seminggu batuk dan selsema tak baik-baik. Macamana nak baik. Ubat tak makan. Sekali je masa hari pertama batuk teruk minggu lepas. Lepas tu langsung tak makan. Nak salahkan sapa. Err.. sendiri mau hengat la kan. HuHuHu.
Pagi tadi dah makan ubat. Nak kena bagi sihat sebelum 11 April ni. Kena betul-betul sihat baru best. Nak jalan-jalan.
Saya memang susah nak makan ubat. Sangat-sangat susah. Pandai paksa Fateh makan ubat. Tapi kena kat diri sendiri. Langsung tak makan saman. Err.. maknanya saya ni kuat la kan. Tahan sakit. Atau saya ni penakut makan ubat. HaHaHa. Badan besar takut makan ubat. Takde maknanya.
Saya ni kalau sakit suka biarkan sakit tu baik sendiri. Memang la lama nak sembuh. Tapi saya tahan je la. Yang penting air masak minum dengan secukupnya. Sebab saya positivekan diri yang sakit itu kafarah pada dosa-dosa yang saya lakukan. Kalau sekejap sakit, maknanya sikit la dosa terhapus. Kalau lama maka banyak la dosa yang terhapus.. Err, boleh ke fikir macam ni. Hehehe. Cara saya nak positivekan diri sendiri. Keh Keh Keh.
Ni sambung balik tulis entry. Err, sekarang dah pukul 1.45 petang. Lepas hantar maryam depan pintu je. Kami pun keluar jalan-jalan. Hirup udara sejuk walaupun matahari terpacak atas kepala. Silau. Silau.
Dah tak tahu nak cerita apa. Kepala pening. Idea nak merapu takde. Hahaha.
Betul-betul sudah kering idea. Ada sesiapa nak tolong siram otak saya. Biar keluar idea merapu nak ditulis. Err, boleh tak nak request. Siram dengan air tebu. Kah Kah Kah. Demam-demam ni mula la mengada-ngada nak makan makanan Malaysia. Sedangkan kat sini berkotak-kotak jus ada. Tak teringin ke. Dah jemu la.
Nak maaakk.. huk huk..
Err, Saya Sayang Kamu. Itu tak pernah lupa.

Takde kerja

Assalamualaikum wbt

Tajuk entry ini memang sama dengan isi yang hendak disampaikan. Takde melencong atau tersirat disebalik tajuk. Anda tengok terus boleh faham.
Gelak dulu kejap. KAH KAH KAH.
Memang saya takde kerja. Kalau dengan Fateh macam-macam boleh jadi. Samada dia jadi saya atau saya jadi macam dia. Kalau saya jadi dia, saya akan menonton Upin dan Ipin setiap hari walaupun rasanya dah boleh hafal skrip cerita. Erkk, sapa suruh ajar dia tengok. Padan la muka. Tapi kalau sesiapa yang tengok muka dia masa saya baru buka youtube. Err, takde sapa yang tengok kecuali saya. HaHaHa. Memang berseri. Manis sangat. Geram giler bila dia buat muka macam tu. Muka budak tahan suka bila diberi apa yang disuka. Macam tu la. Dia suka tapi dia kontrol. Konon macho la. Eeeii, geram betul. Sebab tak dapat nak tangkap gambar masa tu.
Ha.. kalau dia jadi saya, terpaksa lah tengok Diari AF ke. Spa Q ke. bla.. bla.. bla... Banyak sangat nak sebut pun.
Satu lagi dia memang kena jadi model tak berbayar saya yang paling utama. HaHaHa. Nak harap orang lain semua pergi sekolah. Dia seorang je la yang saya jaga dari pagi sampai petang. Ke mana saya pergi memang dia akan ikut belakang saya. Tak nampak kelibat saya mula la mulut memanggil. Kalau dalam bilik air pun dia akan panggil dari luar. Memang tak boleh lepa. Tu kira dah kurang sikit banding masa kecil. Kalau dulu mahunya menangis tak boleh buat kerja. Tapi nasib awak la Fateh. Awak menangis pun takde saya nak dukungnya. Melalak la sorang-sorang. Saya buat dek je. Kerja tetap kena buat. HaHaHa. Err, nanti anak saya menangis sanggup ke saya buat macam tu. HaHaHa. Terdiam kejap.
Ok lah dah panjang sangat pendahuluannya. Ikut jalan jauh. Menikmati pemandangan musim bunga yang best. Err, best ke. Selsema dengan batuk tak baik-baik lagi ni. Dah seminggu dok sok sek je hidung. Ubat malas makan. HeHeHe. Nasib kerja dengan doktor. Stok ubat memang ada sentiasa. Tinggal nak makan je. Tu pun tak termakan. HuHu.
Dah.. Dah.. Bila nak mula cerita ni. HAHAHAHAAA.
Ok sekali lagi. Ni nak cerita.
Gambar ni diambil selepas saya selesai solat Zohor. Memang cik abang ni ikut saya solat. Saya berdiri dia berdiri. Saya rukuk dia pun rukuk. Semua diikutnya.
Selepas solat timbul idea nak pakaikan dia telekung. Tahu dek umminya mahu gelak. Maaf kak ct. Takde niat nak jadikan dia perempuan. Err, cuma geram tengok muka dia. Dari dulu lagi. Lagi-lagi bila lepas mandi. Dia pakai tuala yang ada hood. Memang sweet giler la. Cuma saya tak sempat nak ambil gambar dulu. Jadi, bila ada peluang macam ni. Apa lagi. Saya pun cepat-cepat ambil kamera.
Inilah hasilnya.



Eceehh.. mula-mula malu la kononnya.


Ha, nah kau..! sekali senyum..


Eiii.. geram.. geram..


Amboi, siap buat muncung lagi..!


KAH KAH KAH. Tersipu-sipu la pulak..

Ada sesiapa yang tergoda..?

Muka tercenggang
Suka gambar ni. Suka sangat-sangat.

Ok habis dah.

Buat semua yang membaca entry ini. Jangan salah faham. Ini anak lelaki saya tau. Namanya MUHAMMAD FATEH B MOHD FAUZI. Saya je yang gatal jadikan dia perempuan. Sekejap je. Lepas tu terus jadi budak lelaki yang sangat macho.
Ok, itu saja untuk hari ini. Sekian.
SAYA SAYANG KAMU. SAYANG SANGAT-SANGAT.
Err.. tambah satu lagi. Saya rindu Malaysia. Tapi saya tak nak balik lagi. Macamana ni. hukhuk..

Tuesday, March 31, 2009

Car Boot Sale

Assalamualaikum wbt

Kali ni nak cerita pasal shopping. Orang perempuan memang pantang diajak kalau tempat yang diajak tu ialah shopping mall. Err, car boot ni pun kira shopping mall jugak. Terbuka. Berbumbungkan langit berlantaikan rumput. Berudarakan angin sejuk. Pergh, sejuk-sejuk pun makin ligat kami berjalan. HeHe.

Semalam minggu kedua kami bershopping di car boot. Memang semangat tengah membara. Empat bulan berpuasa dari aktiviti shopping.Tu pasal la bila bermulanya musim panas. Semangat shopping tu membuak-buak.. Amboi, ayat. Tak kuasa nak layan. HaHaHa.


Ingatkan semalam akhi Fauzi tak nak pergi car boot sebab malam sebelumnya dia balik lambat dari berjumpa pak menakan dia kat Central London. Pagi Ahad lepas subuh kak ct telefon. Erk, satu rumah pun main calling-calling ke. HaHaHa. Kak ct bagitau akhi fauzi nak pergi car boot. Terus terbeliak biji mata. Hilang habis mengantuk. Tanya kak ct, syakirah nak pergi tak. Dia cakap syakirah tak bangun tidur lagi. Ehm, keciwa jugak la.Tapi masih lagi berharap, kalau syakirah nak pergi saya nak la pergi jugak.

Sambil bersiap dengar suara syakirah dari luar. Yeeaaa. anak daraku pergi jugak. Perjalanan nak ke sana mengambil masa 30 minit. Sempat lagi dalam kereta kami sambung lena walaupun sebentar cuma. Jadi la, nak tambah tenaga untuk bershopping.

Sampai je car boot orang ramai dah sampai lebih awal dari kami. Cuaca masih lagi sejuk walaupun musim bunga sudah menjelmakan diri. Sejuk. Sejuk. Abaikan saja rasa sejuk. Shopping yang penting.

Macam biasa kami berjalan sendiri. Shopping kat sini tak de maknanya nak sesat-sesat. Pandai-pandai la ingat kat mana parking kereta. Lagi-lagi nak ulang alik hantar barang kalau trolley dah penuh. Panjang la leher macam bangau nak cari kat mana parking kereta.

Err, tak payah la cerita secara detailkan. Nanti panjang berjela entry ni saya buat. Urgghh, tak sanggup la nak berjaga lama-lama.

