Thursday, May 28, 2009

MU vs Barca UEFA Champion League 09

Assalamualaikum wbt.


Haiiikk. Apasal ni. Tetiba tajuk entry ada pasal bola
pulak ni. Hahaha. Err, anda tak tengok bola ke? SAMA LAH SEPERTI SAYA. HEHEHE. Walaupun saya di sini tak perlu berjaga malam untuk menonton tetapi tetap juga tidak menonton. Saya ni tak reti dan tak minat LANGSUNG pasal bola. Boleh kata tak reti langsung. Tahu la orang sepak bola. Tapi etika permainan tak reti sangat. Eh. Jangan berlagak tahu. Tak reti langsung. Muehehe.

Dah tu apasal ada entry bola. Hehehe. SAJA. Nak jugak buat-buat tahu pasal bola. Keh Keh Keh.

Takde la. Masa orang lain sibuk menonton bola saya sibuk berkelentang kelentung di dapur dengan anak-anak. Dengar la suara orang bersorak dari televisyen. Tapi sumpah langsung saya tak jenguk sedikit tv tu.

Haaa. Meh tengok apa saya buat di dapur.

TADAAAA...


Haa.. tengok siapa tu. Anak dara saya. Bersungguh-sungguh dia mendekorasikan Flan Strawberry tu. Kecoh tanya saya. Macamana nak dekorasi strawberry tu. Mula-mula dia buang daun strawberry. Dah susun empat biji baru tanya saya. Dah tanya yang pakar kena la ikut cakap cikgu kan. Hahaha. Saya kata jangan buang daun dia. Susun dengan daun-daun sekali. Terus keluar. Aaiishh, kak irma ni. Hahaha. Dia dah tak tau nak buat apa. Saya kata keluarkan strawberry tu.

Ok. Terus dia dengan semangatnya menyusun strawberry tu dengan jayanya. Eceehh. Macam la susah sangat. Bagi saya memang la senang. Bagi budak sebelas tahun terkial-kial jugak la nak habiskan. Dari mula sampai habis. Tak henti mulut tanya. Yelah, dia pun nak yang terbaik. Hasil dekorasi dari tangan dan idea saya. Ceh, tak nak kalah tu. Nak jugak nama. Hehehe.

Takpe sayang. Cuba. Jangan putus asa. Lain kali kita buat lagi ok. Nanti pejam mata pun boleh buat. Wuhoooo..!


Tadaaa. Inilah hasilnya. Flan Strawberry. Yummylicious. Delicious. Superb. Marvelous. Sudah. Meleleh air liur korang kan. Jangan tipu. Saya nampak anda telan liur. Muehehe. Sudah. Jangan nak usik banyak sangat. Muahaha.


Tak puas lagi tengok. Nah gambar lagi. Sabar. Sabar. Jangan telan air liur lagi.


Gambar lagi. Terliur lagi. Sabar-sabar.


Ok. Dah habis gambar. Telanlah air liur sekarang ok. Ehm. Saya pun telan air liur jugak. Kah Kah Kah. Nak makan dah tengah malam. Sabar la. Esok. Esok.


Jadi. Flan Strawberry ini untuk semua peminat fanatik MU ya. Jangan la murung-murung walaupun MU kalah. Terutamanya Kak CT. Hehehe.


Barcelona takde ke...?

Ada. Ada. HEHEHEHE. Amboi. Panjangnya sengeh.


Seri Muka Yang Menjadi-jadi.

Alhamdulillah. Menjadi lagi kueh kesukaan Kak Ct ni. Bukan senang nak buat kueh melayu. Kalau tak sabar memang tak cantik. Bukannya setiap kali saya buat kueh ni menjadi tau. Sebelum ni pernah sekali saya buat LANGSUNG TAK MENJADI. Haa, nah. Sekali bagi terang saya tulis. Hehehe.

