Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan Di Perantauan

Berkongsi cerita tentang pengalaman berpuasa di perantauan memerlukan saya berfikir apa yang nak disampaikan pada anda semua. Lama sungguh saya ambil masa untuk menulis termasuklah hari-hari MALAS yang melanda diri. hehe. Takpa lebih lama saya berfikir lebih banyak perbezaan yang saya dapat kongsi.

Diam tak diam kita sudah memasuki pertengahan ramadhan. Alhamdulillah, tempoh berpuasa semakin pendek. Permulaan puasa tahun ini jatuh ketika musim panas berada di penghujung waktu. Siang di musim panas memang panjang. Hari pertama berpuasa sahur berakhir jam 3.45 pagi. Bagi kami yang dewasa mudah untuk bangun tetapi kesian kat anak-anak yang sedang sedap tidur dikejutkan untuk bangun bersahur. Hari pertama memang lambat betul enjin nak panas. Setengah jam duduk termenung kat meja makan. Sorang bila ditanya nak makan apa muncung yang diberi. Sorang lagi langsung tak tahu. Dah nak habis waktu sahur baru selera datang. Sekarang dah tengah ramadhan mereka dah ok bersahur. Masa sahur pun dah semakin lewat. Hari ni sahur berakhir jam 4.14 pagi. Bila ramadhan berakhir nanti kami akan merasai sahur berakhir jam 4.50 pagi. Dah kira lambat la tu kan.

Sebut saja perkataan bazaar ramadhan macam-macam makanan berlegar atas kepala. Tak tahu dah mana satu yang nak dibeli. Rambang mata dibuatnya. Nak lagi rambang bila hari pertama mula berpuasa. Kalau ikutkan syaitan dah kena ikat tu. Nampak sangat nafsu yang menjadi raja. Duduk jauh dari negara sendiri yang memang tiada bazaar ramadhan ni memang menguji skill memasak. Eceh, kamu tu dah memang memasak hari-hari. Takde makna nak uji-uji lagi skill tu. haha. Diam kau bibik..!! Ni nak develop skill buat kuih yang memang jarang sangat nak merajinkan diri membuatnya. Alhamdulillah, setakat ni cabaran yang paling besar apabila berjaya mengelim karipap. Yehoooaa...!! Memang bibik pun kagumlah dengan diri sendiri masa tu. Berkat baca bismillah dan ikhlas nampak gaya karipap bibik menjadi.

Entry ini bersambung selepas beberapa hari. HAHAHAA.

Oh.. Saya menjadi sangat PEMALAS untuk menghasilkan entry. Lagi-lagi angin sejuk dah kembali. Seronoknya la kalau dapat bermalasan-malasan bawah duvey. Aiyooo, sejuk ni. Macam duduk dalam peti ais. Tak percaya. hohooo. Cuba korang masuk dalam peti ais. Kalau muat, macam tulah rasanya. huhuu. SEJUK.

Ok. Dah. Dah. Kata sejuk tapi merepek panjang sangat. Jom saya nak terus bercerita. Bersedia semua.

Dah nama siang panjang jadi maghrib masuk jam 8.11 malam hari pertama puasa. Alhamdulillah, walaupun cuaca panas tetapi kami (bibik la. rasanya orang lain pun sama kot. ye ke..?) tak rasa letih berpuasa. Cehh, kamu dah besar memang la tak penat. Cuba tengok Syakirah dengan Fatimah tu? Tak ke melepek je bila masuk petang. Dah tu dok tanya bila nak berbuka tak henti-henti. Hihi. Makin lama masa berbuka semakin cepat. Sekarang pukul 7.40 dah boleh berbuka. Hoyeaaa...!! Err. tapi bukan ke bibik makin kalut bila berbuka lagi cepat. hohoo. Tu lah, apasal masuk ofis lambat sangat. ekekeee.

Ehm.. minggu depan sessi persekolahan dah bermula. Harap-harap Fatimah kuat semangat bila berada di samping rakan sekolah yang bukan muslim.