Shopping kali ni saya beli 12 buah novel inggeris yang sangat-sangat murah giler. Takkan dapat di mana-mana kedai di seluruh dunia. Cewaah, ayat berlagak nampak. Memang betul. Saya beli buku ni semua dengan harga 50 pence sebuah. Ada tu saya beli dengan harga 20 pence je. Memang betul la ayat saya tu kan..!
Nak jadi cerita saya sampai tawar menawar dengan penjual. Dia letak harga 2 pound untuk empat buah. Saya dengan slumber je tawar sampai 1 pound. Dia letak 1.50. Saya minta 1 pound jugak. Tiga kali mintak dia pun 'go on' dengan harga yang saya mintak. Hooreeyyy.. berjaya..! Suka sangat sebab berjaya membuat tawar menawar. HeHeHe.
Pernah sekali di Malaysia, seorang penjual bertanya tentang kerjaya saya. Saya suruh dia teka.Terus dia jawab cikgu. Saya tanya kenapa pilih cikgu. Dia cakap sebab saya pandai cakap dan pandai membodek. Erk, semua cikgu pandai cakap ye. HeHeHe.

Haa.. nak cerita pasal gambar di atas. Binatang ni memang berlambak di car boot. Besar, kecil, comel atau hodoh semua ada. Bengang jugak tapi ni bukan negara kita. Terima keadaan ni dan berhati-hati dengan mereka. Tapi dekat car boot dengan orang yang ramai, memang susah nak mengelak dari mereka. Mereka ni memang tak menakutkan. Langsung tak menakutkan. Mereka suka pada orang. Tapi bukan orang macam saya okey..! Elaakk...
Ada satu masa, depan mata saya seekor anjing kencing atas trolley orang lain. Eeeiii, macam nak tendang-tendang je anjing tu. Nasib la bukan trolley saya. Kalau tak, mahu kena sumpah tak pasal-pasal.

Minggu lepas tengah saya leka membeli, tiba-tiba saya terasa badan saya macam kena libas dengan sesuatu. Tengok-tengok, rupanya anjing yang melibas saya. Terkejut jugak la. Terasa keras ekor dia kena dekat peha saya. Nasib sama-sama kering. Kalau tak, kena la samak balik rumah. HuHuHu..


Haa.. Bunga pun ada di jual. Lagi-lagi musim bunga dah bermula. Macam-macam jenis ada dijual. Saya je yang tak minat. Eh, bibik tak berkebun ke? Hahaha. Kalau bab berkebun ni akhi fauzi lagi pakar. Saya tolong cabut rumput, siram dan pastikan laman tu bersih sahaja. Yang lain kita serah pada yang pakar. Err, ke awak malas irma? Sapa nak jawab. Angkat tangan. Cepat.. cepat..


Dekat car boot ni mainan pun ada. Macam-macam. Kalau rasa kesian kat anak-anak yang sanggup meneman anda bershopping upah la mereka dengan mainan ini. Sekali pusingan pun okey apa. Saya upah donut je dengan syakirah. Penat shopping kitorang rehat kejap makan donut.

Saya suka pemandangan langit masa ni. Sangat cantik. Gambar ini tak secantik realiti. Dalam realiti 1000 kali lebih cantik dan awannya berubah-ubah kedudukannya. Alhamdulillah, saya dapat menikmatinya di bumi mu ini Ya Allah..

Pukul 12.30 kami bertolak balik ke rumah. Habis. Balik rumah cerita lain pulak. Tak nak cerita. Panjang berjela pulak lagi nanti. Hehe. Cukup la takat ni.

Saya sayang kamu.

Sunday, March 29, 2009

Daylight saving Time


Assalamualaikum wbt

Entry ini dibuat sempena penukaran masa 1 JAM ke depan hari ini. Err, skemanya ayat. Hahaha. Tak yah la serius sangat.

Saya pun tak tahu sangat pasal asal usul tukar jam ni. Haa, itu tak bermakna tak tahu terus buat tak tahu. Ini lah masanya nak kena ambil tahu. Dah merasa duduk London kena la ambil tahu. Esok-esok kalau orang tanya tak la malu. Duduk London saja tapi tak ambil tahu. Berapa banyak tahu daaa. Erk, sebab makan tauhu ke tadi. Kueng. kueng. kueng.

Sebelum menulis entry ini saya menggoogle apa sejarah tukar jam ni.