Memang tak jadi tau. Dah la buat dua kali ganda dari sukatan asal. Entah di mana silapnya. Pulut keras. Santan pun tak sedap. Sedih sangat tau. Punyalah saya bersungguh-sungguh nak buat. Last sekali jadi habuan TONG SAMPAH. Err, caddy untuk food waste warna hijau. Bukan hitam. Hehehe. Saja je. Nasib food waste tu dijadikan baja. Tak la saya ralat sangat. Hahaha. Ops, tu tak bermakna boleh sesuka hati saja nak buang makanan okey. Berdosa. Kawan syaitan~Maryam. Hehe.


Kalau nak kata putus asa tu tak la. Mana boleh putus asa bab masak-memasak ni. Kena rajin mencuba. Selagi tak jadi. Selagi tu cuba. Err, dalam bab saya ni. Sekali cuba memang jadi. Tapi bila buat kali kedua. SUKA MENDERHAKA pada ajaran tok guru. HAHAHA. Sungguh. Masa tu mula saya buat-buat pandai sendiri. Letak tu lebih. Letak ni kurang. Last-last LINGKUP kueh. Tobat. Lepas tu dah tak nak jadi anak murid derhaka. Huhu. INSAF SEKEJAP. sekejap je. Sebab lain kali saya akan derhaka lagi. HAHAHA.

Tengok. Tu kain telekung kak ct saya jadikan penutup periuk. Punyalah bersungguh ni nak bagi kueh cantik. Hehehe. Nak masak kueh ni memang payah. Api nak kena perlahan. Wap air tak boleh masuk kena atas santan. Kalau dua perkara ni dijaga. Insyaallah. Cantik lah kueh anda. Hehehe.

Err, kalau makcik-makcik yang lagi terror dari saya tak yah la baca eh. Malu. Mesti makcik lagi terror dari saya.

Ini untuk muda mudi yang segan memasak. Eceehh, jangan marah ye. Tapi saya tahu. Korang kalau dah terliur kueh ni. Pergi gerai hulur seringgit dapat dah tiga ketul. Tapi. nak tanya. SEDAP TAK? Hehehe. Ke korang rasa keras. Tawar. Banyak tepung dari santan. Hehehe.

Saya punya. Ehm. Ehm. Lemak. Masin. Manis. Lembut. Semua cukup. Ewaaaahhh. Sesuka hati memuji kueh sendiri. Hik Hik Hik. Tak Percaya tak apa. Tunggu saya balik Malaysia nanti. Siapa datang rumah, saya buatkan. Hahaha. Ye.ye.. jerk..!

Eh. Apasal gambar atas dengan yang bawah tak sama. HAHAHA. Memang la tak sama. Yang atas baru buat tadi. Gambar yang bawah ni. Pertama kali dulu buat. Yang hari ni punya tak potong lagi. Sebab tak
sejuk betul-betul lagi. Nanti potong tak chantekk. Wuahahaha.


Dah ada orang minta resepi la. Muahaha. Kan da
h kata. Ada yang telan liur tengok gambar ni.

Peringatan.. Entry ini tidak sesuai. MAAF. SANGAT TIDAK SESUAI buat ibu mengandung. KAH KAH KAH. Jangan salahkan saya kalau anak anda lahir air liur meleleh ok. HAHAHA.

Dah. Dah. Habis. Eh belum lagi. Nah. Ambik kau peminat fanatik MU. Hahaha. Eh, apasal ni. Dengki ke busuk hati. Err. Mana ada. Nak bagi jeles je. Tobat. Saya tahu ada yang JELES tengok gambar ni. HAHAHA.

Entrance

Players Changing Rooms

Players Tunnel


Don't Touch..! Just Feel It. Muahaha.

Best..!

Saya yang tak minat bola pun boleh teruja tengok stadium depa.

Lagi la korang. Yang memang Die Hard Fan kan.

Sorry. Barcelona jauh nun di Europe.
So memang la takkan ada gambar korang. Daa.


Ok. Done.

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.

3 comments:

salmal's said...

nak kirim belikan tudung periuk bleh .. hahaha ..

fazlinil irma said...

tudung periuk homemade weii..mana ada jual kat sini..hahaha

AshAnas said...

kak irma ni suka buat org terliur la... saje je... nakal tau! rindu akak! thanks for the petua... tp halba tu nk kena masak ke, cmne ke?