
Assalamualaikum wbt...
Bulan ni saya tak 'bakar' lagi entry pasal makan-makan kan. Syiok sangat dengan musim bunga yang sedang berlangsung sekarang sampai lupa banyak resepi yang tak dikongsi bersama kawan-kawan. Ok. Meh nak mencelah satu entry tentang masakan. Namanya Hotpot Potatoes. Simple dan senang sangat nak buat. Jom tengok bahan dan cara nak buat.
Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam
Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.
Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..
1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan. Kalau tengok gambar di atas jangan hairan. Yang belah kanan untuk lidah melayu. Belah kiri lidah mat saleh :P
Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kalau tengokkan gambar di atas. Kentang saya disusun agak jarang kan. Saya sarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)
Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. Saya guna cheese biasa saja. Dah itu yang ada dalam peti ais. :)
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.
Tadaaa... sekali pandang nampak macam Lasagna kan. Dua kali pandang selepas ditenung-tenung. Oh rupanya Hot Pot Potatoes.
Alhamdulillah... resepi ini diterima baik oleh Maryam dan Syakirah. Bila saya tanya Maryam. ' Yummy tak?' Dia jawab. ' This is not yummy. This is delicious. Very delicious. 3 kali dia sebut delicious. Bila saya tanya. ' Why not yummy..? ' Because yummy is a little only. But delicious is a lot. Amboiii.. pandai betul Maryam buat hati kak Irma meloncat-loncat kesukaan.
Fatimah pulak macamana? Anak yang saya jaga sorang ni ada ka dia bagi B 3/4. Gelak besar saya dan Syakirah. Susah betul nak dapat A+ dari dia. Mungkin kalau saya buat dengan daging cincang baru boleh dapat A kot. Kan sayang..? :)
Apa pun. Resepi ni memang mudah dan sedap. Resepi asal saya ambil dari sini. Saya dah olah buat cara saya sebab masa salin resepi tu saya tulis bahan ja. Cara saya tak salin. Tu yang hasilnya memang lain lah. Saya suka. Sebab cheese dia garing. :)
Selamat mencuba.





