Ok, jadi ini adalah apa yang saya dapat. Terjemahan dari wikipedia yang telah dipendekkan oleh orang yang tak reti sangat BI. Saya sedang mencuba. Erk, kalau nak tahu lebih lanjut anda taip la Daylight saving Time. Mesti jumpa punya. Lepas tu baca puas-puas dan buat entry yang lebih bagus, padat dan tepat informasinya dari apa yang saya buat. Tolong buat entry dalam BAHASA MELAYU. Saya sudah membaca banyak web yang ditulis dalam BI. Jujurnya BM tiada. Atau saya yang tidak ketemu. Jadi kenapa tidak anda yang mampu menguasai dua bahasa membuatnya di dalam bahasa ibunda kita. Boleh kan? Eceeh, membodek pulak. Lepas tu beritahu saya. Boleh saya tumpang baca dan tambah info. Saya pandai merapu untuk memanjangkan entry saja. Kah kah kah.

Ini apa yang saya dapat dan faham. Jangan Gelak. Saya tahu ayat ini skema bila dibaca.

Daylight saving Time(DST) atau dikenali waktu musim panas adalah satu sistem yang mengkedepankan masa supaya waktu tengahari mempunyai lebih sinar cahaya matahari berbanding waktu pagi.Biasanya jam akan diubah awal satu jam apabila hampir kepada musim bunga dan diubah kembali kepada jam asal apabila tiba musim luruh. Kedua-dua kejadian ini akan berlaku pada hari Ahad terakhir bulan Mac dan Oktober setiap tahun.

Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sederhana, kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.



Daylight saving time (DST) pertama sekali dicadangkan oleh Benjamin Franklin. Kemudiannya diperkenalkan secara serius pada 1907 oleh seorang jurubina bernama William Willet. Sejak itu banyak negara telah mengaplikasikan sistem ini di negara masing-masing.

Britain mula mengaplikasikan sistem ini antara 21 Mei dan 1 Oktober 1916.

Sistem ini pernah menjadi satu kontroversi. Ini kerana individu harus bangun dan tidur lebih awal daripada waktu yang biasa. Err, memang pun. Hehehee.
Dengan menambah cahaya matahari pada waktu tengahari memberi banyak faedah kepada industri perniagaan, sukan dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan cahaya matahari.DST berpotensi menjimatkan tenaga elektrik. Penundaan masa matahari terbenam dan matahari terbit mengurangkan pengunaan cahaya buatan manusia (cahaya lampu) pada waktu petang dan meningkatkan pengunaannya pada waktu pagi.

Pada tahun ini di UK DST bermula pada 29hb March 2009 Jam 12:59:59 pagi. Masa akan diawalkan ke jam 2 pagi.
Serentak dengan penukaran masa ini maknanya beza jam London dengan Malaysia ialah 7 jam. Hooreeyy.. Ada lebih masa untuk berym dengan kawan-kawan. Haisshh, bibik ni. Internet je memanjang. Err, tapi memang betul. Saya tak buat kerja belakang boss. Kak ct memang tahu saya ada blog, friendster, facebook dan fotopages. Kadang-kadang dia pun tumpang tengok apa yang ada dalam benda alah ni. Sporting kan boss saya. Eleeh, bodek lagi la tue.

Sesiapa yang berkenaan sila tukar jam anda kalau tak nak ketinggalan. Saya tak perlu sebab semua jam di rumah ini mempunyai radio kontrol. Dia akan bertukar dengan sendirinya apabila tiba waktunya nanti.

Errkk, pengsan la kalau saya nak menukar semua jam di rumah ni. Ewaaahh, dasar bibik pemalas. Hahaha. Wahai bibik-bibik sekalian, jangan ikut macam saya ya. Kerja rajin-rajin. Jangan main internet je memanjang.

Err, ada ke bibik lain baca blog saya. KAH KAH KAH. Gelak guling-guling.

Titik. Tutup entry.

Cop, kalau ada informasi saya yang salah sila tegur ya. Kesian pada mereka yang membaca info salah saya. Tolong tau..!

Saya Sayang Kamu.

Saturday, March 28, 2009

Hujung Minggu Yang Sejuk

Assalamualaikum wbt

Salam sayang dan rindu pada blog sendiri. Err, ye ke. HaHaHa. Lama tak mengupdate cerita. Tak ada cerita menarik. Bibik ada cerita menarik ke..?

Ada. Ada. Kejap nak fikir.

Err, shopping dekat car boot sale sampai tak ingat nak balik. Menarik kan!

Esok ada car boot. Dalam hati sudah ada bunga-bunga shopping. Jangan jeles.

Ok lah. Saya akan ceritakan apa yang terlintas dalam kepala saya sepanjang minggu ni.

Semalam datang angin rajin untuk membuat kuih. Bukan kuih baru nak belajar. Kuih yang dah pernah buat. Apa lagi kalau bukan Seri Muka yang berseri mukanya bila pertama kali dibuat. HeHeHe. kalau dapat mak mertua yang tak reti wat kuih. Confirm jeles. HaHaHa.

Kalau dapat yang terer pun, dia akan kata. LULUS ( warna merah bukan untuk gagal ke. highlight. biar bakal mak mertua nampak. erk, bakal mak mertua takkan baca blog ni. hahaha ) Boleh buat menantu.

Alamak, angkat bakul sendiri. Berat. Berat. Senget bahu nak angkat Hahaha.

Kali ni kak ct suruh buat lebih sebab nak bagi kat jiran sebelah rumah. Dah dua kali dia rasa air tangan saya. Pertama kali anak dia kata sedap. Masa tu bagi muffin. Kali ni tak tahu la apa reaksi mereka. Mereka bukan melayu okey. Bangla reti ke makan kuih seri muka. Aaarghh, hantam saja laah..! Kalau dibuang pun bukan saya tau. tapi sedih la kan kalau mereka buang. Hukhuk.. Dah la saya buat dengan penuh kasih sayang. Ceewaah. Ye ke?

Minggu ni tak keluar rumah pun. Setakat hantar Maryam depan rumah takde makna okey. Itu memang kerja seorang bibik yang baik. Eceeh. Perasan!

Kalau cuaca baik dan tidak terlalu sejuk. Ini lah aktiviti kami. Memberi sedekah biskut atau roti kepada itik. Bukan roti habis tarikh ye. Roti yang baru dibeli. Sebab tak sampai hati nak bawak sekeping dua roti untuk diberi makan kepada itik-itik yang ramai ini. Paling sedikit dua bungkus paling banyak tiga. Lebih dari itu sudah dikira membazir. Itik-itik itu sudah berlagak tak mahu makan.

Kalau malas sangat nak keluar ini lah aktiviti kami dalam rumah. Melayan dia menyusun block dan kemudian memusnahkannya.


Lepas tu dengan kuasa separuh veto menyuruh kemaskan balik semua mainan yang bersepah. Err, itu bukan kerja bibik ke? Hahaha.

Err, sebenarnya saya penat sangat minggu ni. Tapi mata tak boleh nak tidur balik walaupun peluang itu ada. Dah lama tak tidur selepas subuh. Oh, betapa nikmatnya tidur selepas subuh. Terkenang zaman sekolah dulu dan zaman mengajar. Syok oo.. Lagi-lagi kena pulak hari hujan. Perrggh, lagi laju selimut ditarik. Tapi sejak bekerja sebagai seorang bibik ni, tidur di waktu siang memang sudah lama ditelan dek zaman. Hahaha. Nak ikutkan kat sini lagi best. Dengan sejuknya. Katil yang empuk. Duvey yang sangat best tak terbayang. Nikmat tidur itu lagi dua kali ganda syoknya. Oii... cukup-cukup la tidur siang. Esok-esok mahunya mati laki kelaparan bila isteri terbongkang tidur lepas subuh. Err, nauzubillah. Simpang malaikat 44. Tak nak bayangkan akibatnya.

Semalam jugak, sudah berjanji dengan Maryam semasa makan. Kalau dia habiskan nasi. Adakah anda mempunyai kesabaran yang TINGGI untuk menyuapkan nasi selama satu atau dua jam kepada seorang kanak-kanak kecil setiap hari? Hari ni nak temankan dia bermain basikal. Tapi dengan cuaca sejuk sebegini, nampak gayanya janji tinggal janji la.

Sudah la. Nak cerita panjang lagi tak tahu la entry ini selamat diterbitkan atau tidak. Sedang menaip pun wireless buat perangai. Sekejap ada sekejap tiada.

Nampak gayanya sebulan saya perlu bersabar untuk guna balik pc dalam bilik tetamu. Takde harapan la nak bukak page banyak-banyak dengan laptop saya.

Arrghh, nak baca blog orang laju-laju. Tensen. tensen. Titik.

Saya Sayang Kamu. Err, kamu sayang saya tak? ( Tak malu tanya. Eh, bukan ke kasih sayang itu perlu diluahkan. Kalau disimpan siapa yang tahu. Melainkan anda boleh membaca isi hati dia.)

Wassalam.

