Thursday, October 8, 2009

Bila Diri Digelar TERRORIST


Balik dari sekolah tadi selepas mengambil Maryam dan Fatimah kami bergegas menunggu bas 244 untuk pulang ke rumah dalam hujan yang masih renyai. Dalam perjalanan naik sekumpulan pelajar lelaki dari sekolah menengah yang berhampiran. Saya buat tak endah kerana tiada apa yang istimewa pada mereka. Sekadar budak hingusan yang sedang meningkat dewasa. Mereka berdiri berhampiran dengan saya memandangkan Fatih tidur di dalam stroller makanya saya lebih senang berdiri sahaja.


Dalam kerancakan mereka bersembang salah seorang menyebut perkataan TERRORIST. Saya tak hiraukan apatah lagi mahu membalas. Biarlah. Mungkin mereka sengaja menyebut atau baru belajar perkataan itu dari sekolah. Mereka meneruskan sembang-sembang sambil bergelak ketawa sesama sendiri. Entah apa yang dibualkan saya pun tak dapat nak tangkap dengan jelas. Lebih senang memandang luar menikmati pemandangan musim luruh yang baru bermula.


Tidak lama kemudian apabila penumpang semakin berkurangan mereka berganjak ke tengah ruang bas berhadapan dengan pintu keluar. Sekali lagi perkataan TERRORIST menyapa pendengaran saya. Dalam benak fikiran adakah saya yang ditujukan perkataan itu. Sambil mata melilau memandang sekeliling melihat ada atau tidak penumpang lain yang BERTUDUNG atau beragama ISLAM. Memang sah tiada melainkan kami. Sekali lagi ejekan mereka saya abaikan.


Apabila bas berhenti di perhentian ramai penumpang dan pelajar sekolah yang berasak-asak turun termasuklah kami. Memandangkan stroller saya sarat dengan beg dan payung maka menyukarkan sedikit pergerakan untuk keluar. Dalam sibuk menarik stroller dan memanggil Maryam turun terdengar sekali lagi perkataan TERRORIST menyapa pendengaran saya.


Memang saya yakin perkataan itu ditujukan untuk kami memandangkan hanya kami berdua ( saya dan Fatimah) yang mengenakan tudung pada ketika itu. Lebih meyakinkan lagi apabila sayalah orang terakhir turun dari bas pada masa itu.


APA PERASAAN SAYA..? Pada mulanya saya berlagak seperti biasa oleh kerana masih ragu-ragu kepada siapa perkataan itu ditujukan. Nak marah jauh sekali. Nak tumbuk. Alahai budak lelaki yang baru berusia 14 atau 15 tahun lagak gayanya. Kang tak pasal-pasal saya didakwa atas alasan mencederakan kanak-kanak bawah umur. ( Errkk. ada ke akta ini wahai tuan majistreet.. hihi)


Yang lebih penting demi keselamatan saya dan anak-anak berdiam diri lebih baik dari membalas ejekan mereka yang besar kemungkinan esok lusa tak mungkin saya jumpa lagi. Tak ada gunanya walaupun dalam hati ada juga rasa nak balas dengan perkataan STUPID. Tidak sekali-kali. Bukankan itu akan membuatkan saya jauh lebih rendah martabatnya dari mereka. Bukan ini caranya untuk kita mempertahankan diri apabila diselar dengan perkataan TERRORIST. Apa yang penting kita sebagai MUSLIM perlu bersatu bukannya hidup dalam erti kata ' Kau..Kau..Aku..Aku.. Kubur kita berbeza. Wallahua'lam.


Teruskan membaca Aku Anak Palestina oleh saudara Hilal Asyraf. Ada iktibar yang boleh kita kongsi bersama. Insyaallah.


4 comments:

mrswongjowo said...

Irma..
sedihkan...dulu akak pernah mengalami cam tu, akak paling terasa masa naik escalator kalau duk belakang dia orang..cepat2 dia orang beraleh tempat lain ..takut sangat dengan kita yang bertudung ni...pandang orang cam kita ni hantukan...he..he..well good for you..biarkanlah mereka dengan kebodohan mereka...:)

Mrs. Ishamizu said...

So wise n rational...bagusla, tpt derg kn...baik kte diam je...moga2 satu hr mrk mdpt hidayah-Nya...

Fazlinil Irma said...

mrswongjowo..
sedih tp abaikan saja. skrg takut pulak nak keluar wpun sekitar rumah..

Fazlinil Irma said...

kak izu...

ya..doa yg terbaik utk mereka...