Alhamdulillah.. tatkala umur menginjak 30 tahun, saya masih berpeluang menikmati sentuhan kasih sayang emak menjahit baju kurung saya. Seumur hidup saya ada 2-3 kali saja tempah baju. Selebihnya memang mak yang jahit. Saya membesar dengan pakaian hasil jahitan mak.
Untung kan saya.. ;)
Sepatutnya say
a yang sembat. Tadi tengahari saya tunjuk dekat mak hasil saya kelim baju. Dah lama tak kelim, saya minta mak betulkan bahagian depan nak bagi dia labuh dari bahagian belakang. Mengada jugak la sebenarnya teww. Saja je. Selama ni boleh je saya pakai baju senget benget. Tak kisah pun.
Tup.. tupp.. saya tengok mak dah pegang jarum duk sembat baju saya. Huiii.. dalam hati ada rama-rama berterbangan. Suka.
Saya pulak duduk teman mak kat sebelah sambil makan nasi. Bertuah punya anak..!! ;P
Terima kasih mak..!!
Kenangan sembat baju kurung.
Ini cerita tambahan. Cerita di atas versi pendek FB. ;)
Sejak umur 8 tahun saya dah dipaksa menyembat baju kurung sendiri. Ya. Dipaksa. Peduli la saya menangis ke. Mengamuk tak nak sembat ke. Mak tak layan. Ko tak sembat, baju ko tak siap. Raya pakai baju lama.
Nak tak nak, dengan rela dalam terpaksa saya pun mula belajar sembat baju sendiri. Mula-mula memang terpaksa. Bila dah makin bertambah usia, saya seronok menyembat baju sendiri. Bila datang angin rajin saya akan sembat halus dan rapat-rapat. Bila datang angin nak cepat siap, saya akan sembat jarang-jarang. Setengah inci saya langkau.
Pernah sekali, saya buat kerja tak ikhlas. Marah sebab mak siapkan baju saya lambat. Esok nak raya, hari ni baru siap. Saya pulak buat kerja memang ikut mood. Sampai sekarang. ;P
Bila mak dah siap cantum, saya terrr...paksa juga la sembat. Saya pun mula mengelim bawah baju. Bayangkan budak umur 12 tahun (tak silap saya la umur tu) terkial-kial nak kelim baju. Semua kudrat kaki dan tangan berjasa masa tu. Kain pulak licin dan ringan. Susaaaaaahhh betul nak bagi elok kelim tu terletak. Senget la. Tak sama besar la. Potong tak betul la. Macam-macam betul alasan yang keluar dari mulut budak yang buat kerja tak ikhlas ni. Mak buat tak peduli je dengan saya. Gasak ko lah nak buat macamana. Kerja mak dah beres.
Siap kerja mengelim. Saya mula menyembat. Sembat punya sembat sampai dah separuh jalan. Tiba-tiba bila saya belek baju, apasal pelik semacam ja baju ni. Saya cuba bentang atas simen. Aaarrghhhh.... saya kelim terbalik..!!!!
Ya Allah... nak menjerit je masa tu. Masa dah suntuk. Saya pulak buat kerja separuh hati. Nak kena tetas balik jahitan. Memang dugaan betul.
Ada lagi cerita... kali ni mak suruh sembat bahagian leher. Perkemaskan lebihan kain dengan cara sumbat dan sembat. Entah betul tak terma yang saya pakai ni. Sapa yang jahit baju tau kan.
Saya selalu (baca 10 harakat) mengelat bila mak tanya nak letak piping atau nak jahit mata lalat? Saya pilih letak piping sebab senang kerja saya tak payah jahit mata lalat. Alasan saya, 'ala.. pakai tudung bukannya nampak pun jahit mata lalat ke... tulang belut ke..? Tengok... alasan budak malas. ~angkat kening dan kenyit mata~
Jadi, sekali tu saya memang tak nak sembat leher. mak paksa juga siapkan. Saya budak yang terlebih cerdik dalam diam saya gunting sekeliling leher tu bagi tinggal sikit ja. Kunun cantik la kan. Sekali bila dah basuh baju berulang kali, benang mula keluar sikit demi sedikit. Teruk betul bila ingat balik perangai saya masa tu. Memang ketegaq tahap dewa. :P
Haaiihhh... semua tu tinggal kenangan. Bila dah besar ni, saya memang dah jarang dapat sembat baju. Semuanya mak yang siapkan. Tahu-tahu seminggu atau dua lepas beli kain, baju saya dah siap boleh pakai. Tinggal nak gosok saja. Pastu melaram baju baru.
Masa zaman mengajar dulu, tiap-tiap bulan ada peruntukan gaji untuk beli kain. Kadang sepasang. Kadang dua. Untungnya saya upah baju tak yah bayar. Emak kan yang jahit. ;)
Sampaikan ada cikgu lain cemburu tengok saya melaram baju baru tiap bulan. Ahaakksss..!!
Bila anak murid tengok lagi la dorang akan tegur,' Cantiknya baju baru ustazah..'
Pantang saya pakai baju baru. Mesti dorang perasan. Kadang saja saya bagi alasan,'baju lama ni. Ustazah baru bawak.' Ramai-ramai dorang jawab, 'Tipu... kitorang tahu. Ustazah buat baju baru.'
Tu baju ok. Belum masuk kasut, kerongsang, handbag. Semua la kiranya. Memang dorang akan perasan bila ada je sesuatu yang baru saya pakai.
Anak murid sekarang macam tu jugak ke..? :)
Tadi masa duk buat kek, saya tanya mak. 'Mak... kalau orang nak beli mesin jahit boleh..?'
Mak suruh saya cari mesin jahit terpakai je. Jenama Singer. Beli baru mesin jahit sekarang tak sama macam dulu. Kualiti tak sama. Mudah rosak. Bukan apa. Saya terfikir, sampai bila saya nak bergantung harap pada mak untuk jahit baju kurung saya. Sekarang atau esok, saya mesti belajar. Lepas baju kurung untuk saya cukuplah.
Nanti dah terer baju kurung baru fikir pasal jubah seluar pulak. Berangan takpeeee..! :)
Maaa... jangan jadi Angan-angan Mat Jenin je taauu. Mesti belajar..!
5 comments:
salam kenal irma.. eh, ke kak irma? huhu.. dulu2 baju tun pun mama yg jahitkan, tp skrg mama yg tukang hantar gi taylor. huhu..
sentuhan ibu yang paling terbaekkkk
saya pun mcm irma gak tp sy bersyukur kerana sekarang leh jait manik dll sendiri
Terima kasih ma ;-)
salam,
syahdu baca coz saya pun sama!
mak masih beli kain n jahitkan, kalu balik kg ada je baju baru utk saya, sampaikan adik ipar tegur mak tanya ape jahitkan?, derang x reti beli sendiri ke? mak kata kami ni susah nk dpt size, maklumlah badan besar n size yg ada comel2 je,
saya sayang mak saya!
memang sungguh bertuah
Post a Comment