Friday, February 5, 2010

2 Hari Sesudah 2 Tahun...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...


Dah dua tahun saya berada di London. Sihat. Gembira. Seronok. Montel. Comel. Errr.. Perasan. Bluweekk. Hik Hikk. Macam ni la. Tak berubah-ubah pun dari segi fizikal. Macamana datang dua tahun lepas. Macam ni la juga sekarang. BELUM BERUBAH. T____T. Mak dah bising. Bila nak kurus..? Chaiyoookkk Irma..!! ;P


Apa yang saya perolehi sepanjang dua tahun berada di London.

SATU... Saya menjadi manusia yang SABAR dan sentiasa berusaha untuk MENJADI LEBIH SABAR. Dulu sebelum datang ke Londo
n saya memang seorang yang KURANG SABAR. Cepat marah. Anak no tiga la katakan. HeHe. Bila berada dalam suasana yang soleh. Melihat sendiri bagaimana sabarnya kak ct dan suami melayan kerenah anak-anak. Membuatkan saya berfikir. Proses balik diri. SAYA MESTI BELAJAR BERSABAR.


DUA... Saya semakin pandai MASAK. ececee. Yolah tu
. Dulu saya tak reti masak kari. GAGAL. Ingat lagi kari yang dimasak tak naik minyak. Punyalah ngelat. Saya letak minyak masak lagi masa dah masak. Pun tak naik juga minyak. wawawaa. Sadis betul bila ingat balik.

Sekarang. Pejam mata sebelah pun gerenti jadi punya.
Hehehh.

Saya dah cuba kebanyakan resepi barat. Di Malaysia dulu memang saya TAK PERNAH masak semua menu yang saya cuba di sini. Mak pula memang bukan PAKAR dalam masakan barat ni. Setakat makaroni bakar tu boleh la. Yang lain memang saya takkan dapat belajar dari mak. Kena belajar sendiri.

TIGA... Saya semakin menghargai KELUARGA. Jauh kan. Mana boleh sesuka hati nak balik hujung minggu macam dulu. Telefon la sebagai penghubung kasih antara saya dan mereka. Kadang-kadang tu seminggu sampai dua tiga kali saya hubungi mereka. Bila ada masalah saya yang jauh ni jugalah menjadi pendengar yang setia. Cuba mencari penyelesaian ataupun paling kurang tadah telinga untuk menjadi pendengar. Nasib la telefon sini murah.


EMPAT... Jauh perjalanan luas pengalaman. Betul. Saya setuju dengan kata-kata ini. Tak dapat disangkal. Merasai pengalaman berjalan melihat budaya, cara hidup dan pemikiran mereka dari apa yang ada sekarang membuatkan saya kagum dengan mereka. Tak banyak. Sikit je. Mana yang baik saya ambil. Yang buruk tolak buang jauh. Piuuuunnngggg... masuk lombong..!! ;D


LIMA... Masa yang flexible. Best oo kerja jadi bibik ni. Bangun pagi lepas solat subuh boleh golek-golek atas katil. Tak payah mandi dah boleh pergi kerja. HaHa. Ikut suka hati je nak kerja macamana. Tak payah fikir nak gosok baju apa. Nak pakai baju mana. Haaa.. lagi best. Dah dua tahun tak buat baju baru. Betapa jimatnya saya. HuaHua. Jimat kat situ. Boros kat lain. akakaka. Lagi best, Tension tu takde. Boring je kadang-kadang datang. Tu pun tak lama. Bila fikir orang lain yang tension kerja. Saya kira kenapa perlu merungut..? Ini kan pilihan saya.


ENAM... Saya dapat bawa mak jalan-jalan di London. Lebih manis lagi makcik dan opah menemani mak sepanjang dua minggu mereka di sini. Kepuasan yang tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Sampai sekarang bila dikenangkan balik airmata saya akan bergenang. Bukan kerana sedih. Tetapi saya gembira kerana dapat memenuhi hajat mak untuk melihat negara orang.


Eehhmm.. cukuplah. Malas nak fikir apa lagi. Kalau disambung memang panjang berjela. Udah-udah ler tu...!! :D


Ada juga suara-suara yang mempertikaikan kenapa saya berhenti dari mengajar dan ingin bekerja sebagai pembantu rumah. Rugi
kata mereka dengan pengalaman yang saya ada sebagai seorang guru. Ada juga rasa menyesal masa dengar kata-kata mereka. Saya ni kan degil. HeHe. Kalau saya nak. Saya akan buat bagi jadi. Masa tu saya tak kisah apa orang nak cakap. Yang saya nampak masa tu. SAYA DAPAT PERGI LONDON. Whooaaaa... seronok tak yah cakap la ok. Kalau nak harapkan kerja sebagai guru swasta memang TAKKAN DAPAT MERASA.


Bukankah ini namanya PELUANG. Alhamdulillah, peluang yang saya rebut ni sedikit pun tidak merugikan malahan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.


Insyaallah. Pengalaman yang saya dapat di sini akan membuka peluang yang lain untuk saya semasa di Malaysia nanti. Moga Allah permudahkan urusan saya. Ameen...


Tahukah kamu. Bila berjauhan dengan keluarga. Di
mana tiada siapa yang menjaga kamu. Tiada siapa yang menemani kamu. Maka kita akan meletakkan Allah sebagai tempat bergantung sepenuhnya. Nak tak nak memang kena yakin Allah sebagai pelindung. Itulah yang saya rasa selama berada jauh dengan keluarga. Adakalanya saya berjalan seorang diri. Tiada teman. Memang kepadaNYA jualah saya memohon perlindungan. Alhamdulillah. Selagi mana niat kita betul. Tidak melanggar batas-batas syariat. Selagi itulah Allah akan bersama kita. Kena yakin. Bukan setakat hari ini tapi untuk selamanya. Insyaallah..



Ada kawan-kawan yang dah mula bertanya.


Ma.. nanti bila awak balik. mesti awak rindu dengan Fatih kan..??


T_______T

Bukankah pertemuan itu sahabat kepada perpisahan.



Monday, February 1, 2010

Selamat Tinggal Januari...

Hari terakhir menjelangnya bulan baru.


~Februari~


9 bulan lagi.


Yeeaa... Yeeaaa..

ibaratnya seperti perempuan yang mengandung menantikan detik kelahiran yang

ditunggu-tunggu.


~ececeee~


Cepat kawan-kawan. Anak sapa lahir bulan 10 ada hadiah dari cik irma.

:D





Sunday, January 31, 2010

InshaAllah By Maher Zain...




~InshaAllah~

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You cant see which way to go
Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you cant repent
And that its way too late
Yourre so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Turn to Allah
Hes never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps dont let me go astray
Youre the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah well find the way



Saturday, January 30, 2010

Chocolate Banana Cake.


Chocolate Banana Cake Recipe
  • 2 cups (400 grams) granulated white sugar
  • 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (75 grams) cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 large eggs
  • 1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
  • 1 cup (240 ml) warm water
  • 1/2 cup (120 ml) milk
  • 1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
  • 1 1/2 teaspoons vanilla essence
  1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
  2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
  3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
  4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
  5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
  6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
  7. Remove from oven and let cool on a wire rack.

Resepi dicilok dari sini ya..!!

Selamat Mencuba...



Aaauuuummmm....



Sabtu Yang Masyukkk...!!

2o minit lagi menjelang tengahari. Saya masih bermalas-malasan di atas katil sambil mendengar nasyeed. Malas nak turun katil. Malas nak keluar bilik. Malas nak mandi. Dari pagi tadi melayan Facebook melihat aktiviti kawan-kawan sedunia. Tegur-tegur sikit. Banyaknya dengar nasyeed. Duk ulang tak habis-habis. Memang la takkan habis. Duk ulang-ulang je dari pagi. HaHa. ~sengal~

Makanya hari Sabtu akan menjadi hari untuk saya bermalas-malasan sekejap.


Kan saya dah kata sekejap je.

Memang sekejap je la.

Dah.. dah... Dah nak turun dari katil.

Bye...!!


Oppss.. Jom dengar nasyeed ni sama-sama.






Best kan..!!


Pelanggan Setia Di Dapur ...





Mai.. mai.. Saya nak share video Fatih semalam. Masa ni saya baru je sudah membakar kek. Sedang saya sejukkan kek atas rak. Datang Fatih nampak kek terus minta sepinggan. Sambil Fatih makan saya ambil video.



Saya tengok gelagat fatih makan pun dah tergelak. Berselera sungguh. Masa ni memang dia tengah lapar. Tak makan nasi lagi seharian. Pulun sungguh dia makan. Bagus betul pelanggan saya sorang ni. ahaakkss..!!


Haaaa... sabaq.. sabaq. Saya nampak korang telan liur. Nanti saya poskan resepi. Senang je. Ceeewaaahh..!! ;D

Kambing Panggang...

Menu DINCH (lunch + dinner) kami hari ni kambing panggang dimakan bersama nasi daging. Untuk menambahkan pecutan menyuap kita makan dengan sambal belacan. Nyuumm.. Nyuuumm. Kat sini harga daging kambing lebih murah dari harga daging lembu. Sekali beli terus seekor. Buat stok sebulan. Seminggu sekali layan makan daging kambing. Kat sini daging kambing tak berbau HAMIS. Betul. mana ada saya tipu. Tak bau langsung. Dah dua tahun saya makan daging kambing. Memang syioookk laaa.


Saya agak sebab kambing tu masih muda. Peluang dia untuk tak mandi tu sedikit berbanding kambing tua. agagaga. Betul kan.. kaaann..? Boleh pakai kan teori saya ni. HeHe. Jadi teori tak pandai sembelih atau pandai tu tak boleh pakai la kan. Rasanya sembelih semua sama ja cara. Ke sebab penyembelih pun tak mandi tu yang jadi kambing pun berbau. Teeeett... aiyoookk..!! :P


Lauk ni memang menjadi kegemaran Fatimah. Saya tau dah. Kalau masak kambing mesti dia suka. Belum masak lagi kambing dah ditanya. Bila nak masak..? Lama lagi ke nak masak? Pukul berapa saya boleh makan? Saya lapar ni. HaHa. Saja je saya lengah-lengahkan tutup api oven. Dia dah tak sabar nak makan. Kan seronok kalau hari-hari macam ni. Bersemangat nak makan sampai tak sabar-sabar.


Ini resepi memang betul campak-campak yang kak ct ajar saya kalau masak kambing. Takde sukatan langsung. Hehe. Selalu saya memang campak-campak je terus. Kali ni saya buat sukatan sebab nak masukkan dalam blog. Boleh la kalau ada sesiapa nak cuba.

Bahan-bahan:

1 bahagian kaki kambing


1 sudu besar pes nasi goreng ADABI
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil chicken seasoning
3 sudu besar madu
1 sudu besar thyme
1 sudu besar rosemary
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil lada hitam
minyak zaitun

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan. Lumurkan bahan pes dan perap selama 5-6 jam. Lebih lama diperap lebih sedap. Bakar lebih kurang 1 jam 30 minit dalam suhu 180' C.

Boleh dimakan dengan nasi putih atau kalau rajin buatlah nasi daging ka. Nasi tomato.. Apa-apa saja. Makan begitu saja pun sodaaapp..!! :D

Tips dari Chef Norzailina Nordin:

Untuk 20 minit pertama, panggang kambing pada suhu 200 C. Kemudian turunkan suhu pada 180 C dan panggang selama 1 jam 20 minit lagi.

Secara amnya, untuk setiap 500 g kambing, anda perlu panggang selama 20 minit. Jadi, kambing yang seberat 2 kg akan mengambil masa (20x4=80 minit). Manakala kambing seberat 3 kg akan memakan masa (20x6=120 minit=2 jam). Namun begitu, yang sukakan daging yang tidak begitu masak (half-done) boleh mengurangkan masa membakar.


See.. See.. buah hati saya yang dah besar ni. Makan sambil tengok Thumbelina. Sepatutnya pinggan tu untuk Fatimah. Bila Fatih nampak terus dia ambil. Shiaann.. Fatimah. Hik..Hiikk...


Thursday, January 28, 2010

Belgian Chocolate...


Cik Kiaahhhh.. Tutup mulut tu sikit. Meleleh air liur tu kang ;P

Gebusshh sekali. Saja je kan tayang chocolate ni.

Awak suka yang mana..??

Pilih..Pilih....

Nanti kami kat sini tolong makankan yee..

;D

Conchiglie Meatball With Cheese

Semalam baca entry tentang menu-menu di William kat blog Lily. Wallaahhh.. air mata bergenang tengok harga makanan dia. HuHu. Siap la kredit kad kalau nak makan sana.. Eeehh.. boleh pakai ke kredit kad. KuiKuiKui.


Kalau tengok ghupe pasta saya agak-agak korang meleleh tak air liur..?? Cheehh..perasan. Ada hati nak buat ala-ala Pakcik William. Jauh bebenor rupa parasnya. Lain mak lain bapak. Dah.. dah.. p main jauh-jauh.


Masa nak makan saya tak boleh la nak bubuh cheese banyak-banyak. Saya bukan HANTU KEJU. Ni pun buat sikit je. Habuan nak alas perut. Makan siap-siap. Kang dah turun masuk bilik bila tengah malam lapar baru nak makan. Malas dah nak naik atas.


Resepi sama je dengan yang sebelum ni. Kali ni cheese dia saya cairkan masuk dalam microwave. Pastu guna pasta yang lain. Tu je.



Tak leh lawan la meatball Pakcik William...

Rasa..??

Tu kena balik Malaysia la kalau nak tau..!!

( ",)


Bubur Jagung Punya Cerita Laahhh...


Hari ni teringin nak makan bubur jagung. Sebenarnya dah lama. Malas je nak layan tekak ni. Hari ni terlebih rajin. Awal-awal lagi dah masuk dapur. Dalam duk kalut cari bahan, tengok-tengok stok sagu dalam botol dah habis. Cari merata tempat pun takde. Cari plak dalam stor makanan ada satu kampit besar yang berjudul 'TAPIOCA'. Rupa macam sagu tapi apasal nama tapioca. Ni yang payah kalau istilah dalam BI. Kalau translate memang la tapioca ni ubi kayu. Apasal ghupe macam sagu..??


Aarrrgghhh... kalut betul. Nak tanya kak ct dok ingat dia sibuk. Hari Rabu selalunya ada meeting. Tak nak la kacau. Nak tanya mak pulak lagi la mana dia tahu. Sagu dalam bahasa omputeh panggil apa. HuHu.


Akhirnya dengan berbekalkan semangat 'CAMPAK DENGAN BIJAK'. Saya pun dengan memandai-mandainya rebus dulu tapioca. Nak tengok apa jadi. Dalam 15 minit tak jugak bertukar jadi warna putih. Macam larut je dalam air. Dok kacau-kacau pun tak nampak apa. Aiyoookk.. Sudah. Kan dah membazir. Errr.. takpe. Takpe. Dalam cubaan masak memasak ni memang kadang-kadang menjadi rezeki sinki la akhirnya. KuiKuiKuiii... JANGAN PUTUS ASA ye adik-adik semua..!! Kak Ct jangan marah eh.. PEACE..!! Tak banyak buang. Sesudu je. Ada lagi sekampit kan.. kan.. HEHEHE.


Tak dapat sagu tak bermakna buburku tak menjadi. Nak jugak makan bubur jagung. TAK KIRA. Dengan semangat yang masih berbaki, saya buat juga bubur walaupun tak menggunakan sagu. Dah siap semua bahan saya masukkan. Bubur pun dah menjadi dengan wanginya. Waalllaaahhhh.. Yumm.. Yuuuumm..


Tiba-tiba datang idea gila...


Apa kata saya bubuh je tapioca barang sesudu dua. Nak tengok apa akan jadi kesudahannya. HaHaHa. Dengan lagak sempoinya, saya pun basuh dua sudu sagu dengan lafaz bismillah. Sambil tuang dalam periuk sambil baca bismillah lagi. Phuuhhh... minta-minta menjadi.


Tunggu punya tunggu punya tunggu. Lama-lama tapioca tu bertukar menjadi jernih. PLIINNGG... memang la hairan binti ajaib betul. Apasal tadi saya buat tak bertukar menjadi jernih. Bila dah siap bubur masak warna coklat. Elok plak dia kernyih jadi warna jernih. Ke saya yang dah buta warna. Memang la tak nampak jernih dah rebusnya dalam air putih. KAHKAHKAAHHH.


Adooiii.. lawak betul la. Nasib la menjadi bubur jagung tu. Kalau tak, naya je kempunan bibik nak makan bubur. HeHehhh. Jadi lepas ni dah tau la. Tapioca tu memang sagu. Eehhmm... tapi masih lagi musykil bin pelik. Tapioca Floor tu bukan tepung ubi ka. Tepung ubi dengan tepung sagu sama ka...??? Aiyooooo.. nampak gaya nak kena tanya pakar la nanti.


Assalamualaikum, maakk....!! ;D

Monday, January 25, 2010

Lamb Fajitas...


Bahan-bahan:

Kulit fajitas
1 biji bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - didadu
1 sudu rempah kari
1 mangkuk kecil cili benggala - didadu
Timun yang dipotong memanjang
sedikit garam
lada putih ~ optional

Cara-cara:

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan rempah kari. Kacau. Masukkan daging. Masak sehingga garing. Masukkan cili benggala. Jangan lupa garam dan lada putih ye. Kacau. Tutup api.

Angkat inti dan masukkan dalam mangkuk. Biarkan sejuk seketika. Gaulkan bersama mayonis dan timun.

Ambil sekeping kulit fajitas. Belah kepada dua bahagian. Isikan inti dan gulung.

Sedia untuk dimakan.

Simple dan Sedap.

Selamat Mencuba..

Sunday, January 24, 2010

Jaja & Din..



Alahai.. inilah antara sebab Malaysia tu BEST...

Bila keluar novel baru boleh terus BELI.

Ini nak kena tunggu siapa nak datang London la pulak. wawawaa.

Lambatnya lagi nak tunggu bulan April. hukhuukk....


Ada sesiapa nak datang esok...??

Nak kirim...

Pleeeeeeeeeeeeeeeeeeaaaaaseeee....


Sloppy Joe...


Semalam punyalah jenuh cari resepi. Apalah yang nak dikelentang kelentungkan untuk sarapan pagi. Puas merayau hampir setiap ceruk dapur orang. Belek resepi semua tak kena. Hampir putus asa jugaklah sikit. HuHu. Dah nak pukul 12 tengahmalam baru la jumpa. HOOOREEYY..!!


~alhamdulillah~

So.. inilah dia sarapan pagi kami tadi. Kalau ikutkan boleh je pakai daging burger. Takpalah. Kita cuba yang ni. Bukan susah mana pun. Kalau dapat sambutan boleh buat lagi. Kalau tak. CUKUPLAH SEKALI.



Bahan-bahan:

12 biji bun burger / bun hotdog

1 kg daging / ayam cincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang / didadu halus
1 cawan tomato sup
1 cawan tomato puree
1/2 cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu besar mustard - boleh dilebihkan kalau suka
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang2 cincang sehingga wangi dan sedikit garing
  • masukkan daging/ayam cincang dan gorengkan sehingga masak
  • akhir sekali masukkan semua bahan2 yang lain dan renihkan selama 20 min
  • sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
  • padamkan api
  • hidangkan dengan bun burger atau boleh juga dibuat seperti coney dog sauce

Fatimah awal-awal dah tolak. Tak cuba lagi dah cakap tak nak. Seperti biasa alasan dia, 'I LIKE THE NORMAL ONE'. Maknanya burger biasa tu. Alahaaiii... sabar je lah bibik. 9 bulan lagi. T___T

kredit to : kak noreen...

Dua Minggu Selepas Turunnya Salji...



Rindu la pulak nak ukir nama atas salji...

Buat snowman lagi...

Main snowfight dengan Fatih...

Ada banyak aktiviti yang tak buat lagi. Bila tengok orang lain buat. Waaahhh, nampak macam menarik je nak buat.

satu ~ nak buat Igloo...

dua ~ nak buat ABC.

Harap-harap dengan izin Allah swt snow yang saya baling di atas bukanlah snow yang terakhir. Insyaallah...~Ameeenn~



Mak Di London - Buckingham Palace...

Minggu kedua mak di London, kami meneruskan aktiviti jalan-jalan ke Buckingham Palace dengan menaiki Hop On Hop Off. Dalam cuaca yang sejuk membataskan pergerakan untuk berada lama di tingkat atas bas. Banyak masa di habiskan di ruang bawah yang lebih selesa.

Apa pun jom layan gambar.









Tak habis-habis dengan aktiviti beri makan burung merpati walaupun dilarang. Nasib tak kena saman. Hikhiikk. Merpati makan kerepek pisang. Sedaaapp..!!

Saturday, January 23, 2010

Potty Train Untuk Fatih...

Hari pertama saya melatih Fatih untuk tidak memakai pampers. SAJA. Nak tengok macamana respon dia. Semalam sambil pakai baju saya mula perkenalkan perkataan 'Poo Poo' untuk buang air besar. Saya tunjukkan punggung di belakang. 'Wee Wee' untuk buang air kecil dan tunjuk dekat depan. Tiga empat kali jugak saya ulang perkataan sampai dia pun dah boring.

Hari ni bermula jam 12 tengahari selepas mandi. Saya pun start 10 minit sekali tanya,

Fatih... nak wee wee tak..? Tak naaak..

Selang 15 minit lagi tanya.

Fatih nak wee wee tak..? Geleng kepala.

Pukul satu tengahari dia datang tepi saya.

Maaa.. nak cing.

Fatih nak wee wee ke..? Angguk.

Kejap...

Tak sampai seminit dia pancut dekat tepi saya. Waaaaaaaaa...

Sapa suruh tangguh. Bukan salah dia pun. HuHuuuu.

Kejadian kedua.

Petang selepas makan nasi dia minta air teh atas meja makan. Saya tengok dia minum BANYAK. Haaa... siaplah kejap lagi. Sure kencing punya. Kononnya tak nak la PISANG BERBUAH BERKALI-KALI. Pengajarannya saya sentiasa ulang tanya kat dia sampai dia menjerit kat saya.

I said tak naaakkkk....

Toooiiinggg... Kan dah kena sekali jeritan maut Fatih.

Lepas tu, SEKALI LAGI SAYA GHALiiiiiiTTTT. Lebih 20 minit saya tak tanya dia nak 'wee wee' atau 'poo poo' terus dia pancut. Masa tu dia tengah duduk main. Bila tanya je terus dia angguk. Angguk tanda dah kencing. Waaa.

Sekali lagi saya bersihkan najis dia ATAS KARPET.Huuukk Huukk..

Ini baru hari pertama. Dah dua kali SAYA GHALIT. Nak tunggu dua tiga bulan sebelum dia betul-betul boleh uruskan 'wee wee' dan 'poo poo' mahunya menguji tahap kesabaran. Sangat-sangat berhajat Allah titipkan kesabaran dalam diri.

Hari ni pun rasa letih sangat. Pukul 6.30 petang dah terasa nak tarik duvet. Ni pun mata dah separuh terbuka. HuHu.

Ok. Bye. Mahu titun....