Monday, March 23, 2009

Selamat Ulangtahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal
Selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
*******
Eceehhh.. jiwang berkarat-karat la pula. Tak pa la kan. Setahun sekali. Terima kasih awak. Insyaallah, habis tour Uk ni saya balik ok. 2010. Err, tambah setahun lagi boleh? Hahaha.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan atas nikmat bertambahnya usia menjadi 27 tahun pada tanggal 22 march 2009. Sekali lagi saya berpeluang menghirup udara segar di hari lahir saya ini.
Semoga dengan bertambahnya usia ini, diharapkan diri ini akan menjadi lebih baik dari hari-hari semalam.
Sambutan. Takde pun. Ada la kek dalam peti ais yang dah berkurun beli. Takde sapa nak makan. Dah jemu.
Sambut depan internet tengok Af7 sambil buat entry ini. Hampeh je sidi nyanyi lagu Imran Ajmain. HoHoHo.
Semoga hari-hari esok saya sentiasa berada di bawah peliharaan Allah swt. Ameen.
Hadiah ulangtahun yang paling bermakna tahun ini. Selsema dan batuk. Moga-moga ini menjadi kafarah di atas dosa-dosa yang lalu.
Tahun ini hari lahir akan diraikan di Car Boot sale. Car boot yang pertama di tahun 2009.
Yahoo..! ops, dah tua. Senyum... Senyum sambil kenyit mata.
Memang akan shopping sampai habis duit.
Terima kasih atas ingatan anda di hari tua saya.

Friday, March 20, 2009

Balik Sekolah


Hari ni kena ambil anak-anak di sekolah sebab kak ct ada kursus di Central London. Memandangkan Fateh dah boleh berjalan tak payah la nak bawa push chair lagi. Kalau tengok aksi dia berjalan, amboi.. bukan main seronok lagi. Sampai memilih nak pegang tangan kakak-kakaknya. Bila Fatimah nak pegang tangan ditepisnya. Mahu dipegang oleh Syakirah saja. Sambil berjalan mulut tak henti-henti bercakap. Ntah apa yang diucapkan pun tak tahu. Atas ni gambar masa balik dari sekolah. Masa ni memang penuh bas dengan penumpang. Nasib dia tak menangis.



Inilah gambar buah hati pengarang jantung saya di sini. Mengenali mereka adalah sesuatu yang sangat berharga buat saya. Saya belajar bagaimana mahu mengawal emosi apabila berdepan dengan pelbagai kerenah mereka yang adakalanya membuatkan saya mahu naik suara. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dengan baik. Terima kasih sayang.

Wednesday, March 18, 2009

Daffodils


Assalamualaikum. Salam sayang buat semua.

Hari ni saya keluar lagi. Selepas Maryam ke nursery saya pun bersiap-siap nak ambil gambar bunga daffodils yang sedang seronok berkembang.

Pergi kami naik bas. Sebab jauh juga tempat yang saya nampak daffodils banyak berkembang. Tapi masa balik kami jalan kaki. Punya la seronok berjalan tak sedar bila sampai rumah tengok jam, mak ai 2 jam kami berjalan. Punya la lama. Kalau tengok ateh 3 hingga 4 kali terjatuh. Sian dia. HEHEHE. BAlik rumah tak lama lepas rehat terus tertidur. Tu yang suka kalau bawa dia jalan. Balik rumah tak payah suruh pun dia akan tidur sendiri. Memang dah penat sangat.

Saturday, March 14, 2009

Cherry Blossom

Assalamualaikum.

Tengahari tadi bawa Fateh berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan ni. Kat sini jalan la pagi ke, tengahari masa matahari atas kepala atau petang takkan keluar peluh setitik pun. HEHEHE. Yang sakitnya bila terkena sinaran terik matahari je. Jadi masa ni la nak melaram cermin mata hitam. Melaram KE? Entah. HAHAHA.
Masa tengah seronok berjalan, ternampak la sebatang pokok cherry blossom yang sedang seronok mengeluarkan bunga. Memang tengah lebat.


Kalau selalu orang yang jadi model kamera saya. Kali ni bunga pula mengambil tempat. Seronok oo.. Tak payah nak suruh posing. Kita yang posingkan dia. HEHE.


Petang tadi pula, kak ct tunjuk gambar bunga daffodil tengah berkembang di Hyde Park. Geramnya tengok.
Rasa-rasanya berani tak nak pergi Hyde Park sorang-sorang Ahad ni.
Ehm.. Sambil mengenyit mata. HAHAHA
Tunggu je la.

