Friday, May 15, 2009

Diapers Cake

Assalamualaikum wbt


Hari ni semasa membuat tinjauan dan rondaan di blog-blog rakan cyber saya di seluruh WORLD. Waahh, melampau. Ramai sangat
ke kawan awak Irma. Muahaha. Tak lah. Ayat mesti mau POWER. Ingat Mawi sorang je ke boleh pakai WORLD. Tapi dia dah buktikan separuh WORLD dia dah jelajah. Dia je la kan. Album dia kat Malaysia je. Wahahaha. Mengata Mawi. Tak takut kena saman dengan Ekin ke. Hahaha. Saya berjumpa dengan satu entry yang bercerita tentang.


JENG. JENG. JENG...


Apa yang suspen sangat tu.


HaHaHa


Jangan percaya dia ni. Kecoh je lebih
.


Biar lah. Blog saya. Tak suka. Sila keluar dengan SEGALA HORMATNYA.


Terima Kasih.



Nak CARPET MERAH?


____________________________________________________________________________



NAH. Ambik kau.


Sambung balik cerita.











Apa ni?


DIAPERS CAKE ( DC )


Cantikkan. err, bukan setakat cantik. Cute. Comel. Lawa. Tertarik. Kau memang buat saya TERUJA. Waahh, apasal teruja dengan diapers ni. Dah terdesak nak ada anak ke. Hahaha. BUKAN LAH. Takde maknanya. Hari-hari saya pakai dan salin diapers Fatih. Eh, tu bukan anak awak la. Tak kira la. Anak majikan pun kena rasa macam anak sendiri. Kalau tak, mahunya salah sikit saya dah cubit. Muahaha. Eh, dah lama tak cubit orang. Sapa nak rasa. Meh sini. Tapi tak leh lawan cubitan Kak Sarimah. Sakit wooo. Berdenyut kulit. Pedih.


Dah banyak kali saya jumpa entry pasal DC ni. Tapi tak teruja nak Google image dia. Hari ni baru terasa nak tahu apa dia DC ni. Bila dah jumpa imej dia. Ya Allah. Saya sudah jatuh hati tangkap cinta. Lawanya. Cantiknya. Cute miutnya. Semualah. Mungkin saya terlambat tahu tentang DC ni. Tak palah. Yang penting dia menambahkan idea dan menguatkan keinginan saya untuk menjadi SAHM.


Apa pulak SAHM ni..?

Haha. SAHM ni singkatan untuk Stay At Home Mom. Waaah, sudah merancang masa depan. Eh, mesti. Umur bukan makin muda. Makin tua. Balik Malaysia nanti saya dah 28 tahun. Nak masuk 29 tahun depannya. Setahun lagi nak melangkah ke umur 30. Kalau tak merancang dari sekarang. Balik Malaysia nanti baru nak terkial fikir nak buat apa. LAMBAT. Ada masa kena fikir. Cari idea dan plan. Selebihnya berdoa dan tawakal. Semoga Allah bukakan pintu rezeki untuk hambanya. Insyaallah.


Jadi inilah salah satu idea dan plan saya. Eceeh, baru jumpa dah terus jadi plan. Pasaran kat Malaysia tak tahu lagi. Insyaallah, semua orang akan berkahwin dan ada anak. Bila ada anak yang baru lahir, selalunya akan ada hadiah. Jadi salah satu alternatif dia inilah. DIAPERS CAKE sebagai hadiah untuk baby baru lahir. Bukan setakat berguna. Sebelum tu semua orang akan jamu mata dulu. Kalau kena tangan yang kreatif mahunya macam barang hantaran kawen pulak. Muahahaha. Berangan saja.


Eh, takkan nak bisnes DC saja. Ada lagi. Itu entry yang lain. Nanti saya cerita lagi. Hehehe. Teruja ni dengan DC. Kalau kat Malaysia sekarang juga saya pergi kedai cari barang nak buat. Wahaha. Ya Allah sangat teruja ni.


*Untuk pengetahuan semua DC ni bukanlah cake untuk di makan. Tetapi diapers atau lampin pakai buang bayi yang digubah menjadi bentuk seperti cake. Ianya menjadi trend di US untuk dijadikan hadiah kepada bayi yang baru lahir. JANGAN TERTIPU ya. Muahaha.



* Entry yang diedit semula. Sebab ada orang ingat ini cake betul...hehehe )


Wassalam.

4 comments:

kakchik said...

cantik... memang cantik tapi kan irma, kalau betul, lalu ke nak makan? hehehe

tapi mmg boleh jadi idea bisnes yang bagus & unik.

fazlinil irma said...

kak chik.. ini bukan cake betul.. ini diapers yg digubah menjadi bentuk cake.

then, kita bagi hadiah untuk baby baru lahir..

kak chik dah tertipu..

haku ko said...

cute nyer..mcm nak makan yer..heheheh..mujur diapers

fazlinil irma said...

haku ko- cutekan.. maunya tak sampai hati nak makan kalau cake betul..hehehe

salam kenal haku ko..