Saturday, January 16, 2010

Mak Di London - Hujung Minggu Di Uxbridge...

Dah lama bertangguh cerita tentang Mak Di London. Asyik cerita pasal snow je. Hehe. Sekarang snow dah cair. Betul-betul cair dek kerana hujan yang turun. Makanya keadaan kembali seperti sediakala. Sejuk tu tetap ada. Dah nama pun musim sejuk kan. Tak sejuk banyak, sikit pun tetap sejuk. Seronoknya jalan dah tak bahaya. Boleh la kalau nak lari kejar bas. Lariiiiii....!! Huh..huuuhhh...

Masa ni banyak line suspended. Hujung minggu la katakan. Mereka mengambil kesempatan yang ada untuk memperbaiki landasan atau station. Jenuh jugak la saya nak cari jalan alternatif. Lagi la bawa mereka bersama. Terpancar keletihan di wajah kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Dalam hati ini sebenarnya mahukan sedikit pengertian dari mak juga bila sentiasa bertanyakan pada saya tentang hal ziarah sepupu saya di sini. Bila mak tahu jauhnya perjalanan yang perlu ditempuh, lepas ni kuranglah mak bertanya. Hehehh. Nak tahu berapa jauh perjalanan yang perlu ditempuh..? Nak bagitau korang jugak. Kalau perjalanan takde suspended ambil masa 2 jam setengah jugak nak sampai. Tu pun kalau saya tak melencong ke mana-manala. Hehehh. Kalau suspended tambah lagi setengah jam atau satu. HoHo. Mak siap cakap macam nak balik kampung je kita ni. Haa.. baru mak tau..!! :P

Train berakhir di Rayners Lane. Kami perlu turun dan tukar train yang menuju ke Uxbridge Station. Masa ni lah ada sedikit silap faham antara saya dengan perkhidmatan yang disediakan. Saya faham train ada sampai Rayners lane sahaja.Kemudian saya perlu ambil bas ganti patah balik ke Harrow On The Hill. Nasib la mulut ni ringan bertanya. Sebelum keluar dari station saya tanya dekat pengawal. Dia pun heran apasal saya nak kena naik bas..? Aikk.. Dia pulak tanya saya. Lepas terangkan dia pun sengih je sambil tengok jadual perjalanan tube menuju ke Uxbridge. Dia cakap train akan sampai dalam masa 3 minit lagi. Sempat lagi nak kejar. Kejar lagi. HaHa. Takde makna saya nak kejar train dengan mereka. Dah la makcik dan opah masuk tandas. Tunggu je lah.

Dah turun kat landasan saya pulak confuse dengan train yang datang. Betul ke train ni pergi Uxbridge..? Dalam hati dah cuak nak naik. Saya biarkan train tu berlalu dengan harapan lepas ni ada train lagi yang akan menuju ke destinasi yang sama. Kesian kat mereka. Dalam cuaca sejuk terpaksa melayan kerenah saya yang tak mahir lagi dengan selok belok perjalanan train. Takpe. Takpe.

Biar lambat asal selamat.

~Ayat nak sedapkan hati~



Alhamdulillah... akhirnya.. akhirnya sampai juga di Uxbridge. Belum sampai rumah lagi. Aduss.. Jalan lagi. Mak yang kata. Bukan saya. Hehe. Saya ok je jalan-jalan ni. DAH TERLEBIH BIASA.

Sempat lagi pusing-pusing dalam kawasan town. Ambil gambar 2-3 snap. Eehh.. tak. tak. Bukan dua tiga snap. Rasanya ada sepuluh lebih kot. Biasalah kan. Tak cantik boleh buang. Belasaahh sajaa..!! Lagipun mak datang seumur hidup sekali ja. Bukan boleh datang selalu kan.. ~alasan~ bluweeekkk..~

Mak dengan pokok yang membuatkan dia teruja. Sepanjang di sini, asal nampak pokok warna merah ni mesti dia bagitau. Naahh, sekarang anakanda bagi pegang lagi. HEHE.

Keesokkannya sebelum balik, saya bawa mereka jalan-jalan di shopping mall yang ada di Uxbridge. Masa ni mereka sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Natal. Memang cantik dekorasi yang dibuat. Kami tumpang dua kaki la ambil gambar kan...Weeee..!!

Smile maakk..!!

Gigih tak mak saya..? Gigih sangat-sangat. Menulis nama-nama tempat yang dilawati. Tak cukup dengan menyuruh saya sebut. Sampai tergeliat lidah saya. Errrkkk.. sekarang dah ok. Hehehh. Dah jadi kenangan pun.


Orait.. Nanti saya sambung lagi cerita eh..

Friday, January 15, 2010

Banana Rolls.



Terliur...

Senang ja.

Gunakan pisang sebagai inti.

Goreng.

Sirakan dengan syrup dan nutella.

Sedap dimakan semasa panas.

Yummehhh...!!

Wednesday, January 13, 2010

Popia Inti Daging Burger.

Dah lama tak share resepi kelentung kelentang kan. Hari-hari cerita pasal snow.. snow.. snow. Naik cemuih hangpa dok tengok snow. Hehe. Dush sekali kat bibik ni. Mengada-ngada betul. Takde snow dia minta snow. Dah dapat tengok snow hari-hari boleh pulak kata cemuih.

Bukan apa. Sejuk ooooo. Duduk dalam rumah pun terasa sejuk apatah lagi kalau keluar. Mesti ketaq perut punya. Errr, sayalah. Orang lain mungkin ketaq lutut. Pastu jalan sure licin punya. Macam main ice skating je lagak gaya. Kalau saya bukan jadi ice skating dah. Jadi nenek tua bongkok tiga apa. Jalan duk peda kaki tak nak bagi jatuh. Last-last jatuh jugak sekali. Adooii, malunya. Dah la ada budak lelaki dengan anjing dia nak lalu jugak. Siap dia tanya lagi. 'Are you ok?'. Dengan tersengih macam kerang busuk, saya pun jawab. 'Ok.' Errr.. sebenaqnya nak suruh dia pergi cepat-cepat. MALU. HuHu. Sakit tak rasa dah. :P

Orait. Tu cerita snow. Ni nak cerita pasal makan. Last entry pasal makan tak silap pasal kuih koci kan..? Masa tu mak datang sini. Buat untuk anak dia sorang ni. Yummeh...

Hari ni nak kongsi resepi Popia Ekspress. Bukan cerita Polar Ekspress. HaHa. Nak tau tang mana ekspress tu..? Jom layan sampai habis entry ni.

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang
4 keping daging burger dicincang halus
1 mangkuk besar sayur campur
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
1 bungkus kulit popia yang kecil/besar-ikut suka

Cara-cara:

Mula-mula...

1- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.

Kemudian...

2- Masukkan daging burger yang telah dicincang halus. Gaul rata.

Lepas tu...

3- Masukkan sayur campur. Gaul rata dan tambahkan garam secukup rasa.

Akhir sekali...

4- Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk sebentar.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

5- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.

Anda tahukan cara nak gulung. Rasanya di plastik pembungkus kulit popia pun ada ditunjuk caranya. Tak payah susah hati. Senang ja. :D

Bila nak menggoreng pastikan minyak tak terlalu panas dan terlalu perlahan. Masa mula nak panaskan api tak apa panas. Bila nak masukkan popia perlahankan api sebentar. Kemudian masukkan popia dan kekalkan api pada tahap SEDERHANA sahaja. Bila dah kuning keemasan boleh diangkat. Hidangkan dengan sos cili LINGGAM. Perghhh... masyukkk..!! Yummeehhh...

So, apa lagi. Jom makan..!!

*

*

*

*

*

*




Selamat Mencubaaa....!!!





Saturday, January 9, 2010

Video Satu...




Layaann..

Video Fatih bermain snow..

Snow di Dublin, Ireland...

credit picture to Dr. Dayang NurAishah, Dublin.

Pertama kali melihat gambar ini terus terpancul dari mulut ini. Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Menciptakan Langit dan Bumi dan seluruh isi di bumi ini. Tak terucap dengan kata-kata apatah lagi mereka yang merasainya.

Begitulah keistimewaan negara-negara yang mengalami cuaca empat musim ini.

Bagi hamba yang berfikir, rasa ini akan membuatkan kita berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur. Menjadi hamba yang lebih taat dan bersungguh menggapai redha Ilahi. Insyaallah.


"...untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)." (Surat Qaf: 8)



Semoga kita semua diberi kekuatan untuk sentiasa mengingatiNya setiap detik yang berlalu.

Untuk meraih syurga Ilahi bukan senang kan..??

Jom kita berusaha...!!

Thursday, January 7, 2010

Bagai Pinang Di Belah Dua...


Pheewiittt..

HaHaHa...

Saja je saya ni.

Bukannya takde kerja pagi tadi. Banyak je.

Ini kira selingan.

Tahun depan takde dah peluang main salji.

Masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Sama tapi tak serupa.

Boleh laaa..

Bagai Pinang Dibelah Dua.

ekekekee.

Layaaaan...!!


Snow Girl, Saya Sayang Kamu...

Snow turun lagi di bulan Januari. Awal bukan..?

Dua tahun pengalaman di sini biasanya salji akan turun di penghujung bulan Febuari atau di awal bulan Mac.

Tahun ini. Allah dengan sifat pemurahnya memberi hambaNYA ini merasai nikmat salji itu lebih awal.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Bukan setakat London, malahan seluruh bumi permaisuri ini diliputi dengan salji. Bermula dari utara UK hinggalah ke selatan Southampton.

Subhanallah...

Sungguh terpesona dengan pemandangan yang putih dari ruang udara ketika menyaksikan berita yang ditayangkan di kaca tv semalam.

Dalam saya dan rakan-rakan yang lain seronok meraikan kedatangan salji dengan mengambil gambar, membuat snowman atau bermain snow fight...

Sebenarnya

Dalam hati kecil terkenang pada mereka yang mengalami musim sejuk tetapi hidup dalam serba kekurangan.

Tiada bekalan makanan, tiada alat pemanas malahan tiada selimut untuk melindungi kulit dari kesejukan.

Masyaallah... Allahuakbar...

Insaf seketika mengenangkan mereka. Apatah lagi dengan kelebihan yang ada pada saya di sini membuatkan saya mengucap 1000 kesyukuran walaupun kadangkala dengan adanya alat pemanas badan masih lagi mengigil kesejukan.

Selain itu dalam kami berseronok sebenarnya salji memberi impak yang buruk bagi banyak pihak.

Pertama, apabila salji tebal sekolah akan ditutup. Wah.. wahh. Kita kalau kat Malaysia sekolah tiada air atau banjir baru ditutup. Sini sebab salji. Ikutkan memanglah seronok tetapi rugi sebenarnya.

Kedua, pengangkutan awam kebanyakan tidak dapat berfungsi dengan baik. Bas dan keretapi tidak dapat bergerak kerana salji tebal. Kalau tengok di tv pun kenderaan bergerak sangat perlahan mengharung salji yang tebal. Sampaikan ada yang meninggalkan kenderaan di pinggir jalan kerana tersekat.

Ketiga, kadar bilangan pesakit akan meningkat malahan penyakit yang berbahaya juga mudah berjangkit terutamanya batuk dan selsema. Tak lupa juga H1N1 yang masih lagi ada tanda-tanda yang menghidapnya walaupun terkawal.

Eh.. Macam karangan keburukan salji pulak. Ngeee...

Bukan.. Bukan.. Ini namanya pengetahuan am.

Ok murid-murid teruskan berfikir. Cikgu bagi contoh tiga je. Yang lain kamu fikirkan sendiri.

Ceewaaahh. Mentang-mentanglah sekolah baru buka ye.

Ni gaya-gaya kena balik ni kalau nak mengajar.

Ahaa. Ini snowgirl saya. Comel tak..??

Saya buat khas untuk semua yang saya sayang.

Termasuklah pembaca blog ini.

Saya Sayang Kamu.

Terima kasih kerana sudi membaca entry-entry saya walaupun tak tahu siapa.

Semoga terhibur..!!

Wassalam.



Monday, January 4, 2010

Sahabat Yang Soleh...



Carilah sahabat yang soleh, ia akan membawa ke syurga. Ia akan meneguhkan tulang belakangmu saat hampir rebah dan menetapkan langkahan kakimu saat ia hampir terhenti. Ia akan menjadi kompas hidupmu menuju destinasi tujuan iaitu mencapai redha Allah SWT. Sahabat yang soleh itu sebahagian dari nikmat Allah yang dikirimkan kepada kita. Oleh itu, hargailah seorang sahabat sebelum ia pergi, kerana kadangkala kehadirannya di sisi kita jarang disedari, tetapi setelah dia pergi, baru kita akan tercari-cari..


Friday, January 1, 2010

Entry Pertama 2010

Satu haribulan Satu Dua Ribu Sepuluh.

No idea. Saja-Saja.

Testing..Testing..

One

Two

Three





Thursday, December 31, 2009

Sehari Lagi...

Subhanallah...
Cepat masa berlalu...
Kita bakal meninggalkan tahun 2009 dan meneruskan kehidupan di tahun 2010.

Tidak ada apa yang akan disambut sempena tahun baru memandangkan Maal Hijrah 1431H baru sahaja berlalu.

Apa yang penting kehidupan kita perlu diteruskan dalam usaha meraih syurga Ilahi.
Insyaallah...

Moga Allah sentiasa bersama kita sehingga sampai masa menemui Dia.

Panjang umur jumpa lagi.

~Assalamualaikum~



* * * * * * * * * * * *

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta



Tuesday, December 29, 2009

Boxing Day...





Alhamdulillah... berakhir sudah program yang di nanti selama ini. Syukur sangat. RASA BERTUAH..

Pertama kali buat presentation. Err.. dup.. dap..dup dap.. Punyalah kalut sampai tak habis lagi cakap dah cakap habis. agagaga. Malunyeee..!! ~Tutup Muka~

Nanti saya cerita lagi.

Penat la malam ni.

Kononnya melepas rindu sekejap la kan di blog.

~DUSH.. DUSH~

Mengada betul chef ni.

~aik.. pakai nama baru nampak~ ;P




Habis berprogram kami semua berkesempatan berpiknik di Lulworth Cove dalam MUSIM SEJUK.

Sejuk.

Masyaallah. Tak tahu nak cakap. Buktinya bila anak-anak menggigil kesejukan.

Pheeww... Terbayang lagi di mata.


Lama sangat di Lulworth Cove sampai tak sedar masa dah beransur petang.

~SOB... SOB~

Tak sempat nak ke Durdle Door. DAH TUTUP.

Huk... Hukk...

Nak pergi laaagiii rasanya.

Subhanallah. CANTIK..!!

Insyaallah. Nanti saya sambung lagi cerita ya.


Errr.. Apasal tajuk boxing day..??

;P

~Wassalam~


EHH.. cop.. cooppp..

Tu bukan gambar yang saya ambil.

Saya rompak dari Google dengan koleksi photo kak zu.

Gambar yang saya ambil..?

ADA.. ADA...

Dalam kamera lagi. Belum transfer.

Nanti eh..

~Selamat malam~

london laahh

:D




Wednesday, December 23, 2009

-6 darjah Celcius...



Sekarang jam dah tepat pukul 1 pagi.

Ini entry pendek untuk anda.

Hanya video. Cerita kemudian.

Sebab..

Sekarang di luar suhu mencecah -6' celcius.

gegegege

Sejuk ketaq orang utagha kata.

