Thursday, May 7, 2009

Tag Pasal Makan

Assalamualaikum wbt


Dah lama tak menulis di blog saya ni. Sapa lagi nak menulis kalau bukan saya. Elehh, baru lima hari tak menulis dah kecoh. Orang lain tak tulis sebulan. Takde apa pun. Hahaha. Eh, jangan sibuk mengata orang. Tak baik untuk kesihatan.


Ehm, dalam kepala ni macam-macam nak tulis. Dah banyak cerita nak kongsi dengan anda semua. Eh, sapa anda tu? Anda. Yang suka baca kisah seorang bibik di London. Suka ke? Eceehh, tak nak mengaku. Tak apa. Saya tahu ada yang ternanti-nanti apa la yang saya nak bebelkan untuk entry terbaru. Hehe.


Ehm, memandangkan mood nak berfikir apa yang nak direpekkan tak keluar-keluar lagi. Kita jawab dulu TAG dari Aizar.


Rules and Regulations:
1. Senaraikan 10 images makanan/minuman yang anda teringin nak makan saat ini.

2. Carian hendaklah dilakukan dengan Google dan paparkan image paling menggiurkan.( Tapi aku main bantai je tak ikot susunan pon)

3. Turutan gambar hendaklah mengikut nafsu keinginan anda masing-masing.

4. Sila tag 6 orang lain untuk tugasan ini. Selamat menyelesaikan tugasan!


Hahaha. Gelak besar saya bila dapat tag ni. Dah la hari-hari duduk dapur fikir nak masak apa. Kena pula tag tanya pasal makan. Takpe.. takpe. Kita layan je.

Selera saya biasa-biasa ja. Takde la nak kena masuk hotel atau restoren lima bintang. Kat tepi jalan pun boleh dapat.


Meh. tengok saya kempunan nak makan apa. Hehehe.


KEPOK LEKOR

Bukan keropok lekor yang jual kat KL tu ye. Tak main la kalau keropok yang banyak sagu. Saya nak yang ORI dari Terengganu. TERENGANU SAHAJA. Eceeh, berlagak. Hahaha. Yang pasti saya nak kepok lekor celup tepung yang di jual kat depan SMA Khairiah. Perrgh, memang sedap tak tahu nak cerita. Haaa, bila dah suka kepok lekor, mesti la suka satar. Tapi tak yah la buh gambar. Nanti jadi sebelas pulak. Rules sepuluh je. Sapa yang tak tau apa tu satar. Minta la tolong pakcik Google carikan. Keh Keh Keh.


DURIAN

Oh kome, deghoyan doh bebunge. Hahaha. Teringat pulak lagu fames Mr Os ni masa kecik-kecik dulu. Alooohaaii, meleleh air liur ni bila tengok gambar durian ni. Kat sini memang ada durian frozen. Sememangnya, tak sama dengan yang ori baru jatuh dari pokok. Sedapnya. Seulas pun dah terasa kenyang. Tapi mana cukup seulas. Mahunya saya bantai sebiji. Err, saya boleh bangun pagi-pagi terus makan durian. Ingat masa kecil dulu, abah selalu ajak cari durian dekat kebun nyai. Sekarang dah takde. Nak makan beli je.



SATE

Tak kisah la sate mana pun. Janji sedap. Err, ada orang tu janji nak belanja satay Hj Sahmuri kan. Ingat eh. Jangan buat-buat lupa pulak balik ni. Sampai KLIA je nanti saya tuntut. Hehehe.



ABC SPECIAL ADA ESKREM

Yang ni kat mana-mana kedai makan selalu ada. Bezanya isi banyak atau sikit je. Kalau yang best ada jagung, kacang merah, laici, cincau, cendol.. bla..bla..bla.. Nak senarai pun banyak sangat. Kalau kat KL sure lepas makan merungut. Harga mahal tapi isi kedekut. Kalau kat Taiping, harga OK. Isi. Fulamak..! Sampai rumah pun dok cerita lagi. Eh, kalau macam tu balik ni WAJIB la balik kampung kan. Sapa nak jadi supirku nanti. Hehehe. Minyak + TOL don woli maa..


MURTABAK

Murtabak paling best masa bulan puasa. Dah jadi menu wajib. Tak selalu selang sehari mesti nak beli. Kalau p pasar ramadhan tu, tak nampak dah yang lain. Air soya dengan murtabak pun dah cukup.



CHAR KWAY TEOW

Ehm. Saya suka apa jenis kway teow pun. Tapi bila tengok gambar ni. Haaiii, tak nak cerita lah. Semua orang tahu.


LAKSA UTARA

Ehm, kalau kat sini setiap bulan mesti sekali saya masak laksa. kenapa nak makan laksa lagi. Hehehe. Laksa kat sini saya buat dari sardin dalam tin. Tak sama dengan ikan sardin segar yang ditumbuk dalam lesung. Lepas tu dimakan dengan laksa beras yang dipusing dengan kasih sayang.


AIR BUAH GELAS BESAR

Nak yang dekat TERENGGANU je. Tak nak kat tempat lain. Banyak kenangan kat situ dengan kawan-kawan KUSZA. Order sorang satu jenis air. Lepas tu pusing satu meja. Tukar dan rasa semua jenis air buah. Balik asrama dah pakat nak muntah. Hahaha.



IKAN BAKAR

Saya nak makan IKAN. Tak kisah la bakar ke. Goreng. Asam Pedas. Kari. Yang penting ikan. Gambar itu sekadar nak bagi meleleh air liur saja. Wakakaka. Ikan kat sini mahal. Terpaksa la menahan keinginan mahu menyiang ikan. Ceh, takde maknanya. Hahaha. Eh, betul. Dah setahun lebih saya tak siang ikan. Hahaha. Kalau akhi Fauzi beli ikan salmon atau makarel pun dah siap di siang. Tinggal nak bersihkan dah potong bagi kecil.


Minggu lepas akhi Fauzi beli jaring nak tangkap ikan. Katanya nak tangkap ikan musim panas nanti. Waah, tak sabar nak tengok ikan terkena umpan. Pengalaman lepas, sampai beratus-ratus ekor ikan yang dapat ditangkap. Banyak sampai kena buang. Hahaha.


NASI MINYAK

Eceehh, gambar apa ni? Ada di jual di kedai mana ye. Cuba bagitau saya. Hahaha. Saya tak nak yang kena bayar. Saya nak yang MAKAN PERCUMA. Siap ada pengantin, kompang, bunga telur atau beg cenderahati. Hehehe. Saya rindu nak makan nasi minyak kat kenduri kawen. Kat sini mana ada kenduri kawen. Waaa, yang lebih saya rindu nak terlibat dengan majlis kenduri kawen kawan-kawan saya. Hujung bulan ni Aida nak kawen. Lagi saya rindu nak tengok dia pakai baju pengantin.


Err, apa kata awak je la belanja semua orang makan nasi minyak percuma. Masa tu awak la jadi pengantinnya. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Eh, kalau kenduri saya takde nasi minyak camana? Ada nasi putih je. Boleh tak? Boleh la kan. Korang datang nak tengok saya kan. Kalau pasal makan takkan tak puas-puas lagi makan kat kenduri kawen. Saya bagi peluang korang makan nasi minyak puas-puas sampai 2010. Nanti kenduri saya makan nasi putih je.


Atau saya nak hidang LASAGNA, PIZZA, CHICKEN CHOP, TIRAMITSU...bla..blaa..
Weeiii, anak raja pun tak hidang western food. Gila kaya duit tersepak. Hahaha.




Oklah. Jangan fikir pasal makan sangat. Ada banyak lagi benda best nak difikirkan. Contohnya nak pergi Scotland. Lalala.

Tengok. Kalau dah keluar pasal jalan. Makan dah tak kisah. Misi menawan UK belum selesai. Jadi, simpan je kempunan nak makan makanan Malaysia.


Saya kalau nak tag orang tak nak tag pasal makan. Saya nak orang cerita angan-angan mereka tentang tempat yang mereka nak sangat pergi. Kira angan-angan yang kalau diusahakan. Insyaallah, jadi kenyataan. Buatlah. Hehehe.


Wassalam.


Saya Sayang Kamu.

1 comment:

Anonymous said...

nice...angan2 saya nak melawat kesemua tempat yg akak penah gi..hehehe...