Sunday, October 21, 2012

Demam Durian Crepe Dah Berjangkit.

Assalamualaikum wbt...


Salam hujung minggu buat semua. 


Hari ni hari terakhir saya cuti. Yeaayy..!! ~seronoknya dia nak mula kerja esok~ 


Sebenarnya... hari ni saya dah mula kerja. Dah mula petik suis oven dan mixer. :)


Errr... sebetulnya hari Sabtu semalam saya dah mula panaskan kuali dengan resepi Durian Crepe. Saja nak cuba resepi yang saya dapat. Saya tak belajar dengan Kak Ina di Seremban. Saya belajar dengan anak murid Kak Ina. Tak sempat nak pergi Seremban. Masa kelas demo diadakan saya dah ada urusan lain. Tak leh nak kensel. 


Malam semalam dengan semangat yang ada saya mula bancuh adunan crepe. Simpan dalam peti ais. Tengok bola sekejap. Walaupun saya bukan la peminat bola apatah lagi nak tahu peraturan permainan. Disebabkan saya terkejut dengar sorakan jiran, terus tukar tv1. Hahaa... nampak tak saya ni memang bukan nak tengok sangat bola. Tengok masa goal saja. ;P


Pastu saya tukar tv8 tengok cerita cina yang budak perempuan pandai menari tuh. Dah habis cerita tu baru saya tukar balik tv1 tengok bola sampai tamat perlawanan. Masa hujung-hujung tu dah terlelap. Habis je bola, saya keluarkan adunan crepe. Nak jugak buat crepe malam tu. Tak kira.


Maka bermula la sesi pembelajaran sorang diri di dapur. Mula-mula tu memang tak menjadi. Boleh kata 20 KEPING pertama dari 2 biji kuali yang saya guna semua jadi lempeng. Tekstur yang tak sekata. Ada bahagian yang tebal. Ada bahagian yang nipis. Ada yang jadi skirt kat hujung dia. Dalam semua yang terhasil, hanya satu je layak dibungkus dengan krim dan durian.




Bukan senang rupanya nak jadi cantik dengan tekstur yang sekata. Ada teknik dan gaya yang perlu diperhati. Salah teknik memang jadi lempeng. Lepas separuh adunan saya dah lempengkan. Saya pun tutup api. Esok je la sambung. Dah pukul 2 pagi. Mana la mata ni tak ngantukss..! :)


Pagi tadi dalam pukul 9 saya keluarkan adunan crepe. Nak sambung balik ler kununnya. Duk sibuk siapkan order kawan, pukul 12 jugak la baru saya masuk dapur.


Berdebar. Dalam hati duk ingat balik kesilapan yang saya buat semalam. Nak perbaiki hari ni. Dengan lafaz bismillah. Saya mula melempeng. Ni lempeng bukan sebarang lempeng. Lempeng datang dari Perancis. ;P


Kelentung... kelentang.. tang.. tang... lepas 45 minit selesai separuh adunan dilempeng-lempengkan. Marah cikgu saya panggil lempeng. 


Durian Crepe yee nama saya... :)






Nak masuk blog kena la duk atas katil cantik. ;)







Nikmat sungguh dapat makan Durian Crepe hasil tangan sendiri. Bukan apa, boleh letak durian lebih. Hikss..!


Gabungan 5 jenis tepung dan 2 jenis krim beserta isi durian jenis Musang King. Fuuhhh... memang sedap. Lagi-lagi saya dah jampi dengan selawat dan letak kasih sayang yang tak terperi. ~Ewaah.. lebih-lebih pulak ayat dia..~ ;P 


Tak sempat masuk peti ais, dah 2 ketul masuk perut. Alhamdulillah. memang sedap. Kenyang sampai sekarang. Hujan turun pun perut saya tenang saja tak minta diisi. Hehe. Melampau la Irma ni..! :)


Untuk tempahan... Sabar ya. nanti saya buat iklan lain. Ni baru test kuali baru namanya.


Nampak gaya saya kena cari kerusi tinggi nak buat crepe. Lengguh kaki weii berdiri lama. Ni baru 1 adunan. Kalau dah bancuh 3-4 adunan. Sendiri mau kira la. Pengsan berdiri lama.


Aduhh.. Durian Crepe punya penangan. Dasyat kan..!  :)








10 comments:

Tihara said...

as salam,

vava voom, terus terngidam, seb bek tak pegnen kalo tak air liur anak meleleh..musang king mmg durian yg sedap giler..tetibe rasa nk g bentong

♥MAMASYAZA♥ said...

memang, kat tempat akak pun demam durian crepe sekrg ni, mmg sedapppp sgttttt

susumanis said...

nk ode kalau ima da open ode ya..nampak soo yummmm

deno said...

emmm..sedapnyaaaa.... durian tu peberet deno tuu....

ishamizu said...

Aishh org kt london pon terliur tgk durian crepe Irma ni! Hehe..nak buat seniri tak pandai, lgpon durian yg ada pon frozen punye fr Thailand. Hmm nmpknya lmbt lg ler nk merasa durian crepe ni..huhu

asfiedaimpiana said...

abisslaa tutupla simplicious kat mv lepas ni..semua dah pakat buat sendiri hihihihi
tp mmg sedapp n menggumukskan tak?

Suara Kalbu said...

Dugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnn...cantiknya

Fiza Nordin said...

salam k irma...i'Allah 3/11 ni sy akan ke kelas k zalina di TDT.moga tiada aral melintang...amin!

Maryam Ahmad said...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....hukhuk

Maryam Ahmad said...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....hukhuk