Thursday, January 7, 2010

Snow Girl, Saya Sayang Kamu...

Snow turun lagi di bulan Januari. Awal bukan..?

Dua tahun pengalaman di sini biasanya salji akan turun di penghujung bulan Febuari atau di awal bulan Mac.

Tahun ini. Allah dengan sifat pemurahnya memberi hambaNYA ini merasai nikmat salji itu lebih awal.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Bukan setakat London, malahan seluruh bumi permaisuri ini diliputi dengan salji. Bermula dari utara UK hinggalah ke selatan Southampton.

Subhanallah...

Sungguh terpesona dengan pemandangan yang putih dari ruang udara ketika menyaksikan berita yang ditayangkan di kaca tv semalam.

Dalam saya dan rakan-rakan yang lain seronok meraikan kedatangan salji dengan mengambil gambar, membuat snowman atau bermain snow fight...

Sebenarnya

Dalam hati kecil terkenang pada mereka yang mengalami musim sejuk tetapi hidup dalam serba kekurangan.

Tiada bekalan makanan, tiada alat pemanas malahan tiada selimut untuk melindungi kulit dari kesejukan.

Masyaallah... Allahuakbar...

Insaf seketika mengenangkan mereka. Apatah lagi dengan kelebihan yang ada pada saya di sini membuatkan saya mengucap 1000 kesyukuran walaupun kadangkala dengan adanya alat pemanas badan masih lagi mengigil kesejukan.

Selain itu dalam kami berseronok sebenarnya salji memberi impak yang buruk bagi banyak pihak.

Pertama, apabila salji tebal sekolah akan ditutup. Wah.. wahh. Kita kalau kat Malaysia sekolah tiada air atau banjir baru ditutup. Sini sebab salji. Ikutkan memanglah seronok tetapi rugi sebenarnya.

Kedua, pengangkutan awam kebanyakan tidak dapat berfungsi dengan baik. Bas dan keretapi tidak dapat bergerak kerana salji tebal. Kalau tengok di tv pun kenderaan bergerak sangat perlahan mengharung salji yang tebal. Sampaikan ada yang meninggalkan kenderaan di pinggir jalan kerana tersekat.

Ketiga, kadar bilangan pesakit akan meningkat malahan penyakit yang berbahaya juga mudah berjangkit terutamanya batuk dan selsema. Tak lupa juga H1N1 yang masih lagi ada tanda-tanda yang menghidapnya walaupun terkawal.

Eh.. Macam karangan keburukan salji pulak. Ngeee...

Bukan.. Bukan.. Ini namanya pengetahuan am.

Ok murid-murid teruskan berfikir. Cikgu bagi contoh tiga je. Yang lain kamu fikirkan sendiri.

Ceewaaahh. Mentang-mentanglah sekolah baru buka ye.

Ni gaya-gaya kena balik ni kalau nak mengajar.

Ahaa. Ini snowgirl saya. Comel tak..??

Saya buat khas untuk semua yang saya sayang.

Termasuklah pembaca blog ini.

Saya Sayang Kamu.

Terima kasih kerana sudi membaca entry-entry saya walaupun tak tahu siapa.

Semoga terhibur..!!

Wassalam.



No comments: