Saturday, August 29, 2009

Tepung Pelita Hatiku

Kuih melayu yang seorang ni saya tengok kat blog kak hana dan album eira kawan FB saya sejak awal ramadhan lagi mereka dah buat. Bila tengok resepi kat blog kak hana. Senang macam kacang je nak buat. Ewaahh, berlagak betul bibik ni eh. Bila dah merayau kat blog lain rupanya kuih ni sama dengan kuih tako cuma lain mak.

Duduk jauh dari tanah air tercinta ni memang terhad sungguh kalau teringin nak buat kuih melayu yang manja. Yang paling ketara ialah daun pandan dan daun pisang memang tak boleh nak membazir sesuka hati. Daun pisang ganti dengan bekas kaca manakala daun pandan ganti dengan pati pandan yang sedia dijual. Begitulah lebih kurang.

Ok. bibik malas nak menggoreng entry panjang-panjang. Jom terus terjun dalam laut bersama luncai dengan labunya. haha. Resepi ni memang tiru sebiji serupa seiras dengan kak hana punya. Kira kembar lah ni. Cuma tang manis saya lebih sikit. wakakaa.

Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

Saya derhaka sedikit sahaja hari ni. Eleh, selama ni pun memang suka menderhaka. haha. Ini kes semalam akhi fauzi ( kan dah masuk nama suami kak ct jugak. haha. ) kata apasal tak letak satu sudu gula dalam kuih cara. Haaa. Tu pasal hari ni bibik letak lebih gula. Harap-harap dia puas hati. Lagipun kami nak bagi kuih ni kat jiran bangla sebelah rumah. Kalau ikutkan kuih yang mereka buat manis belaka. Jadi kena la ikut citarasa mereka. Tengok, tak nak mengaku jugak yang dia saja derhaka. akakaa.


Selamat mencuba ye kawan-kawan.


No comments: