Saturday, May 30, 2009

Cottage Pie

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak kongsi resepi Cottage Pie yang telah dicuba hari Rabu lepas. Lambat betul bibik ni nak buat entry masakan. Hehehe. Mulanya sedang saya melayari blog kak myn a.k.a Lemongrass dan membaca entry terbaru dia. Terus nampak gambar cottage pie untuk dinner dia. Saya terus tanya anak-anak. Nak tak kita masak ni untuk lunch esok. Oh, terus dorang excited. Sebab kat sekolah tak boleh makan. Daging tak HALAL.

Kena pula kak Sal sefamily datang rumah sebab akhi Ruslim nak uruskan visa US. Saya pun cuba buat CP ni dengan mencari resepi di internet. Tak jumpa pula resepi ni di blog fav saya. Ehm. Apa lagi. Saya pun mulalah sessi hantam menghentam.

Hentam pun sedap tau. Hehehe. Jadi, bagi sesiapa yang rajin memasak. Cubalah. Saya ada sertakan resepi dari kak myn juga.

Ehm, blog ni memang tak sah kalau takde gambar. Hehehe.

Inti daging yang sudah siap dimasak

Ratakan di atas bekas kaca yang sesuai

Ratakan Mashed Potatoes

Beginilah rupanya ya puan-puan

Closed Up

Ini cheddar yang saya guna

Selepas diparut

Taburkan sehingga HABIS. Hehehe

Sedang diazab pedih

Tadaaaa.. Inilah hasilnya.

Sumpah Sedap.

Cottage Pie versi hentam sajalah LABU bibik London. Muahaha.

Inti Dagingnya

500 gram daging cincang.

2 biji bawang besar di potong dadu

3 biji bawang putih dicincang halus

2 sudu besar rempah kari daging

1 mangkuk sayur campur

1 bji cili benggala di potong dadu

3 batang daun sup

Minyak untuk menumis.

Garam dan lada hitam secukup rasa

Kentang Lenyek sebagai topping

6 biji kentang besar di rebus, dibuang kulit dan dilenyek

2 sudu besar butter

1 bekas kecil double cream - boleh diganti dengan susu segar atau cream

lada sulah dan garam secukup rasa.

Semua bahan di atas dicampur dan digaul sehingga sebati.

cheddar parut untuk ditabur.

Cara-cara :

Tumiskan bawang besar dan putih sehingga garing.

Masukkan rempah kari dan tumis sehingga bertambah garing.

Masukkan daging dan kacau sehingga masak.

Masukkan sayur campur, lada benggala. Kacau sehinggat rata dan masak.

Akhir sekali masukkan daun sup.

Sediakan bekas yang cukup untuk menampung bahan masakan anda. Err, saya tak tahu berapa ukuran bekas kaca saya. Hehehe.

Sapukan bekas dengan sedikit minyak zaitun. Boleh diganti dengan butter. Ratakan inti daging yang siap dimasak.

Ratakan kentang yang sudah dilenyek.

Akhir sekali taburkan cheddar yang diparut.

Bakar dengan suhu 200 darjah celcius dalam masa 30-40 minit.

Selamat Mencuba.

Nampak gayanya resepi saya memang banyak yang menderhaka. Hahaha. Apa pun memang sedap. Tak sempat nak ulang makan. Habis. Sampai Syakirah request lagi untuk hujung minggu ni. Hehehe.

Ini resepi dari kak myn a.k.a Lemongrass dari salam dua benua. Resepi ini lebih terperinci berbanding resepi saya yang main hentam kromo saja. Hahaha.

Cottage pie resepi kak myn a.k.a Lemongrass.

Ingredients (serves 6)
  • 2 tablespoons (40mls) olive oil
  • 1 brown onion, finely chopped
  • 2 garlic cloves, crushed
  • 500g beef mince
  • 2 teaspoons chicken/beef powdered stock (tak payah letak kalau dah pakai liquid stock)
  • 1/2 cup water ( or you can ganti dengan chicken stock in liquid form)
  • 400g can diced tomatoes
  • 2 tablespoons tomato paste
  • 2 cups of frozen mixed vegetables (I used the corns,carrots,peas mixed)
  • 1 tablespoon (20mls) worcesteshire sauce
  • salt and pepper to taste

For the mashed potato topping:

  • 700g-1 kg potatoes, peeled, diced and boiled until tender and drained
  • 2 tablespoon (40g) butter
  • 1/4 cup cream (or warm fresh milk kalau takde cream)
  • 125g tasty cheese, finely grated
  • salt and pepper to taste
Method
  1. Heat 2 tablespoons of oil in a saucepan over medium heat. Cook onion and garlic until soft.
  2. Increase heat to high. Add mince. Cook and break up and stir the mince until browned. Add tomato paste, stock, water, worcesteshire sauce and canned tomatoes. Bring to the boil. Reduce heat to medium-low. Simmer, partially covered until the liquid has reduced and the sauce has thickened. Add the frozen vegetables. Cook for about 2-3 minutes.
  3. Preheat oven to 200°C. Grease an ovenproof dish. Spoon in mince and ratakan the top.
  4. Mash the potatoes and add the butter, cream/ warm milk and grated cheese and mix until well combined. Season with salt and pepper.
  5. Top the mince mixture with the mashed potato and rough the potato up using a fork. If nak lagi bercheese, boleh lah kalau you all nak tabur mozarella cheese on the mashed potatoes. (but your arteries wont like it, I can tell you, hehehehe).
  6. Bake for 30-40 minutes or until the mashed potato is golden. If your oven is like mine, maybe you can grill it at the end so the top will become golden brown.
Selamat Mencuba.

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.

3 comments:

joegrimjow said...

waaa
sodap niii

london kat mana?
nak blik mesia da ni
heheeee

Fazlinil Irma said...

mmg sedap..hehe
ehm..dah nak balik malaysia, x yah ingat la makanan london ni..lg2 dok kelantan..kirim salam dgn budu ye..

Zam said...

Tibe2 rasa, nak beli microwave
hak2