Tuesday, May 26, 2009

Jalan-Jalan Tak Keluar Peluh

Assalamualaikum wbt

Ahad 24 Mei merupakan ulangtahun kelahiran Syakirah yang ke sebelas. Ehm, tiada sambutan besar-besaran apatah lagi untuk membazirkan wang. Pagi kak ct dan akhi Fauzi bersama Fatimah keluar melakukan aktiviti rutin. Apa lagi. Car boot sale la kan. Eh, apasal takde nama Irma ah. Takkan tak pergi kot. Yeaa. Mata anda tak rabun lagi. Anda tak silap membaca. Memang tiada nama saya menyertai aktiviti CBS hari ni. Hahaha. Saya puasa sekejap dari pergi ke CBS. Dah tak tahu nak simpan mana barang-barang. Hujung bulan ni nak shipping semua ke Malaysia. Err, mahu sepahkan rumah mak pula. Hehehe.

Sementara mereka pergi ke car boot sale saya pula masih tidur lagi di bilik. Hahaha. Anak-anak pun masih tidur jadi saya pun join sama lah. Bangun awal pun nak buat apa. Ishh, bibik ni memang pemalas betul la. Entah. Dah memang malas pun. Semangat kerja sudah menurun. Ehm. Nak balik Malaysia je rasa. Hoho. Jangan percaya dengan dia ni. Cakap tak serupa bikin. Esok dia cakap tak nak balik pulak. Hehehe.

Dalam pukul 8.30 saya dengar suara Maryam bangun. Yang bestnya tak menangis. Rasanya memang dia yang tak nak ikut kak ct pergi CBS. Tak lama kemudian dengar suara Fateh pula. Dah elok dua-dua tak menangis. Saya pun biarkan la dulu mereka main. Syakirah ada bersama. Takde la saya risau sangat. Pukul 9 saya naik dan terus menyapa mereka. Nampak gaya mood mereka sangat baik hari ini. Hehehe. Kalau tak mahunya menangis tanyakan mana ummi dia.

Patut la Syakirah dan Maryam tak nak ikut ke CBS. Rupanya Rachel nak datang rumah. Fateh memang dah terkeluar senarai. Saya dah pesan awal-awal lagi. Kalau kak ct nak ke CBS, tak payah la bawa Fatih. Tinggal je dengan saya. Eceehh, bagus pulak bibik ni. Hahaha. Sebenarnya tinggal lagi bagus. Boleh jadi kawan main saya. Err. Kesian. Main dengan budak-budak. Nak buat camana. Takde kawan. Eh silap. Bibik kan.


~Ka'kun~

~Al Tazaj~

Pukul 10.30 Rachel pun sampai. So dorang main-main. Makan-makan. Bla.. Bla.. Bla.. Err, aktiviti budak-budak. Tak seronok nak cerita. Hehehe. Sebenarnya MALAS. Yang bestnya bila petang. Lepas makan malam kami keluar bawa Rachel jalan-jalan sampai Thames River. Oit, keluar malam-malam tak takut ke. Langsung tak takut. Eceeehh. Macam bagus. Hahaha. Untu pengetahuan sayang semua. Sekarang dah masuk musim panas. Siang panjang. Pukul 9 malam baru nak masuk Maghrib. Jadi takde apa nak ditakutkannya. Terang benderang lagi alam maya. Eceehh, macam berlagak je. Tak la. Betul.

Ok.Di sini akan bermula penyiaran gambar yang sikit tak. Banyak pun tak. Yang SEDANG-SEDANG saja. Wohoooo. JANGAN PERCAYA. Tengok saja. Kalau tak nak. Silalah tinggalkan entry ini dengan senang hati. Byeeeee...!



Wahid
- Ya Allah. Budak ni memang dah makin ligat. Jalan punya la laju. Macam nak terbang saja lagak gayanya. Dah tu ikut suka dia aje nak jalan. Bila kita nak pegang tangan tak bagi. Lagi dia tepis ada la. Huh, nasib tak masuk dalam sungai. Wahaha. Jangan sayang. Tobat tak bawak dah jalan kalau masuk sungai. Err, Fatih saja la tak jalan. Saya mana boleh. Hehehe.



Ithnani
- Seperti biasa. Apabila ada acara jalan-jalan bermakna ada la acara gambar bergambar. Bunga ni tepi jalan je pun. Biasa la kan. Semua yang ada di London nampak bagus. Hahaha. Kalau kat Malaysia bunga tahi ayam tu takde sapa yang nak ambil gambar. Konon busuk la
. Err, betul kan. Atau anda peminat bunga tahi ayam. Jangan marah ye. Senyum cikit. Alooo, comelnya.



Salasatun -
Acara WAJIB kalau melalui jalan di sini. Apa lagi. LUMBA LARI. Tengok. Sapa yang bersungguh-sunguh lari. Dengan mukanya. Hahaha.



Arbaatun
- Ketua rombongan pun nak masukkan gambar jugak. Mana aci kalau ahli rombongan je yang dok fames kat sini. Hahaha. Abaikan gambar Maryam yang separuh itu ye. Jurugambar masih dalam proses 'Saya Budak Baru Belajar. Dah la satu je gambar saya masa ni. Ehm, tak boleh la nak demand banyak-banyak. Kang langsung moncong mulut tu. Weeee. Tak pa. Dia tak baca blog ni. Keh Keh Keh.


Habis.

Apa yang habis?

Gambar la.

Kenapa?

Banyak sangat.

Dah tu. Tak nak tunjuk ka?

Nak. Nanti saya buat entry lain. Sebab gambar-gambar tu boleh buat satu entry.

OK.

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.

3 comments:

syaheed said...

akak, comelnya fateh, maryam, fatimah

fazlinil irma said...

hai sumaiyyah..
yg tukang pegang fateh tu tak comel ke..hehehe

syaheed said...

ehe, akak lagi la comel, rindu kat akak tau..bila akak nak balik 'malaya'...datang lah trg, tengok adik2 smakl...sekarang sudah lain tau smakl...blok dah ada 2...surau makin okay...hehe..