Jumaat petang yang cerah. Alhamdulillah. Sangat seronok dan bersyukur padaNYA yang mengurniakan nikmat cuaca yang cerah untuk kami menikmatinya dengan alam sekitar. Ya.. petang Jumaat selepas kak ct pulang dari kerja kami semua bersama-sama keluar menikmati angin petang di Greenwich Park.
Hajatnya memang mahu membawa anak-anak semua bermain di taman permainan. Tetapi sampainya kami di sana..
MashaAllah. Ramainya manusia. Sah memang kena beratur nak main. Ehm, dalam hati dah memang tak sanggup nak menunggu. Tetapi dah sebab berjanji dengan Maryam. Kena lah jugak beratur. Err, mana ada beratur. Cuma tunggu giliran saja. Hehe. Seperti biasa Maryam nak main buaian saja. Permainan lain dia tak kisah dan tak nak main pun. Jadi kami pun menunggu giliran nak bermain buaian.
Tiba-tiba budak lelaki yang tengah bermain buai menegur kami.
BL - Kamu tunggu apa?
S - Tunggu giliran. Selepas awak.
BL - Saya tak nak bagi awak. Pergi lah main yang lain.
S - Tak apa. Saya tunggu.
Dah lama lepas tu budak tu tak turun-turun jugak dari buaian. Sedangkan yang sebelah dah bertukar orang pun. Tak palah. Saya pun tunggu sekejap lagi. Dia masih ulang ayat yang sama. Suruh kami main permainan yang lain. Sebab dia tak nak bagi kami main buaian.
Dah tak larat tunggu. Saya beralih ke buaian sebelah. Pun sama jugak. Budak perempuan yang tak reti nak bertolak ansur. Dia boleh buat dek je tengok kami tunggu. Syakirah dah bising. Dok ajak saya jalan-jalan. Saya kata. Sabarlah. Sekejap je lagi.
Tak lama lepas tu budak perempuan tu pun turun. Saya cepat-cepat suruh Maryam naik. Tiba-tiba budak lelaki tu rampas buaian kami dan dengan slumbernya kata.
BL - Saya nak main.
S - Ini giliran saya.
BL - Tak boleh. Saya nak main.
S - Dengan lembutnya cakap. Sekarang giliran anak saya.
BL - Tak boleh. Dengan pantas terus naik buai.
Ya Allah. Geramnya saya Tuhan je yang tahu. Setengah jam kami tunggu tiba-tiba jadi macam ni. Hai. Tak tahu nak cakap apa. Diam dan ajak anak-anak beredar dari situ. Maryam apa lagi. Terus la berjujuran air mata. Saya pujuk. Balik nanti kita datang main. Tunggu la budak lelaki tu takde nanti Maryam main. Lama lepas tu barulah ok dan berhenti menangis.
Bila saya sedang menulis entry ni, baru saya teringat. Buai tu jugak lah yang menyaksikan seorang tua dimarah oleh orang muda kerana berebut giliran. Hai..
Untuk meredakan hati yang panas. Kami pun berjalan di bawah pohon-pohon yang rendang. Seronok sambil jalan-jalan kami bersembang. Mencari tupai dan burung untuk diberi makan.
Laa.. Tupai takde Maryam yang makan. Hehehe. Tupai takut kami tangkap dia. Terus lari tak sempat nak makan. Kan Maryam. Hehe.
Sambil Maryam duduk berehat makan crisps. Saya pun apa lagi. Layan ambil gambar sekejap. Pemandangan ini diambil dari atas bukit Royal Observatory dan di sebelah Prime Meridian Line.
Inilah aksi anak-anak saya yang memanjat pagar.
Lepas tu kami sambung berjalan dan misi kedua. Mencari Flower Garden. hehe. Kalau dah nama datang taman. Mestilah mencari bunganya kan.Ehm.. Mula-mula jumpa taman biasa saja. Entah. Tak kenal pun nama-nama bunga. Dah puas berjalan masih tak jumpa Rose Garden. Sebenarnya itulah bunga yang penting. Bunga lain biasa je. Ceh. Memilih. Tak baik oo. Sian bunga.
Selepas puas memusing taman yang memang terkenal dengan keluasan dan berbukit-bukit. Barulah jumpa Rose Garden yang tersorok di hujung sekali. Huh, mana la orang nak nampak kalau tak berjalan sampai ke hujung. Hoho. Penat sungguh. Tapi puas. Sebab jumpa jugak akhirnya.
Tadaa.. Cantikkan. Orang lain duduk menikmati panas matahari. Saya sibuk menikmati dengan cara mengambil gambar. Memang berbeza sungguh la. Hehehe.
Ehm. Memang tak puas mata memandang. Macam-macam warna ada. Yang dah berkembang. Yang baru berputik. Semua ada. Yang belum berkembang pun ada. Hai.. nampak gaya kena datang lagi. Kan?
Eh.Mana anak saya. Dah hilang kah? Huhu..
Takde nak hilangnya. Dok asyik bagi tupai makan rupanya. Saya je yang tak sedar. Tengok. Betapa panasnya hari tu. Huhu. Nasib tak berpeluh. Kalau tak mahunya lencun baju saya.
Ok. Dah habis. Kak ct pun dah panggil balik. Nak ambil akhi fauzi kat tube stesen.
Cerita pun dah habis.
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment