“Hiduplah dengan ketaqwaan yang telah kita latih sepanjang ramadhan lalu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Hari raya adalah hadiah kepada perjuangan kita dalam Ramadhan. Hari raya bukan matlamat kita. Kita belum sampai pada matlamat kita. Ramadhan adalah pembantu untuk kita mencapai matlamat kita. Redha Allah, itulah matlamat kehidupan kita. Maka janganlah kita susutkan momentum kita dalam mengejar redhaNya, dalam menjadi hambaNya yang terbaik. Ramadhan adalah charger, dan kita sepatutnya sudah direcharge, sepatutnya lebih baik, lebih bertenaga, lebih bersungguh-sungguh.
Hiduplah sebagai hamba Allah yang terbaik.
Jadikan itu matlamat kita.
Matlamat yang hanya akan kita nampak hasilnya, semasa kita berdiri di hadapan-Nya.
Semoga Allah redha dengan kita semua.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin.
Kullu Am Wa Antum Bikhair....
No comments:
Post a Comment