Jadi...

Apa tunggu lagi...

Bibik mahu tarik duvet sampai nampak hidung sahaja.

Cukup untuk bernafas.

Selamat Menonton.



Tuesday, December 22, 2009

Video Salji Tengah Turun...::Part 1::



Jeng... Jeng.. Jeng......

Akhirnya dapat juga saya rakamkan video masa salji sedang turun. Masa ni baru turun. Kitorang punyalah excited. Eh, bukan kitorang. Saya yang lebih. Ngeeee. Menjerit bila tahu salji tengah LEBAT turun di luar.

Mula-mulanya Makcik Pah yang sedar. Dia selak langsir masa salji tengah lebat turun. Kami semua memang tak perasan langsung. Sejuk pun tak rasa sebab heater terpasang ja. Saya pun apalagi. Menjerit bagitau Husna yang masa tu baru habis solat. Terpinga-pinga dia. HeHe.

NAk keluar tak boleh sebab tengah masak. HuHu. SABAR. SABAR.

Apalagi. Saya pun bawak naik kamera ke dapur. Sambil masak sambil ambil video.

Ini video pertama masa salji baru turun. Belum lebat lagi. Lepas ni saya upload video lain.

Tunggguuuu.........

Sunday, December 20, 2009

Snow Itu Memanglah White...


Malam 1 Muharram 1431H. Salji turun dengan lebatnya. MasyaAllah. TERUJA.




Pagi-pagi dah keluar nak tengok sekeliling. Memang best. Putih. Saujana mata memandang. Ceewaaaah...!!


Jalan-Jalan sampai setengah bukit. Tak naik sampai atas sebab ramai budak lelaki main snow fight. Sampai saya pun terkena jugak..HuHuu..


On the way nak balik rumah.


Tak semua kawasan di London mengalami salji yang tebal. Alhamdulillah, saya bertuah dapat merasainya lagi.


Malam ni pun masih berharap salji akan turun lagi. Ngeeee...

Sejuk tak nak. Salji nak.

Boleh..?

Boleh blaaahh ;D

Friday, December 18, 2009

Salji Dah Turun...!!!

Seminggu blog tak berupdate. Tuan blog diserang demam selsema dan batuk.

Baru sembuh.


Sekali sekala datang juga angin nak bersin.


Jauh


Jauh

Larikan diri

*

*

*

*

*

*

*

*

Haaaaaaccuummmm...!!

Aarrrghhh. Alhamdulillah.. LEGAnya
aa..


Selepas seminggu diam berhibernasi, bibik datang dengan khabar salji turun.


Weeehooooaaaa.... Horeyyy...!!!

Waaahhh.... Sangat SEJUK oo.. Buuurrrr...!!!

Di kawasan utara UK dah mula salji turun dengan lebatnya. Syiok la dorang malam ni tengok salji turun. Sure pakat dok teruja tak sangka. Dalam kepala dok rancang nak buat snowman dah la tu. Aiikkk.. Pandai je bibik teka. HaHaHa.

London tak taulah ada ke tak salji malam ni. Sejuk tak yah cakap la. Portable heater dah duduk dekat dengan kaki. Pheeeww. Lega. Eh. Mana lega. Still rasa sejuk sampai ke tulang. Lenguh kadang-kadang rasa.

Ikutkan salji dah turun hari Rabu lepas. Sikit sangat. Tak sempat nak melekat di tanah. Dah cair jadi air. Nak ambil gambar pun tak berbaloi. Tak nampak langsung dalam gambar. HaHa. Lain la kalau kamera canggih. Habuk pun nampak apa. Ya ka..?

23 Mac 2008
Ni tahun pertama saya merasa salji turun. Siap ada tarikh lagi. Sehari selepas hari lahir yang ke 26. Kira hadiah ulangtahun jugak la.

Ngeee. Perasan :P



Seminggu kemudian, pada 6 April 2009 turun lagi salji. Kali ni lebat sedikit. Boleh la merasa main snow fight dengan anak-anak. Masa tu tak main sangat sebab tak tahan sejuk. Almaklumlah baru sampai. KuiKuiKuiiii... Kulit pun mengada-ngada lagi. Dok menjerit. Tak tahan. Sejuk.Sejuk. KahKahKah.
Mengada la kau bibik...


Kemudian, setahun berlalu.



Ingatkan tak merasa dah salji. London bukan senang nak turun salji.

Kata kak ct lah....

Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Den
gan izinNYA.


Tanggal 1 Febuari 2009.

Jeng

Jeng

Jeng


*

*

*


Salji tengah turun dengan lebatny
a.

Sangat

sangat

sangat

sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaattttt

LEBAT.


YANG PALING LEBAT DALAM TEMPOH 20 TAHUN.
Bayangkan ye...


Pheeeewwwww....

Nak ambil gambar pun terketar-ketar tangan. Tak pakai glove maaaaa.

Leceh ambil gambar pakai glove. BLUR...

Masa tu mana nak ingat pakai payung.

OVER EXCITED PUNYA PASAL...


Sampaikaaaan....



ADA ORANG TU TAK TIDO SEMALAMAN. PUNYALAH TAKUT SALJI TAK TURUN DAH ESOKNYA. BERJAGALAH DIA SORANG-SORANG.