Tahun ni seperti biasa kalau ada kesempatan saya akan solat terawikh berjemaah di Masjid Greenwich yang jaraknya 15 minit perjalanan untuk sampai ke tingkat tiga masjid dan terus melakukan solat tahyatul masjid. hihii. Dekat je. Nak jalan kaki pun boleh tapi saya tak pernah la buat. Majoriti masyarakat muslim di sini terdiri daripada orang bangladesh dan pakistan. Sedikit sahaja yang datang dari bangsa arab atau yang lain. Saya tak kenal sangat muka mereka. Nak jadi cerita ada ke sorang perempuan tu tanya ' Are you somalian?' Ya Allah, ada ke orang somalia yang comel macam saya. KAH KAH KAH.

Bila berada jauh dari kebiasaan orang melayu di Malaysia kita akan dapat merasai perbezaan dalam menjalani ibadah terutamanya dari segi pemakaian telekung. Tahun lepas ada la beberapa kali saya pakai telekung nak ke masjid. Untuk tahun ini dah tak pernah pakai telekung. Cukup sekadar pakaian yang dipakai sepertimana apabila saya keluar berjalan. Untuk menambahkan lagi pengalaman sebagai seorang muslim, apabila berada di kalangan masyarakat yang memegang fahaman mazhab selain dari Imam Shafie janganlah pula cepat melatah apabila melihat mereka tidak memakai stokin ketika solat. Adakalanya apabila melihat cara mereka berpakaian membuatkan kita akan mempersoalkan adakah sah solat mereka dengan berpakaian demikian? Wallahua'lam. Itu urusan mereka dengan Allah.

Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam masyarakat melayu yang sangat teliti apabila bercakap tentang soal berpakaian ketika solat. Sehinggakan ada yang tidak mahu bersolat sekiranya tidak mempunyai telekung. Sedangkan syarat sah solat cukup apabila kalian semua menutup aurat bagi perempuan kecuali muka dan tapak tangan. Bagi lelaki auratnya antara pusat dan lutut. Menjadi kebiasaan bagi kami di sini untuk solat dengan pakaian yang sedang dipakai asalkan menutup aurat. Serasa saya telekung juga tidak disediakan di mana-mana rumah ibadah di sini.

Jadi bagi sesiapa yang membaca entry ini. Jangan malu atau segan untuk solat di tempat awam sekiranya anda tidak bertelekung. Yang penting anda sudah menutup aurat. Sekiranya kalian tidak berstokin, cukup sekadar membawa sepasang stokin di dalam beg untuk digunakan ketika solat. Adakalanya telekung yang disediakan berbau hapak ( nauzubillah.. tak tahu nak cerita. tu belum lagi dengan tahi lalat atau kuning di bahagian muka. tak sanggup nak pakai) menyebabkan kita solat dalam keadaan tergesa dan tidak khusyuk.

Saya pernah melihat seorang perempuan yang memakai skirt labuh paras lutut memakai tight dan tidak bertudung solat dengan memasukkan rambutnya ke dalam coat dan mengikat selendang di kepala. Kemudian dia solat dengan khusyuknya. Bagi saya pada mulanya agak pelik tetapi apabila difikirkan kembali. Ya, saya dapat terima keadaan masyarakat ISLAM di sini dan selebihnya itu urusan antara dia dengan Allah.

Samalah juga dengan kita warga muda belia yang suka berfesyen atau bergaya di usia muda ini. Jangan jadikan alasan pakaian yang tidak sesuai untuk melengahkan solat ketika kalian berada di luar rumah. Marilah kita sama-sama merubah adat kebiasaan orang melayu yang memerlukan telekung untuk solat. Kalau bukan kita, siapa lagi.

Ada satu lagi situasi yang membuatkan saya nak berkongsi dengan korang semua tentang kehadiran kanak-kanak di masjid.

Di sini SANGAT ( tengok bibik menggunakan perkataan sangat untuk menekankan perbezaan yang ketara. hehehh) berbeza dengan Malaysia kalau dilihatkan dari segi kehadiran kanak-kanak kecil dari baby yang duduk dalam car seat sehinggalah yang besar boleh berlari. Semuanya datang dengan tujuan untuk mengimarahkan lagi kedatangan Ramadhan al-mubarak yang memang dinanti-nantikan oleh setiap muslim.

Korang mesti nak cakap. " Eh, apa la yang baby tu boleh buat dalam masjid tengah-tengah orang solat." huhuu. Lagi best kalau mulut cili padi tu " Eh, budak-budak tak boleh masuk masjid. BISING je nanti."

Ya, memang kalau dilihatkan penglibatan anak-anak kecil ini di masjid boleh menyebabkan makmum yang lain kurang selesa dan tidak khusyuk ketika solat. Ada yang menangis dan tak kurang juga yang berlari atau bermain. Pernah sekali ketika saya sedang mengerjakan solat, beberapa kanak-kanak lelaki berlari ke sana ke mari di hadapan saf saya sehingga habis solat. Terus terang memang saya sedikit tertekan dan kurang khusyuk ketika solat. Ada tu yang siap dukung anak kecil lagi ketika solat. Kagum dengan mereka.

Kalau tengokkan yang remaja perempuan pula lagi la bertambah-tambah geram saya dibuatnya. Boleh tengah-tengah solat dia main cuit-cuit bahu kawan sebelah dia. Ya Allah, senakal-nakal saya takde la masa solat nak ganggu kawan. Habis je solat sembang sampai tak dengar ustaz bagi ceramah. Haaa, yang ni sebijik seacuan dengan tukang taip entry ni. hehehhh.

Bila difikirkan dari sudut positif, fitrah kanak-kanak suka bermain tak kira di mana saja. Apa yang lebih penting ialah mereka sudah diasuh sejak kecil untuk ke masjid. Besar harapan bagi semua ibu bapa bila anak meningkat dewasa rumah-rumah ibadah menjadi tempat kunjungan mereka.

Satu lagi. Kat sini suasana hari raya tu LANGSUNG tiada. Kalau kat Malaysia masuk sahaja ramadhan sudah kedengaran bunyi mercun dan meriam. Memang menganggu ketenteraman awam dan merbahaya dari segi keselamatan. Tetapi tak salah kalau saya katakan itulah yang membuatkan meriahnya ramadhan apatah lagi bila raya semakin tiba. Habis sahaja raya maka kembalilah kita dalam suasana seperti sediakala. Alaaa, saya pun kalau balik Malaysia tak main pun bunga api dan mercun. Sekadar mendengar bunyi dari luar rumah sahaja. Kadangkala menjenguk di tingkap rumah bila ada yang bermain mercun das yang mengeluarkan pelbagai warna yang menarik. TERUJA seketika.

Ehm. Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama anda. Punyalah lama peram entry ni sejak ramadhan yang pertama lagi. huhu. Ok. Tak nak fikir panjang lagi. Ada kesempatan saya ceritakan lagi.

Salam ramadhan yang tinggal berbaki 12 hari lagi. Ya Allah. Madrasah ramadhan ini akan berlalu tak lama lagi. Di manakah kita sebagai pelajar di dalamnya menggunakan kesempatan yang datang setahun sekali ini. Adakah kita yakin di tahun akan datang kita akan bertemu dengan madrasah ini lagi. Wallahua'lam.

Jumpa lagi. Wassalam.

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Smg sama2 la kte mgandakn ibadah kte...skjp je kn masa blalu? sob sob..

P.S Sdpnye nmpk mknn2 kt bwh esp pizza greenwich tuh.:D

Liz said...

apsal plak baby takleh masok masjid? dari kecik la nak latih...marah betol org2 yg pk macam tu...

dulu mase kecik2 lg ayah n mak bawak pegi surau..smpai ade satu mase, abang teberak dlm sluar..abes sume sejadah, carpet ayah bwk balik..basuhhh..ahaha

Fazlinil Irma said...

kak izu...boleh cuba..tp beli lg cepatkan..hehe

Fazlinil Irma said...

dah mentaliti org kita mcm tu..asal bising sikit tak boleh..ganggu..