Wednesday, March 11, 2009

Tempe


Malam semalam kawan akhi fauzi hantar tempe ke rumah. Sepuluh bungkus semuanya.
Ada satu cerita tentang si pembuat tempe.
Pada suatu hari tempe yang dibuat tidak menjadi. Tempenya memang menjadi kesukaan ramai. Dia sangat sedih kerana pada hari itu dia tidak mampu untuk membuat tempe yang dikehendaki pelanggan. Ini bermakna tiada lah hasil jualan untuknya pada hari tersebut. Apabila pelanggan bertanya tentang tempenya dia menjawab, Innalillahiwainnailaihirajiun. Yang mana bermaksud tempenya tidak menjadi. Dia tawakal sahaja pada Allah. Moga-moga ada pelanggan yang mahu membeli tempenya. Sudah menjadi rezekinya pada hari itu, ada seorang wanita yang mahu membeli tempe yang belum menjadi. Katanya mahu membawa ole-ole untuk anaknya yang berada di luar negeri. Jadi dia mahu tempe yang belum menjadi supaya apabila dia sampai di tempat anaknya tempe itu sedang elok menjadi. Wanita itu membeli kesemua tempe yang dibuat oleh si pembuat tempe.
Moral - Yakin rezeki itu datangnya dari ALLAH.
Jadi petang tadi goreng tempe letak bawang putih, kunyit dan garam. Memandangkan hari ni akhi fauzi tak kerja. Jadi dia dengan Fateh yang makan tempe tu dulu.
Habis tempe ini dimakan oleh mereka. Kak ct dengan Syakirah yang balik dari jumpa doktor gigi pun tak sempat nak merasa. Tak sempat pun nak buat sambal kicap. Eh, bukan tak sempat tapi MALAS.
HaHaHa.
Bibik MALAS.

Pejabat Pos


Ini cerita semalam. Kena cerita hari ni jugak. Kalau cerita esok dah basi..

Semalam hajat nak keluar ke pejabat pos. Nak hantar kad ucapan hari lahir untuk anak saudara saya di Malaysia. Maaf sayang..hadiah mak lang pos kemudian ya..!

Memandangkan akhi Fauzi pun cuti semalam. Jadi mudah la nak tinggalkan Fateh di rumah. Seusai solat Zohor saya pun keluar dari rumah. Ehm..buka je pintu rumah angin sejuk menyapa muka. Nampak gayanya walaupun dah masuk musim bunga tetapi sisa-sisa angin sejuk masih terasa. Walaupun sejuk tapi saya masih juga berjalan sambil menikmati cahaya matahari. Maksudnya, jalan tapi bukan berlenggang okay. Saya ni jalan mana ada lenggok..takde gaya langsung. Sampai je di perhentian bas yang takde tempat duduk. Maknanya kena berdiri. Nasib bas datang setiap 10 minit. Tak sempat nak lengguh kaki.

Pejabat pos di sini menumpang dalam kedai alat tulis. Jadi saya pun berpusing mencari sampul surat yang dikehendaki. Nampak gayanya semua yang dijual jenis bubble. Dalam hati ni malu nak tanya kat kaunter. Lagipun ramai pulak orang yang tengah beratur nak membayar. Kaki ni sambil berjalan, mana la tau boleh tanya kat sesiapa yang lain. Sampai di rak kad ada seorang perempuan sedang menyusun kad. Lagak gaya tak macam nak beli. Dengan beraninya saya pun menegur..


Are you working here?

Yes..

Do you have envelope like this? sambil menunjuk sampul surat yang saya bawa.

Yes. Behind the counter.

Thank you.

Kepala saya menjengah bahagian belakang kaunter. Tak nampak pun rupa sampul surat. Ish..betul ke perempuan ni. Ke saya yang salah dengar. Mulut ni segan lagi nak tanya kat penjaga kaunter. Dengan lagak selamba saya jalan lagi di rak sampul surat. Mana la tau saya terlepas pandang ke kan. Cari punya cari memang takde.

Bila saya jengah kepala di kaunter, takde orang beratur nak membayar. Saya cepat-cepat pergi tanya. Rupa-rupanya behind tu dia letak kat bahagian bawah meja. Memang la sampai bongkok tiga pun tak nampak. Saya pun tanya la ada tak sampul surat yang dikehendaki. Dia tunjuk yang saiz A4 punya sampul. Mak ai... dari yang kecil terus jadi besar. Takde yang sedang-sedang.

