Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.
Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya.
Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
“Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”
Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”
“Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu.
“Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”
“Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”
Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..
Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.
Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.
Kepada semua sahabat2ku semoga hari2 anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.
*
*
*
Ehmm.. saya ada artikel ni dalam bentuk powerpoint. Tapi tak tau camna nak tukar dari bentuk pp ke picture. Nanti kalau saya dah pandai saya kongsi ye..
:D

No comments:
Post a Comment