Sekejap dia selak langsir jeng
uk luar.

Tengok. Tengookkk....


Aiiishhh.... makin lebat salji ni.


Tak lama kemudian, dia buka tingkap ambil gambar.

Nak keluar pukul tiga pagi. Gila kau.

Naya je kalau jadi apa-apa. HuHuHu.


Tak cukup dengan melilau kat bawah. Saya naik atas kat dapur. Buka pintu dapur pegang salji. Fuh.. Sejuk.

Masa tu mana ada ingat nak buat ABC daaa.

Lagi sedap kalau dapat pekena teh panas-panas.


Ni dalam pukul 7.00 pagi tak silap. Kat bilik Syakirah tingkat tiga. Pandang sekeliling putih semuanya.

Subhanallah. Maha Suci Allah pencipta langit dan bumi.

Tak sabar betul nak keluar main salji.

Wooot..wooottt..



Hari tu memang semua tak p keja dan tak p sekolah. Kami pun apa lagi. Tak puas dengan sledging. Petang tu pakat-pakat buat snowman. Memang semangat betul.

Tak puas lagi main salji. Mana nak dapat salji tebal macam ni. Ulang sekali lagi. 20 tahun beebbb....Petang tu jalan-jalan dengan Syakirah dan Fatimah main snow fight.

Hiaaaarrrrrrghhh...

Ceehhh. bunyi je lebih. Mana boleh jerit-jerit. Kat kawasan rumah orang. Kang tak pasal-pasal kena sound.

Maryam tinggal sebab dia tak tahan sejuk. Kang tak pasal-pasal separuh jalan ada yang ajak balik. Tak mau aahh. HiHiHii.

Tak tau nak ungkapkan macamana. Pandang sekeliling putih suci bersih. MasyaAllah. Cantik. Sampaikan air sungai pun beku jadinya. Memang jauh di sudut hati saya seribu kesyukuran saya panjatkan kepada Allah swt kerana dengan izinNya saya dapat merasai peluang bermain salji. Alhamdulillah.


Sejuk. Grrrr..

Semasa entry ini ditulis salji sedang turun untuk kali kedua pada tahun 2009 sempena 1 Muharram 1431H.

Harap-harap esok salji semakin tebal. Yeaaaa..!!

Friday, December 11, 2009

Mak Di London - Hari Keempat Di Oxford Street..

Seperti yang dijanji, hari Jumaat saya bawa mak jalan-jalan di Oxford Street. Syurga membeli belah bagi semua yang datang ke London. Tempat yang paling popular semestinya Primark la kan. Bagi saya yang tak tahu jalan ke Primark pun boleh agak di mana lokasi mall tu dengan melihat arus orang yang datang memegang beg Primark datang dari arah mana. Lagipun jalan tu lurus sahaja. Dari hujung sini ke hujung sana semuanya memang tempat untuk shopping.

Orang jangan cakap la. Memang ramai betul. Lagi-lagi dah dekat krismas ni kan. Masing-masing ambil peluang untuk shopping. Kami pun sama tumpang menyibuk jugak.

Mak di hadapan bangunan Selfridge

Sebelum sampai ke Primark, kami singgah pusing-pusing dulu di Christmas Market ( ehm.. ye ke nama dia. agak-agak je. lupa sudah)

Jumpa dengan kakak jual kacang. Comel kan dia..!! Kulit dia bersih. Terpegun sekejap. Eh bukan. Terberangan nak kulit macam dia.

Habis jalan-jalan kami pun terus bergerak menuju ke Destinasi Cinta. Haha. Ehm, bila diingat balik (sumpah takkan lupa) kat sinilah dompet saya hilang a.k.a dicuri. Tak sedar langsung. Dalam saya duk peringat makcik, opah dan mak supaya berhati-hati, Allah izin saya yang kena. Redha. Orang yang ambil tu dia lagi perlukan duit tu dari saya. Barangkali. Sampai sekarang saya tak hubungi langsung Counter Service Primark untuk bertanyakan hal dompet. Kira hilang tu dah la. Takde rezeki namanya.

Minggu ni pula bila telefon mak, masing-masing berkenan dengan beg ala-ala 'Chanel' mak tu. Akak siap rembat yang mak punya lagi. Dah la mak pakai yang Ucu punya. Sekarang mak pesan minta saya belikan empat biji lagi. Waaa... Malasnya nak p beli.


Bersambung....

Thursday, December 10, 2009

Nak Makan Kueh Ni...!!!!


Kueh Koci Pulut Hitam ni mak buat masa datang sini bulan sudah. Sedap BANGaaaatt..!! Hari tu langsung saya tak makan nasi. Dari pagi sampai ke malam bersambung hingga esoknya saya dok MENGKETEDARAH kueh ni saja. Nak lagi best inti dia pun mak masak dari Malaysia. Amacam. Hebat tak mak saya. HeHe.

Sekarang. Saya duk teringat lagi keenakan kueh ni masuk ke anak tekak. Nak buat saya MALAS. HukHuk.

Mak... Datang la London buat koci lagi.

Ceeitt. Nak datang London semata-mata nak makan koci. Mengada la kau ma. HAHAHA.

Err.. Rajin datang la meresap dalam badanku. Baru la boleh makan koci. Walaupun takde air tangan syurgaku. Sob.. Sob...

Sudah.. Sudah... Tengah malam dok merapu lagi. Bye-bye blog. Bibik nak sambung baca novel.

Psssttt.. ada sesiapa terliur. Hehe. Cepat-cepat dapatkan di gerai berhampiran.

Muahaha.

Selamat Pagi Malaysia...!!!


Mak Di London - Hari Ketiga...

Mulanya berangan nak menulis setiap hari. Angan tetap menjadi angan bila batuk dan selsema menyerang. Alasan. HaHaHa. Dah buka blog tapi nak menulis takde mood. Bila toleh je sebelah novel dok tersengih. PAP.. Terus capai novel masuk dalam duvet dan tak pandang dah blog. Tenggelam dalam keseronokan membaca sampai la terlena. Nak tutup lappy pun jenuh bangun. Sampai la hari ni novel masih tersengih. Arrghh.. Tak peduli. Malam ni kena juga keluar satu entry. Entry separuh tergoda nama dia.

Ehm.. Sekejap nak ingat balik cerita hari ketiga. Oh.. begini mulanya...

Hari ketiga seperti yang dirancang sejak berminggu-minggu yang lalu ( ceehh.. rancang la sangat. Setakat tengok map tak sudah rancang la sangat ye bibik. Hehehe) kami memulakan pengembaraan menakhluk Kota London. Amboi. Sedapnya menggoreng ayat. Guna perencah apa bibik..? :P

Setiap hari kami akan memulakan perjalanan dari Woolwich Arsenal dan menukar tube di Canning Town untuk mengambil tube dari Jubilee Line menuju ke Central London . Setiap hari juga saya akan melayan pertanyaan mereka pabila bertanya tentang cara menyebut nama-nama tempat dengan betul.

Ma. Ni nak sebut macamana?

Woolwich Arsenal mak. Jangan disebut huruf Wnya.

Ma. Ni opah tak pandai nak nyebutnya. Cuba kau sebut dulu?

Southwark opah. Dengan lidah tergeliat say
a pun menyebut. HuHu.

Kita nak pergi mana ni ma?

Kita nak pegi tengok Big Ben, House Of Parliament dengan London Eye.

Oh..
Sambil mengangguk tanda setuju.

Aaarrgghh. Rindu suasana meraikan mereka berjalan dalam cuaca di musim sejuk. T___T

Seratus peratus perjalanan kami menggunakan perkhidmatan awam. Bagi saya dan mak ini amat menyeronokkan kerana sejak kecil kami memang sudah dibiasakan menaiki bas untuk ke mana-mana. Berbeza dengan opah dan makcik yang biasa memandu sendiri. HuHu. Kadang-kadang terpancar keletihan di wajah mereka bila kaki sudah penat berjalan. Kadang tu bila sesat atau tersalah train lagi la memenatkan. Nak buek camno. Pemandu pelancong takde tauliah. agagaa.

UK adalah destinasi percutian yang sangat sesuai untuk mereka yang suka berjalan. Kalau sesiapa yang dah terbiasa naik kereta bila sampai destinasi yang di tuju terus turun pastu jalan dua tiga langkah dengan kasut 3 inci jangan harap la nak tawaf London sampai malam. Kirim salam. Baik korang simpan angan-angan. Tak pun kalau nak jugak bergaya hadap la kaki melecet sepanjang masa. HuHu.

Bangunan pertama yang kelihatan bila keluar sahaja dari Westminster Station adalah Big Ben. Orang tak usah cakap la ye. Ramai bebenor. Walaupun hari bekerja. Sedang saya asyik menonggeng mencari sudut TERBAIK untuk mengambil gambar datang seorang perempuan menawarkan diri untuk membantu. Baik betul dia.

Jalan-jalan lagi di Westminster Bridge maka kita akan disajikan dengan pemandangan bangunan House Of Parliament yang terletak bersebelahan dengan Big Ben. Ewaah. ewaah. Ni dah jadi ayat pemandu pelancong je gayanya. Ngeee.

Jalan lagi kedepan mata dah dihidangkan dengan gahnya berdiri London Eye. Kat sini makcik tanya.

Kita tak naik ke benda ni ma..? merujuk kepada London Eye.

Saya jawab. Nanti minggu depan kita naik ye. Hari ni kita tengok je dulu.

Cehh, macam budak-budak je bunyinya
memberi janji. HuHu.

Dari Westminster Bridge kami bergerak mencari Trafalgar Square. Mak yang bersungguh-sungguh nak ke sini. Saya tak bercadang pada mulanya nak ke sini. Sejak awal lagi dia dah pasang niat nak bagi merpati makan. Bila saya bilang tak boleh kerana dilarang oleh pihak berkuasa terus mak terdiam. Dalam tak boleh mak tetap juga beri curi-curi. Sampai kami ditegur oleh seorang pelancong yang nampak kami memberi kerepek pisang kepada burung. Haha. Merpati makan kerepek. Merpati yang sempoi. Layan...

Mak sedang melayan panggilan dari akak. Masa ni tengah cakap dengan Wawa dan Jihah. Antara soalan mereka.

Mak Tok tengah main salji ke? Hehehe.

