Saturday, January 30, 2010

Kambing Panggang...

Menu DINCH (lunch + dinner) kami hari ni kambing panggang dimakan bersama nasi daging. Untuk menambahkan pecutan menyuap kita makan dengan sambal belacan. Nyuumm.. Nyuuumm. Kat sini harga daging kambing lebih murah dari harga daging lembu. Sekali beli terus seekor. Buat stok sebulan. Seminggu sekali layan makan daging kambing. Kat sini daging kambing tak berbau HAMIS. Betul. mana ada saya tipu. Tak bau langsung. Dah dua tahun saya makan daging kambing. Memang syioookk laaa.


Saya agak sebab kambing tu masih muda. Peluang dia untuk tak mandi tu sedikit berbanding kambing tua. agagaga. Betul kan.. kaaann..? Boleh pakai kan teori saya ni. HeHe. Jadi teori tak pandai sembelih atau pandai tu tak boleh pakai la kan. Rasanya sembelih semua sama ja cara. Ke sebab penyembelih pun tak mandi tu yang jadi kambing pun berbau. Teeeett... aiyoookk..!! :P


Lauk ni memang menjadi kegemaran Fatimah. Saya tau dah. Kalau masak kambing mesti dia suka. Belum masak lagi kambing dah ditanya. Bila nak masak..? Lama lagi ke nak masak? Pukul berapa saya boleh makan? Saya lapar ni. HaHa. Saja je saya lengah-lengahkan tutup api oven. Dia dah tak sabar nak makan. Kan seronok kalau hari-hari macam ni. Bersemangat nak makan sampai tak sabar-sabar.


Ini resepi memang betul campak-campak yang kak ct ajar saya kalau masak kambing. Takde sukatan langsung. Hehe. Selalu saya memang campak-campak je terus. Kali ni saya buat sukatan sebab nak masukkan dalam blog. Boleh la kalau ada sesiapa nak cuba.

Bahan-bahan:

1 bahagian kaki kambing


1 sudu besar pes nasi goreng ADABI
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil chicken seasoning
3 sudu besar madu
1 sudu besar thyme
1 sudu besar rosemary
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil lada hitam
minyak zaitun

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan. Lumurkan bahan pes dan perap selama 5-6 jam. Lebih lama diperap lebih sedap. Bakar lebih kurang 1 jam 30 minit dalam suhu 180' C.

Boleh dimakan dengan nasi putih atau kalau rajin buatlah nasi daging ka. Nasi tomato.. Apa-apa saja. Makan begitu saja pun sodaaapp..!! :D

Tips dari Chef Norzailina Nordin:

Untuk 20 minit pertama, panggang kambing pada suhu 200 C. Kemudian turunkan suhu pada 180 C dan panggang selama 1 jam 20 minit lagi.

Secara amnya, untuk setiap 500 g kambing, anda perlu panggang selama 20 minit. Jadi, kambing yang seberat 2 kg akan mengambil masa (20x4=80 minit). Manakala kambing seberat 3 kg akan memakan masa (20x6=120 minit=2 jam). Namun begitu, yang sukakan daging yang tidak begitu masak (half-done) boleh mengurangkan masa membakar.


See.. See.. buah hati saya yang dah besar ni. Makan sambil tengok Thumbelina. Sepatutnya pinggan tu untuk Fatimah. Bila Fatih nampak terus dia ambil. Shiaann.. Fatimah. Hik..Hiikk...


1 comment:

MKD said...

Sy nak komen sedikit, siapa pernah makan lamb chop kat Victoria stesyen atau hotel hotel besar... rahsia mereka ialah daging utk dibakar tidak boleh diperap. cuba cara ini... setelah daging import dibeli dari frozen food (pilih bahagian shoulder - harga sekarang RM17.90 sekilo)biarkan ia membeku sehingga tiba masa untuk membakar. basuh daging dan jangan sampai hilang bahagian lemaknya dan cepat2 keringkan dengan tisu sebelum perencah disapukan di atas daging. Bakar macam biasa sehingga masak... sila beri komen anda disini setelah mencuba... rasalah perbezaannya...