Ahad lepas berkesempatan membuat pizza sendiri. Semuanya dibuat sendirilah dari menguli, mengelek tepung, membubuh topping sampailah kepada mengazabkannya di dalam oven. Makan pun suap sendiri takde nak manja-manja orang suapkan. Maryam yang kecil pun suap sendiri tapi tak habis. haha. Errr. Bukan Maryam je makan tak habis. Malam tu memang tak habis. sebab dah kenyang sangat. Kononnya nak sambung makan masa sahur. Saya pun malam tu penat sangat sampai dah tertidur selepas solat isya'. Jaga-jaga 10 minit lagi subuh nak habis. Sahur memang tak lah. Ingatkan saya sorang je yang terbabas. Rupanya semua sekali. Haha. Dah sayang pizza tak termakan. Sob. Sob. Malam tu pulak jiran kami ajak berbuka di rumahnya. Langsung tak berusik pizza. Bibik nekad. Sambil dia berjaga nak juga makan. Dapat la makan sekeping. Bila sahur esoknya memang tak boleh makan la. Sebab dah basi. Huhuu. Nak buat camana. Takde rezeki kami semua.
Kerja-kerja membuat pizza ni dilakukan secara together-together dengan kak ct. Bibik tak reti guna breadmaker jadi nak la jugak bermanja dengan kak ct. hehe. Saya sediakan pizza dan kak ct tukang bakar. Perrghh, sambil kami dok buat pizza sambil membayangkan camana la pekerja kat kedai pizza melayan pelanggan yang beratus-ratus orang. Kami yang ada empat orang ni pun dah tak cukup tangan dan mulut nak layan. Mahunya dorang tu balik rumah terus cari katil. Penat weii...
Bahan-Bahan untuk Sos ( sumber )
1 biji bawang besar (saiz besar) }
2 ulas bawang putih } ……..dikisar halus
½ cawan lada kering kisar /lada boh
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh tomato puri
sedikit oregano
sedikit garam, gula dan sedikit air
Cara-Cara
Tumis bawang besar, bawang putih dengan lada kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air, tomato puri, sos tomato, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda- nak masam lebih ke, manis ke.. Kemudian barulah diangkat dari api.

Bahan Doh:- ( sumber )
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering
Cara membuatnya:
UNTUK DOH:
Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN:
Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
UNTUK PIZZA:
Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!
Ada macam kat kedai tak..? hehehh
Pizza Beef Mushroom
Chicken Yang Takde Mushroom
Ish..nak letak nama gapo weyhh..

Ehm.. Meh bibik nak goyak. Bukan susah pun buat pizza ni. Senang binti petik jari je. Ceh, ko berlagak ye bibik. Siap ko balik Malaysia nanti. Kang ada yang tuntut pizza hari-hari. Hahaha.
Kalau nak buat pizza sendiri yang penting doh dengan sos tomato dia ja. Yang lain ikut suka hati la nak campak apa. Jangan campak batu sudah la. Kang ada yang rongak belum sampai masa.
Ok. Selamat mencuba.
Wassalam.

1 comment:
salam Irma
doakan akak dapat masak piza nih untuk anak-anak akak ye suatu hari nanti
Post a Comment