Thursday, September 10, 2009

Strawberry Heaven la sangat..!!


Semalam teruja sungguh nak buat dadih strawberry sebab kak ct dah beli buahnya. Dah lama tengok kat blog sifu mat gebu dadih yang dibuat memang mengancam. Nak buat takde serbuk jeli. Kadang tu strawberry tu dimakan begitu saja. Jadi bila semalam dah ada serbuk jeli dengan strawberry bibik pun memulakan projek dadih dengan semangat yang berkobar-kobar. Ececee, selama ni tak berkobar-kobar ke bila memasak. haha. Bibik buat ayat power sikitlah..!!

Nak dijadikan cerita anak murid hairanah binti ajaibah bila tengok sikit sangat serbuk jeli yang sifu mat gebu guna berbanding dengan teacher hanieliza punya resepi. Seperti biasa anak murid yang suka derhaka akan mula memandai-mandai mencampur adukkan resepi dari kedua-dua cikgu yang terchenta. Konon-konon confiden ni dadih akan menjadi dengan baik punya. Weeewiiitt..!!

Dah siap masak dadih dengan susu, anak murid yang terlebih pandai menuang pati strawberry yang dah dimesin ke dalam bancuhan susu. Tak sampai 1 minit susu dah mula bergelodak dengan strawberry. Bibik dah start tepuk dahi. Habis. Rosak dadih bibik. Apasal la saya tak terfikir yang susu kalau bercampur dengan benda masam akan jadi gelodak. Hai.. bibik dah start garu kepala yang takde kutu. Nak buang sayang. Nak makan macam tak jadi tetapi masih lagi berharap yang dadih dia akan menjadi.

Nak tambah lagi derhaka anak murid buat dadih dengan sukatan dua kali ganda dari yang asal. Konon-konon tak cukup la kan. huhuu. Bila dah banyak sangat saya buat dua bekas. Satu bekas bila dah dicampur dengan strawberry dia mula jadi gelodak terus yang bekas satu lagi saya bubuh pewarna merah saja. Tak sanggup bibik nak merosakkan dadih yang sedia ada. Cuak pun ada neyyhhh. Haha.


Dua jam selepas sejuk, dadih saya masih juga tidak mengeras. Duduk cair je la dari tadi. Saya dah bertambah pelik. Apasal..??? Resepi saya tak menjadi ka. Aduuhhh. Saya dah mula lemah semangat. Apa la yang tak kena dengan sukatan anak murid derhaka yang suka memandai-mandai ni. KahKahKah. Saya pun jadi panjang akal lagi pergi la check dekat Halagel website nak tengok betul ke sukatan yang saya guna untuk buat dadih. Rupanya sukatan saya silap. Sepatutnya 50 gram serbuk jeli Halagel sama dengan 1000ml air. Jadi sukatan yang saya pakai dari tok guru tak leh nak pakai la. Aduuhh, kan dah kena otter balik dadih.

Nak tak nak kena la jugak tambah serbuk jeli. Saya buat pada adunan yang susu saja. Yang dah letak strawberry saya biar dia macam tu je sebab kalau dia tak nak mengeras jugak nasib dia akan menjadi aiskrim la jawabnya. hehehh.


Pendek cerita lagi, dah malam tu yang dadih perisa strawberry tak nak keras jugak. Degil ni macam tuan yang buat. Biasa tu. hehe. Saya pun apalagi terus la alihkan kesemuanya ke dalam bekas dan tuang dalam plastik aiskrim. Nak tambah kaw-kaw lagi saya tambah hirisan strawberry dalam plastik. Mak aiii, bila makan tu tergigit masam strawberry tu terus jadi masyuk ooo.. Sodap..!! Ceehh,bibik angkat bakul sendiri. haha. Err.. nak tau sedap ke tidak korang kena cuba. Gerenti terangkat punyalah. hahaa. Bibik ni saja je buat orang telan liur. agagaaa.


Aiskrim ni lebih sesuai kalau korang duduk kat sini sebabnya mati la korang kalau nak beli strawberry semata-mata nak buat aiskrim ni. hehe. Dah semestinya mahal la kan. Jangan risau. Saya kalau kat Malaysia dah sah-sah akan gantikan strawberry dengan asam boi. Peerrrggghhh.. mahunya sehari tiga empat batang saya kerjakan. Nasib kat sini tak ada je perisa asam boi tu. Kalau tak mahunya musim sejuk nanti pun saya ketedarah aiskrim siang-siang. kehkehkeh.

Alamak. Apasal air liur meleleh tengah malam buta ni. haha.

Aiskrim...aiskrim..kling...kling...kling....klinggg...!!!!

Agak-agak kalau saya jual 50 sen aiskrim ni laku tak..?

Wassalam.

8 comments:

cik tukang karut said...

adoyai..sgt membuatkan saliva ku merembes dgn byk skali..huhu..

teringat mkn aiskrim strawberry kat cameron highland..sebatang RM1 tp mmg kaw2 punye la..puas hati mkn..bila gigit aiskrim tu terasa biji2 halus mata2 kat strawberry tu..=)

Fazlinil Irma said...

sumaiyah..

oh ya..akan pun perasan kat cameron ada aiskrim strawberry..

haa..mcm tulah rasa dia..akak siap buh stoberi lagi..hehee

Unknown said...

ema, mmg kalo serbuk jeli halalgel kalo tak ikut sukatan dia mmg tak menjadi..seharian la tak keras..ema kira ok gak tunggu sehari ja..ada shbh rmh ni tggu sampai 2 hari tak keras-keras..kalo ngn serbuk jeli halalgel jangan la nak menderhaka tak ikut sukatannya..mmg naya..:) dah ada pengalaman ngn dia..serik..he..he...he..

Fazlinil Irma said...

fathiyah...betul..mula2 sy letak 9 gram saja..2 jam lepas tu apasal la tak keras2..dok sentuh2 bukannya cair tp lembik..

bila sy otter letak satu paket..nah terus jd jeli yg kenyal..

aarrrghhh...rindu dadih segera..huhu

Marsha~ said...

perghh.. byk betul gambar makanan sedap2... meleleh air liur.. huhu.. eskrim malaysia perasa strawberry tu mesti best!

Aizar Azman said...

sedapnye kakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..
yg devil tu pon sodappppppppppppppppp

Fazlinil Irma said...

tokey kuih raya..

kamu lg terer..siap leh wat tempahan lg..hehehh

Suana Zhar said...

salam sis...plastik aiskrim tu saiz besar ke??? jenama ape erk? mane nak cari...puas cari tak jumpa pun...sume saiz kecik