Thursday, September 3, 2009

Bubur Suji

Bubur suji ni kak ct yang buat. Saya tumpang semangkuk nak buat ambil gambar isi dalam blog. Haha. Bersungguh betul bibik nak kongsi masakan dengan semua orang. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Sedap. Saya suka kalau kacang tu di letak sekali ganda lagi dari yang dihias untuk sedap mata memandang lalu membuatkan korang telan air liur bulan puasa ni. hehehh.


Bahan bahan:-
350 gm tepung suji
1350 ml air
1 tin besar susu cair/sejat

½ botol air mawar (boleh kurangkan sedikit)
300 gm gula
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
sedikit pewarna kuning (optional)
secukup kismis- abt 150 gm
(digoreng dgn sedikit minyak sapi, diketepikan)
secukup badam-kira-kira 50 gm
(dibuang kulit, hiris memanjang, digoreng hingga kekuningan)
secukup gajus-kira-kira 150 gm
(digoreng hingga kekuningan, separuh dicincang kasar2, separuh dibiar sebiji-sebiji)

Cara:
1. Masukkan suji, air, susu cair & gula ke dalam sebuah periuk besar dan kacau hingga sebati.
2. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau-kacau agar suji tidak bergentel.
3. Setelah suji pekat, masukan air mawar, minyak sapi, pewarna kuning, garam, sedikit kismis goreng dan gajus cincang.
4. Pastikan adunan suji tidak terlalu pekat sbb kalau ia sejuk akan menjadi lebih pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Setelah itu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Cara Menghiaskan Suji
1) Bubuh suji ke dalam bekas-bekas kecil (ataupun saiz mengikut citarasa anda).
2) Taburkan sedikit kismis goreng, hirisan badam goreng dan gajus.
3) Akhir sekali bubuh ceri ditengah-tengah.

Resepi diambil dari sini

Selamat Mencuba.

4 comments:

somuffins said...

Salam. Bila terpandang puding suji tu, I terus konar masuk rumah you. Memang best.. puding ni dah jadi fevret seluruh family I. I selalu makan puding suji dgn custard sauce.

fazlinil irma said...

wsalam..wahh, makan ngan CS lagi la bertambah sedap kan..

somuffins said...

Wahh.. u know my oredi? U call me CS? hehe.. i like

fazlinil irma said...

cs tu custard sauce..malas nak tulis panjang2..hehe