Dipendekkan cerita, saya pun beli la sampul surat bubble. Lepas siap masukkan kad terus saya beratur. Mula-mula ada dua orang yang beratur di hadapan saya. Ok la..tak ramai. Belakang takde orang. Tapi tak lama kemudian ramai la pulak yang beratur. Dalam hati risau jugak. Minta- minta la takde apa yang berlaku di kaunter nanti. Buatnya saya tak faham dia cakap apa. Tak ke haru..

Alhamdulillah, selesai urusan di kaunter. Untuk menyelematkan keadaan dari tidak memahami berapa harga semua setem. Saya pun memberi wang besar. Sedangkan dalam uncang ada berlambak duit syiling kalau nak di kira di kaunter mesti terkial-kial punya.

Sekarang tiba lah saat untuk menampal setem. Sekali lagi saya melilau mencari gam ataupun bekas air untuk menampal setem. Kalau kat Malaysia kan ada bekas span kecil yang kita boleh celup setem dari menggunakan AIR LIUR. Nampak gayanya memang takde. Sudah.. saya dah berkira-kira nak beli gam. Tapi bila melilau mencari tak pula jumpa gam.

Nampak gayanya dengan hati separuh rela saya pun menggunakan air liur untuk menampal setem. JANGAN BAYANGKAN.. Tak best langsung aksi itu. Lagi meloyakan ada la. Dah lama meninggalkan zaman mengepos surat-menyurat.

Sekarang tinggal satu lagi masalah. Kalau kita nak menghantar surat ke luar negara kan ada sticker BY AIR MAIL par avion. Jadi saya dah jilat sticker tu tapi apasal tak terasa gam di belakangnya. Dua tiga kali juga la saya menjilat tapi masih juga takde gam. Dalam hati dah kacau. Apa la saya nak buat ni. Saya pun mencari pembantu kedai lagi. Nak tanya kot ada la gam percuma yang boleh dipinjam. Jadi saya tanya la dekat seorang lelaki..
Sir..do you have a free glue?

What?

Free glue. I want to stick this one. Sambil menunjuk sticker biru BY AIR MAIL.

Oh no.. you just peel off..

Sambil kebenggongan mengucap


Thank You.
Ya Allah.. Tuhan je tahu betapa nak gelaknya saya dengan aksi bodoh saya hari ni. Kenapa la saya tak terfikir langsung nak belek sticker tu. Yang saya tahu nak jilat je..

Sepanjang masa selepas itu mulut saya memang tersenyum mengingatkan apa yang berlaku. Betul-betul membuatkan saya tergelak sorang-sorang.

Haii..Irma...irma..

Selesai urusan di pejabat pos saya berhajat ke Superdrug. Selepas membeli ubat jerawat saya pun pulang dengan berat hati. Dalam hati memang nak berjalan lagi tetapi masa tidak mengizinkan.. Kena cari masa dan hari lain kalau nak berjalan lagi.

Sampai je rumah terus naik atas masuk pejabat. MASAK..! :)

Tuesday, March 10, 2009

Keunggulan Mukminah





Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH

menjalin agung sebuah cinta

menafkahkan hartanya fisabilillah


aku ingin sezuhud FATIMAH

akur tanpa jelak setiap perintah


aku mengagumi dan mahukan

gedung ilmu SITI AISHAH


aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR

menggendong puteranya yang masih merah

di tanah padang pasir yang merekah


bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda

fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA


pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah

biar tersingkap segala hijab

dua cinta takkan bersatu dalam satu hati

lantas ku serah cinta ini

untuk yang MAHA MENGASIHI


pasrahku pada mehnah perjuangan

bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI

terluka, terseksa, terpenjara

terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku

teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah

demi Islam bukannya menyerah galang-gantinya


atau setidaknya aku mengimpikan

hidup semulia MARYAM JAMEELAH

berteman pena menongkah arus kepayahan

ruh jihad ini perlu disemarakkan

dan biarlah aku yang menyemarakkannya


redhalah aku…redhalah aku..redhalah aku...

menjadi sayap kiri perjuangan


kan ku teguh menatang

serikandi ummah

hanya kerana Islam merindui

kemunculan peribadi

mukminah, muslimah, mujahadah yang rela mati dalam keunggulan iman

terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH


TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN……

Sunday, March 8, 2009

Selamat Datang Musim Bunga 09








koleksi gambar musim bunga 2008
tunggu kedatangan gambar edisi 2009

.......la...la...la.....

***suka sangat***

dalam hati tumbuh bunga

daffodil

tulip

rose

Hujung minggu akan dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan

Hyde Park

Regent's Park

Greenwich Park

Green Park

Semoga Allah berikan saya kesempatan untuk menikmati musim bunga tahun ini

Ameen..