~entry yang malas nak edit. layan je la...~

Thursday, January 21, 2010

Laksa Kuah Putih D'London...


Teringat kisah dulu masa mengajar di SRIQ, Kuala Terengganu. Kami guru-guru perempuan kalau buat jamuan atau makan-makan suka buat Laksa Kuah Putih ni sebab SENANG. Masing-masing akan bawak sorang satu bahan. Sampai sekolah bancuh dengan air panas. Laksa beli yang siap dah dicelur di Pasar Besar Bukit Besar.


Nak jadi tergelaknya, kami cikgu-cikgu yang bukan asal Pantai Timur akan makan guna sudu. Cikgu-cikgu lain semua makan pakai tangan. Siap menjilat jari lagi. Hehe. Lagi satu kami buat macam makan laksa penang. Kuah nak banyak. Memang tak masyuuukk betul ;D

Ini resepi Laksa Kuah Putih versi D'London ye kawan-kawan. Memang tak serupa dengan yang ada di Malaysia la kan. Saya pakai ulam yang ada di dapur saja. MUDAH. SENANG. SEDAP JUGAK. Weeeiii, masuk lif tekan sendiri nampak ;P

Bahan-bahan:

1 paket laksa - celur
3 tin sardin tuna saiz kecil - kisar
1 inci halia - diketuk
1 biji bawang besar - kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 keping asam keping
2/3 cawan air
garam secukup rasa

ulam- timun, lemon, bawang besar.
sambal dan belacan bakar.


Pssttt... saya ngelat. pakai sambal belacan yang akhi fauzi buat banyak-banyak. :D

Cara-cara:

Jerang air sehingga mendidih. Masukkan ikan dan bawang yang dikisar. Kacau seketika.

Dah mendidih, masukkan kesemua bahan lain dan tunggu sehingga mendidih.

Hidangkan bersama ulam, sambal dan belacan bakar.

Perhatian... Perhatian...

*Masak dengan api sederhana untuk mengelakkan santan berketul ye.

Kang tak pasal-pasal ada yang buang sesaja kuah sebab tak jadi. Nanges kuah tu nanti. uhuukk.. uhukk..!!

;D




Wednesday, January 20, 2010

Nasihat Pepatah Lama Cina...

Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.

Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya.

Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

“Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”

Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”

“Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu.

“Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”

“Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..

Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.

Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada semua sahabat2ku semoga hari2 anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.

*

*

*
Ehmm.. saya ada artikel ni dalam bentuk powerpoint. Tapi tak tau camna nak tukar dari bentuk pp ke picture. Nanti kalau saya dah pandai saya kongsi ye..

:D


Toy Library Di Malaysia...










Bestkan kalau gambar-gambar di atas dapat direalisasikan di Malaysia...

Siapa nak pergi..??

Angkat tangan cepaatt..

;D

Tuesday, January 19, 2010

Buah Hati Kena Tinggal....


Sekejap je masa berlalu.

Sedar tak sedar dah masuk dua tahun saya berada di London.

2/2/2010 cukup ngam-ngam 2 TAHUN.

Abang membawa berita gembira semalam.

Dia nak kongsi bayar kereta sampailah masa yang ditetapkan.

Yaahooooo....!!

Sambil bawa berita gembira dia angkut sekali berita sedih.

Dia nak cat balik kereta. Nak ganti bumper.

Pastu siap cakap.

Kita bayar la separuh-separuh.

Waaaaaaaaaaaaaa....

Lagi panjang saya meraung.

Errr... dalam hati ja.

Beginilah nasib kalau ada abang yang suka modifiy kereta. Baru dua tahun pakai kereta dah nak cat balik. Alasan dia bumper yang ganti tu tak sama warna dengan body. Bila pasang nampak tak cantik. Tu yang kena tukar cat.

Huk..Hukkk...

Duit lagi. :((

Siap tanya nak cat warna apa..?

Hitam nak...??

Walllaaaaweeehhh.. apa kes hitam. Kalau nak cat jugak saya still nak warna

putih.


hehehe.