Puas mengambil gambar di Trafalgar Square, kami mula mencari tempat untuk solat. Part ni saya garu kepala. Nak solat kat mana. Mulanya dalam hati nak je suruh mak solat dalam train arah balik nanti. Memandangkan mereka dah tak boleh 'tahan'. Saya pun mula melilau mencari tempat.

Seberang jalan dari Trafalgar Square adalah bangunan Malaysia Tourism. Mak mencadangkan saya bertanya jikalau boleh kita menumpang solat. Saya dah cuak nak bertanya. Malu pun ada sebab tak biasa. Dua tiga kali juga saya berdolak dalih dengan mereka. Sampai bila mereka mendesak saya pun dengan TERpaksa buat muka tebal bertanya.

Alhamdulillah pakcik yang menjaga kaunter memberi keizinan menggunakan bilik rehat mereka untuk menunaikan solat. LEGA. Sebelum tu sempat lagi ditegur dengan mak. Kita sepatutnya takut dengan Allah bukan manusia. Kan dah kena batang hidung. KuiKuiKui. Jadi. Kalau korang datang London, singgah la di sana untuk solat. Insyaallah mereka kasi punya.

Sambil menunggu mereka selesai menunaikan solat saya sempat berbual panjang dengan pakcik yang saya dah LUPA namanya. Banyak ilmu yang saya dapat dari pakcik yang sudah 39 tahun bekerja di London.

Antaranya pakcik ada menyebut London tak sesuai dengan jiwa melayu. Kita bangsa yang hidup bermasyarakat. Keluar ru
mah biasa menyapa jiran. Ada kenduri kita berewang. Nak minum teh tarik kita ke kedai kopi. Kalau sakit ada saudara atau jiran yang datang menjenguk. Bla. Bla. Bla...

Err. Panjang kalau nak dikongsi. Apa yang penting saya juga merasakan London bukanlah tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal untuk selamanya. Tak kena dengan jiwa saya. Cukuplah paling lama
3 tahun merasa pengalaman di sini. Sekarang pun saya dah bosan menghadap kehidupan di sini. Tak sabar NAK BALIK.

Ok. Selesai mereka solat kami meneruskan lagi jalan-jalan mencari No.10 Downing Street. Mulanya saya pun tak tahu apa kebenda la nama yang mak sebut ni. Rupanya mak nak tengok pejabat Perdana Menteri. HaHaHa. Kan dah kena sekali. Jalan dengan mak bukan jalan menonong je. Dia dah siap buat 'homework' tempat-tempat yang MESTI pergi sepanjang di sini. HuHu. Malu sekejap. Pelancong lagi terer dari pemandu.

Dalam dok mencari dan bertanya arah No. 10 Downing Street kami bertemu dengan sekumpulan burung merpati yang sedang liar mencari makan di St James's Park. Lalu kami mencuba nasib dengan menabur serbuk-serbuk roti ke arah mereka. Dengan sekelip mata datang berpuluh-puluh ekor merpati yang kelaparan. Apalagi seronok la mak. Tak cukup di Trafalgar Square kat sini pula bersambung.

Jinak-jinak merpati. Kat tangan mak pun berani.

Bangunan House Of Guard.

House Of Guard.

Ehm. Lepas bergambar di sini saya masih mencari No 10 Downing Street. Bertanya dengan seorang pelancong lalu dia memberi arah. Jumpa dengan signboard Downing Street tapi saya tak jumpa pintu yang bernombor 10. HuHu. Bila saya google kembali barulah saya nampak jelas di mana kedudukan pintu tu. Ehm. Saya tak pasti samada pelancong boleh bergambar di depan pintu dengan bebas atau perlu kebenaran pengawal. HuHu. Entah. Pemandu pelancong tak tau.

Jalan-jalan kami tak habis setakat di Central sahaja. Bersambung dengan acara shopping di Woolwich Town. Saya layankan saja sambil makan French Fries dengan Fatih. Hehe. Penat lorrhh.

Akan Bersambung Lagi...


Saturday, December 5, 2009

Mak Di London - Hari Kedua...

Hari kedua mak di sini saya tak bawa ke mana lagi. Masih mahu bermanja dan mengada-ngada lagi dengan mak. HaHa. Mana ada. Mak yang manja dengan saya. Siap masak saya panggil makan. Belum lapar saya dah siapkan roti dengan air panas. Senang mereka nak bancuh air. Mula-mula nak jugak bermanja. Mana tahu mak nak masak. Sampai tengahari mak buat dek je. Boleh lagi dia bersembang dengan opah dan makcik. Tak pa. Tak pa. Bagi chance. Mak kan datang bercuti.

Dah sampai petang mana boleh jadi. Nampak gaya saya juga kena masak. Huahaha. Yang seronoknya sambil saya masak sambil mendengar mak, opah dan makcik bersembang. Best sangat. Terasa meriah rumah macam kat kampung. Sambil-sambil tu saya pun tumpang menyampuk sekaki dari dapur.

Fatih pun sekejap sahaja dah mesra dengan mak. Siap boleh duduk atas riba mak lagi sambil mak membaca. Dah tak heran saya sikit pun. Konon tumpang bermanja la kan. Nenek jauh kat Malaysia. Dapat nenek angkat pun jadilah. Kongsi. Nak tunjuk gambar pun tak boleh sebab mak tak pakai tudung. Jadi saya cerita aje lah ye.

