Assalamualaikum wbt
Moga kalian berada dalam lindungan dan rahmat dari Allah swt senantiasa.
Sejak petang tadi saya dihujani dengan pertanyaan 'London puasa bila. Esok atau lusa? Memandangkan penyimpan mohor-mohor besar di Malaysia sudah mengumumkan puasa bermula pada hari Sabtu maka legalah semua rakyat Malaysia sebab esok boleh makan lagi. Haha. Err, kalau penyimpan mohor tidak mengumumkan pun kita boleh agak yang puasa hari Sabtu berdasarkan yang tercatat di kalendar cina kan. Pandai aje bibik ni. Tak lama kemudian kawan saya di German juga sudah mengetahui tarikh bermulanya puasa yang jatuh pada esok hari. Nampak gaya ada yang dah mula kelentung kelentang memasak untuk bersahur sekarang ni.
Dalam pukul 8.30 malam Islamic Channel telah mengumumkan bahawa puasa di London bermula hari Sabtu. Alhamdulillah, nampak gaya esok ada satu hari lagi peluang untuk makan. Eh, bukan makanlah. JALAN. kui kui kui. Ada orang ajak saya pergi London Bridge esok. Nampak gaya berjalan lagi la saya sebelum mula berpuasa pada hari Sabtu nanti. Takpa, meraikan tetamukan besar pahalanya. Tengok bibik kalau bab bagi alasan memang cukup pandai. Sedangkan memang dia ada hati nak berjalan juga tu. Err, bukanlah. Peluang datang bergolek namanya ni. Jadi kita jangan lepaskan peluang. akakaa.
Sejak menjalani ibadah puasa jauh dari keluarga, saya sering (baca:hari-hari) teringatkan mak. Baru je nak start intro dah sayu. Ni ada yang banjir bilik ni kang. Hihi. Ok. Ok. tahan air mata. Nangis kejap lagi bawah duvey. Haha. Sambung balik cerita. Lebih-lebih lagi bila kerja saya menuntut untuk menyediakan hidangan untuk berbuka dan sahur. Dulu kalau di rumah memang saya merupakan anak dara yang susah nak bangun sahur. Ingat lagi masa sekolah rendah punyalah liat nak bangun sampaikan mak saya kejutkan bangun hanya untuk minum segelas susu kemudian sambung tidur balik sementara menanti subuh. Tengok, punyalah pemalas nak bangun. Haha. Habis... Jatuh saham bila pecah tembelang.
Kejadian itu berterusan sehinggalah saya dewasa tetapi berubah sedikit bila bangun sahur hanya untuk makan. akaka. Kalau kat asrama tak apalah. Bangun sahur memang untuk makan saja. Takkan nak pergi tolong Pak Lah kat dapur asrama lelaki. Ada kang yang kena panggil dengan Ustaz Khairul esok hari kat sekolah. Hohooo.
Kalau kat rumah memang susahnya mak nak kejut. LIAT. Dah nak habis waktu sahur baru bangun. Tu pun boleh lagi buat muka termenung dekat meja makan. Waktu sahur dah nak habis. Makan tak lagi. Berlagak konon bila tengok lauk. Memilih jugak. Saya kalau mak masak sardin dengan telur dadar campur sayur kobis memang makan. Tak pun nasi goreng panas. Perrghh, memang masyuk. Tak pandang la kalau ada lauk lain. Eh, berapa banyak lauk yang ada. Hari lain laa. Kalau lauk berbuka puasa tak habis dan dibawa ke sahur macam ayam ke. Memang saya tak makan. Sanggup minum air teh saja. Kerek betul minah ni tau. Haha.
Sekarang dah masuk tahun kedua saya berpuasa jauh dari mak. Jauh yang memang tak pernah balik untuk bersahur dan berpuasa bersama. Kadangkala datang juga angin teringatkan apa la yang mak makan kat rumah. Terus tak lalu makan. Huhu. Orang kalau dah teringatkan mak selalu tak duduk jauh macam saya. Mesti bertenggek bawah ketiak mak je kan. Haha. Saya lain. Ecece. Rindu memang sentiasa ada dalam hati. Peluang bekerja di London datang sekali. Haa.
Hari pertama puasa memang meja makan penuh dengan makanan yang diberi oleh jiran sebelah menyebelah rumah kami. Eh. bukan setakat sebelah je. Belakang pun sama. Nasib depan rumah saya jalan raya je. Kalau ada rumah juga mahunya jadi depan belakang kiri dan kanan saling bertukar juadah. Mahu tak cukup meja. Cop. Cop. Depan ada juga. Mak kan mengasuh anak orang. Jadi ada sesekali mereka beri kuih muih kepada kami sekeluarga.
Dah menjadi kebiasaan kami kalau tiba puasa memang akan menyediakan makanan dalam kuantiti yang lebih untuk diberi kepada jiran. Hari pertama memang pakat semua bertukar juadah. Bila dah seminggu berpuasa dan seterusnya aktiviti ni dah jadi slow sikit. Mungkin hari ini kami yang beri. Esok makcik belakang pula yang ganti. Jadi bergilir-gilir pula. Sampai kadang tu terlupa yang pinggan makcik belakang dah banyak kat rumah. HAHA. Jadi nak tak nak kena la buat juga kuih untuk diberikan.
Duduk di London yang mana jiran terdiri dari mereka yang berbangsa asing memang langsung tidak berpeluang untuk menukar juadah bila berpuasa. Nampak gaya masak sendiri makan sendiri la.
Bazar ramadhan. Lagi la tak nampak bayang. Huhu. Sedih. Sedih.
Korang tak yah la tertipu dengan ayat emosional bibik. Dia memang kalau bagi ayat sentap nampak sangat sedih tapi bila suruh balik. Tak nak pulak. wakaka.
Apapun sampai masa saya akan pulang juga. Ibarat bangau terbang jauh akhirnya pulang ke sarang juga. Ceewaah, bibik ingat lagi ye peribahasa melayu. Haha.
Dah. Dah. Tak mahu merepek panjang. Sikit-sikit jadilah.
Selamat berpuasa buat semua sahabat handai saya walau di mana sahaja kalian berada.
Tak lupa juga buat anda yang membaca entry ini. Selamat berpuasa.
Teristimewa buat keluarga di Malaysia. Abang, Amin dan adik. Jangan malas tolong mak kat dapur. Aku tau korang kalau kami (saya dan kakak) ada di rumah memang terserlah kemalasan. Kalau takde pandai je tolong mak. HAHA. Tolong. Kalau tak. Takde jersey dari aku. Ugut nampak..! akakaka. Sayang semua..!
Ramadhan diawalnya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (keampunan) dan hujungnya DIBEBASKAN DARI AZAB API NERAKA.
Semoga ramadhan tahun ini datang dengan semangat untuk melipatgandakan amalan-amalan sunat. Insyaallah.
Wassalam.