Friday, May 21, 2010

Mak Kata Tak Payah Beli...

Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat Yang sentiasa mengingatkan saya pada arwah abang. Al-Fatihah untuk arwah. Saya bukan nak cerita pasal arwah. Saya baru je kemas barang-barang yang di beli dari car boot. Yeaayy... car boot dah start. Jeng... Jeng... Jenggg... ~ kenyit mata sikit ~ ;)

Masa mengemas teringat perbualan dengan mak. Saya beritahu mak masa pergi car boot saya beli mangkuk Pyrex tiga beradik. Tahu mak jawab apa. 'Tak payah la beli pinggan mangkuk. Kat rumah dah banyak pinggan mangkuk.' Saya senyap. Tak kata apa. Sebab dah faham dengan mak saya tu. Almaklumlah sama-sama perempuan kan. ;P


Mulut mak memang kata tak payah beli. Bila tengok pengalaman lepas. Set cadar saya dah selamat dipakai untuk rumah arwah abang. Alasannya nanti saya jugak yang duduk sana. Bila datang rumah kak ct. Mak berkenan tengok bilik air kering kat rumah ni. Pastu dia rasmikan set alas kaki yang saya beli kat sini. Nak kata apa dah...

Dulu bila saya beli mainan, buku-buku dan baju terpakai di sini mak KURANG SETUJU jugak. Mak kata, 'Simpanlah duit.' Saya senyapkan jugak. Anak yang solehah kan. hikhiikk. Lama-lama bila dia tahu semua barang-barang yang saya beli MAHALNYA berkali ganda di Malaysia. Baru dia tak kisah saya beli berkotak-kotak. Selamat...!! ;)

Soooooooooooo... apa lagi. JOM SHOPPING DENGAN BERHEMAT...!! =)




~1 POUND~

~wink...wink~


2 comments:

Ummu~Ishak said...

waaa.. pyrex 3 beradik baru 1 pound.. nak la jugakkkkk

Fazlinil Irma said...

ummu.. awk pun tergoda jugak kan.. hikhiikkk..