Kesimpulannya hari kedua tak pergi ke mana lagi. Saya bagi peluang kat mak berehat dulu sebelum saya dera mereka berjalan. HaHa. Dasyat oo penangan jalan di London. Nanti saya cerita last episod. Sabar ye..!!

Oh.. ya. Hari kedua tu saya masak Ikan Keli Masak Sambal. Perrghh, sedapnya tak tahu nak cakap. Pedas. Kalau ikutkan memang tak cukup. Cukuplah dapat merasa sorang sikit. Bagi kat Husna lima ekor. Nanti balik Malaysia boleh makan lagi.

Selesai masak mak ajak keluar jalan-jalan kat sekeliling rumah. Selalu saya jalan dengan anak-anak. Kali ni Allah izin dapat jalan dengan mak. Suka sangat. Sambil berjalan opah boleh buat lawak.

Takde ke gerai-gerai goreng pisang kat tepi jalan ni ma..?

HaHaHa.

Gelak saya bila opah tanya macam tu. Habis pusing pun tak jumpa satu gerai tepi jalan. TAKKAN ADA PUNYA. Kalau kita jual pun tak tentu LAKU. Buat makan sendiri ja. Lama-lama tutup kedai balik Malaysia.

Saya bawa mak jalan-jalan sampai ke Thames River. Tengok kapal lalu di waktu senja. Masa tu dah gelap. Campur dengan angin yang kuat terasa jalan pun badan macam ditolak angin. Muka dah kebas kesejukan. Jalan pun cepat-cepat sebab tak tahan dah sejuk.

Jadi. Itulah saja cerita hari kedua mak di London. Takde apa yang best. Masuk hari ketiga baru saya bawa mak keluar berjalan.

Bersambung...

Friday, December 4, 2009

Mak Di London - Hari Pertama...

Conteng-conteng sepanjang dua minggu mak di London. Ehm.. sekejap nak imbas kembali sejak hari pertama mak sampai.


~17hb November 2009~

Alhamdulillah mak selamat sampai seperti yang dijangka. Jam 9.20 malam waktu UK pada tarikh 17hb November 2009. Kami ( saya dan Husna) menunggu sejak jam 9 malam lagi di Stansted Airport. Sempat update status di Facebook menggunakan perkhidmatan internet berbayar. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan mak agar selamat tiba di Bumi Permaisuri ini.


Selepas sejam lebih lamanya menunggu akhirnya saya nampak kelibat mak dari jauh. Perlahan-lahan saya merapati mak yang melilau-lilau mencari saya. Apabila semakin dekat saya menghulurkan salam lantas tanpa membuang masa memeluk erat mak yang sudah lama tak berjumpa. Selepas sekian lama tak berjumpa inilah peluang untuk saya mencium kedua pipi insan yang sangat saya sayang. Perlahan saya mendengar mak mengucapkan syukur dapat lagi berjumpa dengan anak yang jauh di perantauan.

Allah permudahkan urusan mak untuk masuk tanpa menuntut soal jawab yang panjang dari pegawai imigresen. Lantas kami pun segera keluar dari lapangan terbang kerana teksi yang disewa sudah lama menunggu.

Dalam perjalanan semuanya terdiam kepenatan. Masing-masing melayan mata dengan melihat pemandangan Kota London di waktu malam. Dalam hati masing-masing terucap seribu kesyukuran kerana diberi peluang untuk berjalan dan menikmati keindahan bumi ciptaan Ilahi.

Sampainya kami di rumah jam sudah melewati tengah malam. Saya sudah kepenatan pada asalnya. Melihatkan mak yang masih segar berbicara membuatkan saya menangguhkan seketika niat untuk beradu. Rupanya mak dah puas tidur dalam perjalanan tadi. Patutlah cergas saja lagak gayanya.

Dalam kepenatan sempat lagi mak memunggahkan barang-barang yang di bawa. Dalam hati berlagu riang bila melihatkan barang yang dipesan semuanya selamat tiba tanpa perlu diperiksa. Ada ikan keli goreng, keropok lekor, pewarna sirap, inti kueh koci, baju kurung, tudung dan yang paling best ialah NOVEL YANG MENIMBUN. Malam tu juga mak suruh saya simpan semua barang yang perlu dimasukkan ke dalam peti ais dan mengasingkan barang yang kering.

Sedar tak sedar jam melewati angka tiga. Selepas siap mengemas semuanya masing-masing pun mula terasa nak menarik selimut. Saya pun apa lagi. Ajak mak tidolah. Esok sambung cerita. Mengantuk tak boleh nak tahan lagi.

Bersambung...

Wednesday, December 2, 2009

Banyak....

~Syurgaku~

Alhamdulillah, mak selamat sampai di Malaysia jam 8.15 malam tanpa sebarang masalah. Siap tambah kenalan lagi dalam kapal terbang. Saya pun banyak cerita nak kongsi dengan blog sendiri. Tetapi.... Cuaca tak mengizinkan. Saya kesejukan di dapur rumah Ezzah. Apasal kat rumah Ezzah. HoHoHo. Panjang cerita. Nantilah. Sekarang mahu lari melepak di bilik Ezzah. Baca novel.

tata..